Pada Jumaat pagi yang lepas, berlaku rompakan di rumah nenekku, yang letaknya bersebelahan dengan rumahku. Dipendekkan cerita, semua selamat cuma pak cikku yang sedikit tercedera. Mujur ada sepupu-sepupuku daripada Johor datang untuk bercuti ke Kuching, mereka 4 orang manakala perompak tu 3 orang. Sekalipun perompak tu ada pisau, tapi mereka cuak jugak.
Yang lebih menarik perompak tu semua boleh diarahkan untuk tidak mencuri beberapa benda!
Kejadian 1:
Pada ketika itu, pak cikku terbangun lantas marah dan melawan perompak-perompak itu sekalipun mereka berpisau.
Perompak itu bertanya, "Siapa dalam bilik satu lagi?"
Pak cikku pun menjawab, "Mak ayah aku yang sakit dalam tu! Kalo ko masok, AWAS! Aku akan berhabis-habisan (melawan)!"
Tau tak apa pencuri tu kate?
"OK...OK...OK...."
Alhamdulillah mereka pun tak masuk ke bilik nenek dan atukku yang sakit...
Kejadian 2
Ketika pencuri itu menyelongkar beg kerja pak cikku, pak cik sekali lagi menggertak mereka,
"Takde pape dalam beg tu! Pasport dan cek jer dalam tu!"
Tau tak apa pencuri tu kate? Jawapan kelakar yang sama...
"OK...OK...OK...."
Kejadian 3
Sesudah mengikat tangan ke semua sepupu ku, mereka mula mencuri barang seperti handphone dan duit. Terdapat 8 hp kesemuanya. Ketika tengah mencuri tu, pak cikku bersuara lagi!
"Hp lain-lain tu korang boleh ambek! Hp yang satu lagi tu tinggalkan, banyak dokumen dan kerja-kerja aku dalam tu!"
Sekali lagi...mereka kata...
"OK...OK...OK...."
Tapi kali ini, mereka mungkir janji, mereka turut merampas hp pak cikku tu. Bila difikirkan balik, kelakar untuk perompak-perompak itu bertindak demikian dan bersyukur semua terselemat. Bahkan mengikut berita yang didengar, salah seorang perompak telah berjaya ditangkap, insya Allah mereka akan dibawa ke muka pengadilan.
Dimana keadilan?
Kita menilai semula sistem yang diamalkan di negar kita. Sebab berlakunya kes sebegini tidak dinafikan adalah akibat rosaknya masyarakat itu sendiri yang hilang pedoman dan kefahaman tentang agama itu sendiri.
Di samping itu juga, undang-undang yang longgar membuatkan penjenayah untuk terus bebas dan bermaharajalela melakukan jenayah. Ini menyebabkan kejadian-kejadian seperti rogol, bunuh, rompak dan ragut menjadi berita biasa bahkan kita merasa lali mendengar berita-berita tersebut.
Persoalannya... Apakah peranan kita dalam hal ini? Cukupkah membaca dalam blog sahaja? heheh...(ayat pedas untuk diri sendiri terutamanya :p )
ok, agak lawak laa..
ReplyDeletemak ayah maen peranan penting dalam menDIDIK anak2 sejak kecik terap dengan tauhid Dia yang SATU. Dengan agama di dasar secara utuh barulah takde kes2 camni..haiyoh
ni salah satu cara ah
perompak tu tak faham bahasa sarawak kot. yang dia tahu, "OK...OK...OK...." kot?
ReplyDelete@ As
ReplyDeleteitula yang tak berapa bagus sekarang nih,didikan terhadap budak2 tak mampu untuk buat diorang survive menghadapi cabaran dan dugaan yg datang dalam kehidupan diorang
@ Azraai
haha...ada 3 orang sarawak,2 lagi bukan. Yang 2 tu standby,jadi driver. Tapi tak pasti plak yang rompak tu org sarawak ataupun tak,wallauhalam :p