Monday, March 23, 2009

Slumdog Beriman

Pernah tengok Slumdog Millionaire? Kalau tak pernah, jum kita terjah sedikit sinopsis cerita yang banyak menang grammy award ini.

“If it is not for Rama and Allah…we still have a mother…” kata Jamal.

Jamal menyalahkan Allah atas kematian ibunya yang mati dibunuh oleh orang Hindu yang datang menyerbu ke kampungnya. Polis pada ketika itu tidak berbuat apa untuk meredakan keadaan. Orang Islam yang pada ketika itu hidup aman damai tiba-tiba dibakar dan dibunuh tanpa belas kasihan!

Jamal dan Salim

Jamal adalah seorang budak baik yang innocent. Dia pernah menyelamatkan seorang budak perempuan yang keseorangan. Dari situ berputiklah sebuah perasaan cinta dan kasihnya pada budak perempuan tersebut. Dia juga sanggup untuk terus menerus mencari kekasih hatinya sekalipun sudah lama terpisah dan menyelamatkannya daripada tangan-tangan samseng dan penyangak.

Manakala abangnya pula, hidup bergelumang dengan dosa, membunuh orang tanpa rasa takut, minum arak dan melakukan zina! Bahkan dia melakukan apa sahaja yang disuruh oleh ketua samseng, tidak kira halal atau haram!

It is written

Namun, Salim lebih bernasib baik. Sekalipun dengan semua dosa yang dia telah lakukan, Salim solat dan momohon ampun kepada Allah, malah pada akhir hayatnya, dia bertakbir dan bertindak membunuh penjahat dan tirani samseng yang telah banyak menindas orang. Kalau adiknya SLUMDOG MILLIONAIRE, maka abangnya SLUMDOG BERIMAN!

Salim di saat menghembus nafas terakhir

Jamal mengintai abangnya, Salim yang tengah solat

Jamal pula kemudiannya menang dalam Who Wants to be a Millionaire. Bukan tu jer, dia juga dapat bersama dengan gadis pujaan hatinya, Latika. Pada akhir cerita, Jamal terus menari-menari dengan gembira bersama Latika... Hidupnya kemudian penuh dengan kebahagiaan yang amat...Namun dia terus terbuai dan hanyut dengan tipu daya dunia dan cinta…

SLUMDOG BERIMAN

Jika kita diberi pilihan, mahu jadi seperti Jamal ataupun seperti Salim? Jamal yang kaya dan mengecapi kebahagiaan yang amat, ataupun Salim yang mati ditembak oleh samseng?

Kalau aku...Lebih baik aku jadi seperti Salim, sekalipun tiada duit berjuta, tapi dia SLUMDOG BERIMAN!

4 comments:

  1. hm ni mesti tak tengok cerita ni betul2..nama cerita Slumdog Millionaire..bukan Billionaire..hehe

    satu lagi, Salim ni, memang betul dia solat minta ampun dari Allah tapi satu masalah dia, dia bertaubat dengan hati tak ikhlas. Dah minta ampun, esok buat lagi..

    p/s: lain kali jangan skip2 tengok movie..LOL =p

    ReplyDelete
  2. @hasbi

    eh...salah title plak,sori! typo error,hehe...

    Ikhlas adalah satu nilaian yang tidak boleh dinilai dengan kaca mata kta,especially kita ni manusia biasa.

    Jadi bukanlah pada hak kita untuk menentukan seseorang itu ikhlas atau tak.Apa yang penting kita cuba amalkan:

    "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka2 (kecurigaan), karena sebagian dari bersangka2 itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain..."
    al-Hujuraat:12

    ps: aku tak skip la wei...! :D

    ReplyDelete
  3. mantap! sebuah penilaian dari perspektif yang berbeza.

    ReplyDelete
  4. sekalipun filem terbitan barat,ada juga ibrohnya...ckit :p

    ReplyDelete