Wednesday, April 22, 2009

MUDAH bukanlah mudah...



Membaca al-ma'thurat beramai-ramai

MUDAH (Mukhayyam Dakhili 09) bukanlah mudah... Jangan tertipu oleh tajuk program ini. Namun tidak dinafikan, ramai yang merasakan perasaan yang sama (terutama sekali aktiviti bergulingan di atas padang, pengalaman yang menarik tetapi memeningkan %-) )



Aktiviti ini adalah akviti luar yang paling best!! Selain tu semuanya tension!
Setuju tak kawan2? :p




Namun begitulah manusia, leka dan alpa, tidak sedar akan bahaya dan cabaran yang menimpa. Ak merupakan antara salah seorang yang tertekan psikologi kerana tertipu dengan mudahnya MUDAH.


Bersembang dengan UAO, permasalahan umat yang takkan usai...

Namun, kita kena ingat, tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuji. Aku merasakan amat sukar sekali untuk terus bersabar dengan pelbagai hukuman yang menimpa diri. Bahkan terdetik rasa 'fed-up' dengan MUDAH. Lebih mudah beramal dari berkata-kata...



Cuba untuk menumpukan perhatian...kepala serabut di'torture' dan pada masa yang sama memproses pengisian...huhu...

Kayu Ukur Kita

Kisah Sumayyah dan Bilal sudah cukup menjadi iktibar... Kayu ukur kepada jauhnya iman kita dengan mereka. Ketika nyawa mereka di hujung tajuk mempertahankan agama, aku mengeluh bercampur baur dengan perasaan marah dan putus asa ketika dihukum dengan hukuman yang tidak mengganggu gugat nyawa walau sedikit pun.



Menonton filem Laskar Pelangi. Mengambil iktibar akan kesusahan kehidupan orang lain...dan terus berSYUKUR dengan segala nikmat yang dikurniakan dan berSABAR dengan segala ujian.

Besar sungguh beza aku dan mereka... Banyak kekurangan dalam diri yang perlu diperbaiki... Agak-agaknya mampukah aku mengatakan dan mengucapkan kata-kata izzah dan penuh kebanggan seperit 'Ahad' dan 'Allahuakbar' ketika diseksa seperti mereka..?



Wajah gembira Marwan dan Dini sebelum di'torture' :p haha!

Bukan Warisan

Iman tidak dapat kita warisi daripada Sumayyah dan Bilal, namun Iman adalah mutiara yang hanya akan ditemui dengan penat dan susah payah kita dalam mengharungi gelora kehidupan, memperbaiki diri dan terus cuba memahami hakikat menjadi seorang hamba dan membaiki hubungan dengan penciptanya.



Pembentangan tentang kes 2 orang jejaka yang seorangnya masyuk dalam gelora cintan-cintun dan seorang lagi yang gagal membahagi masa antara da'wah dan pelajaran.

Jangan Putus Asa!

Keyakinan kita pada Dia akan menentukan kesudahan kita nanti. Kalau kita putus asa, Dia tetap ada bersama dan akan dipersalahkan kerana berputus asa. Oleh itu putus asa bukanlah satu pilihan.

Agar terbentuk satu jati diri yang berhati waja dan tegar mengharungi ujian kehidupan. Agar terbentuk jiwa dan mencetak peribadi Da'ie yang stainless steel!!



Kali terakhir berjumpa dengan semua peserta sebelum berangkat ke LCCT. Di LCCT pula, terserempak dengan UKS dan UL yang baru balik dari England. Pada usia senja (well...takdela tua sangat kot..pertengahan kot..) seperti mereka ramai yang berfikir untuk cari duit atupun duduk di rumah dan berulang alik ke masjid, tapi tidak mereka! Moga Allah masukkan aku ke dalam golongan seperti mereka ini!

Ya Allah, biarkanlah hidup dan matiku pada jalanMu ini dan bukan yang lain, panjangkan hayatku di jalan ini supaya aku punya peluang membaiki dan MEMBERI!!

6 comments:

  1. akhi, nta terlepas slot yang paling best, chit-chat MUDAH! banyak pengakuan Berani Mati untuk didengar yang tak dapat diceritakan di luar MUDAH...hehe2...

    ReplyDelete
  2. heheh...takpe...nanti anta citer kat jer ;)

    ReplyDelete
  3. "Ya Allah, biarkanlah hidup dan matiku pada jalanMu ini dan bukan yang lain, panjangkan hayatku di jalan ini supaya aku punya peluang membaiki dan MEMBERI!!"

    Moga matlamat nta tercapai.

    ReplyDelete
  4. Walau apapun yg berlaku, aku pasti tidak akan melupakan aksi side rolling yang sgt meloyakan itu....(Koperal kite tu x de blog ke, kalo ada boleler balas, hehe)

    ReplyDelete
  5. haha! teringat dengan aksi sin chan dalam salah satu episodnya,dia berguling sambil menyanyi,"berguling-guling macam tenggiling.." berulang-ulang kali. Tapi bandingkan sin chan dengan kita,dia buat kerana suka,bukan terpaksa macam kita!

    PS: Anta propose la kat dia,haha! Nanti dia suro anta guling lagi!

    ReplyDelete