Friday, October 29, 2010

Kahwin Awal

Lama dah update blog,huhuhu.

Kebetulan aku diberi assignment yang bez dari lecturer, so upload jerlaa kat blog, daripada blog aku ni terus bersawang,hahaha.

SELAMAT MEMBACA!! =)

Dewasa ini, pelbagai jenayah yang berlaku di saentero negara kita. Bahkan, berlaku peningkatan yang mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Antara jenayah dan masalah tersebut adalah buang bayi dan anak luar nikah. Berita mengenai gejala ini yang semakin tersebar luas juga menyebabkan bertambahnya lagi kes-kes jenayah seperti ini.

Faktor perubahan cara hidup masyarakat Malaysia yang tidak memungkinkan untuk pemuda dan pemudi bernikah menyebabkan terjadi permasalahan tersebut. Antara penyelesaian masalah ini adalah dengan kahwin awal. Dalam era globalisasi kini, pemuda-pemudi terdedah dengan pelbagai unsur-unsur luaran yang boleh merangsang dan mempengaruhi minda mereka. Di barat, para pemuda pemudi bebas untuk melakukan hubungan seks sekalipun tidak menikah. Budaya “Live-in” yang popular di sana menjadi jalan keluar untuk para pemuda pemudi memenuhi keperluan mereka. Tetapi untuk masyarakat Malaysia berpegang pada agama Islam, budaya ini terang sekali bertentangan dengan syariat Islam, justeru jalan keluarnya adalah dengan bernikah.

Namun begitu, timbul satu isu yang kita biasa dengar kebelakangan ini. Kes-kes penceraian melebihi kadar penikahan. Ini menunjukkan pasangan rumahtangga kurang memahami matlamat rumahtangga untuk melahirkan generasi seterusnya yang kemudianya membentuk masyarakat Madani. Kursus kahwin haruslah lebih komprehensif dalam menangani masalah ini dengan memasukkan unsur-unsur ruh Islami dan menggunakan pendekatan perlatihan (training) dan bukannya sekadar berceramah untuk berlawak jenaka untuk mengambil perhatian penonton. Bakal pengantin haruslah disedari dan dibersihkan dulu niat sebelum berkahwin, untuk memberi mereka lebih kefahaman akan tanggunjawab yang mengiringi lafas akad nikah yang akan mereka ucapkan. Dengan menggunakan pendekatan ini konsultan perlatihan dan kesedaran ruh Islami, baharulah bakal pengantin sedar akan matlamat perkahwinan itu sendiri.

Selain itu, perlu ada pertemuan susulan selepas perkahwinan dengan kaunselor ataupun ahli psikologis. Ini adalah untuk memastikan kebajikan si suami dan si isteri terjaga. Dengan pertemuan berkala ini juga, suami dan isteri dapat mengadu kepada pihak berwajib tentang salah laku masing-masing sekaligus mencari konklusi kepada masalah dengan mengambil pendekatan dan penyelesaian yang lebih menyeluruh, tepat dan tidak berbau prasangka, justeru menyelamatkan rumahtangga tersebut. Sesebuah masalah itu hendaklah ditangani dengan meneliti secara halus punca masalah tersebut dan kebanyakan suami isteri yang bercerai gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mengambil jalan keluar untuk bercerai.

Mereka yang bakal berkahwin juga hendaklah diberi kesedaran bahawa cerai itu bukanlah satu perkara mainan dan penceraian itu sendiri merupakan perkara yang halal yang dibenci oleh Allah. Tergamakkah kita untuk melakukan perkara yang paling dibenci oleh Allah, tuhan yang maha penyayang dan maha pemberi rezeki kepada kita. Bahkan segala nikmat yang dikurniakan dari hujung rambut, mata, hidung dan helaan nafas itu sendiri itu merupakan nikmat dariNya dan telah termaktub di luh mahfuzh akan takdir hidup kita. Ini akan mengurangkan gejala penceraian yang kian meningkat dewasa ini.

Kahwin awal merupakan penyelesaian kepada gejala maksiat yang menular dalam masyarakat sekarang ini. Namun persediaan mental, emosi, psikologi dan ruh bakal suami dan isteri haruslah dibina awal, disamping pemantauan secara khusus untuk menyelesaikan masalah-masalah rumahtangga yang berlaku. Dengan memastikan semua ini berlaku, pasangan suami isteri justeru boleh memahami hati budi masing-masing dan menjadi insan yang lebih baik disamping melahirkan generasi muslim dan mu’min yang dibentuk dan dibina dalam suasana keluarga yang harmonis dan bahagia.