Wednesday, June 3, 2009

Ditelanjangkan!

"Apa masalahnya bang?

"Nampak gayanya...kena bukak semua..."

Aku terkejut! Ini kali pertama aku mengalami kejadian sebegini...aku cuma mahu 'ia' pulih seperti sedia kala...sekarang aku harus berhadapan dengan dua pilihan...sama ada membiarkan 'ia' begitu sahaja dengan kerosakannya, ataupun membuka dan membiarkan 'ia' terdedah supaya pulih seperti sedia kala!

Tanpa berfikir panjang, aku pun mengangguka YA. Maka si mekanik motosikal pun menelanjangkan motosikalku untuk diservis. Inilah kali pertamaku menghantar motosikalku diservis sejak motosikalku ini dibawa daripada Kuching.

Ketika diservis aku pun belajar dimana letaknya kaburata (seorang kawan dari Kelantan yang kecek ginih :p ), enginya dimana dan dimana nak isikan minyak hitam.

First time tengok moto aku di'telanjangkan'

Servis

Ramai yang akan servis motor mereka bila sesuatu berlaku pada kaburata(karburetor) kerana minyak tak naik. Tidak menjadi masalah untuk mengeluarkan RM30 sebagai caj servis + minyak dll.



Kalau ciptaan manusia serumit itu perlu diservis, apatah lagi ciptaan yang mencipta manusia bernama HATI yang jauh lebih rumit daripada engine dan kaburata motor. Satu lagu yang best untuk mengobat hati kita ini yang perlu di'share' kan...

Obat hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Quran dan maknanya

Yang kedua sholat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

4 comments:

  1. di telanjangkan!!!

    'membuka dan membiarkan 'ia' terdedah supaya pulih seperti sedia kala!'

    tertinggal. DiPasangkan semula. :)

    ReplyDelete
  2. haha! dah tertulis pada comment pertama :)

    ReplyDelete
  3. akhi, nta punya 'wording' kena kaji balik ni. mana lah tahu ada budak2 bawah umur yg baca blog nta!

    ReplyDelete
  4. erk...patut letak warning 18 SG ker...or 18 QKK (refer tu plat moto ana) ahaha...

    ReplyDelete