Friday, May 29, 2009

Anakku...?? Bukan anakku....

Adalah menjadi kebiasaan untuk orang Arab mempunyai nickname. Kawanku Yasin, daripada Madinah, digelar Abu Ahmad dan setiap kawan-kawannya pun adal gelaran masing-masing.

Persoalannya...tahukah kamu apa maksudnya?

Abu itu maksudnya ayah ataupun abah ataupn dalam bahasa omputihnyer father :D ngeh3...



Ini anak bang Man, Amjad ;) Bukan anakku, hehe... Anak aku? lama lagi...huhu...

Kalau hendak diikutkan, mungkin dalam masyarakat kita agak janggal untuk kita menggelar seseorang itu Abu Ahmad yang bermaksud "Ayah kepada Ahmad". Tapi dalam budaya mereka perkara ini biasa.

Azam & cita-cita

Aku melihat budaya ini sebagai satu azam dan cita-cita mereka. Azam dan semangat yang tinggi untuk memikul satu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar, dan cita-cita yang tinggi untuk menegakkan Islam sebagai cara hidup mereka.

Sebelum dapat anak, apa yang anda perlu lakukan?

Sudah semestinya sebelum dapat anak, mestilah kahwin dulu betul tak? Maka alam baru bagi dua mempelai ini dilabel sebagai MAWADDAH dan RAHMAH. Dua hasil utama daripada tercantumnya dua hati ini. Namun disebalik nikmat yang dikecapi, tersirat seribu amanah yang harus dipikul oleh mereka.



Adikku Azzam. Trying to be at my best to be a good example to him. ;)

Ini membiasakan diriku untuk menjadi teladan, bila dah jadi ayah nanti dah biasa :p

Keperluan material usah ditanya, satu faktor yang menjadi kewajipan untuk diberi, ramai yang sehingga sekarang terkial-kial memenuhi tuntunan ini. (bagi sesiapa yang masih terkial-kial boleh menghubungiku, ada kerja kosong yang best :D )

Namun cabaran yang lebih mencabar adalah mendidik personaliti, pemikiran, emosi dan yang lebih penting spiritual mereka. Kerja ini pun bukannya mudah dan cuma boleh dipikul oleh seorang sahaja, hero dan side-kicknya (suami dan isteri) harus berganidng bahu untuk memastikan matlamat perjuangan mereka tercapai!

Sebab itulah pentingnya memilih hero dan side kick yang sesuai. Kalau tak, habis tunggang langgang macam kes artis-artis kat Malaysia sekarang ni. Tak sampai sebulan pun ada yang dah bercerai-berai...

Anda pula bagaiamana? Sudah bersedia? Jika ya, siapakah si Hero atau side-kick itu? :D ngeh3....

5 comments:

  1. Anak nta yg betul mesti comel mcm nta!

    ReplyDelete
  2. Ala...Zan Hassan ni ambik ayat ana pulak! Tapi, betula anak Zahid mesti CUTE mcm dia!

    ReplyDelete
  3. Zan Hassan: amin... :D pasni kite nak panggil semua orang dengan gelaran 'Abu' heheh...

    Azraai Ahmad: plagiarism...ngeh3... :)

    ReplyDelete
  4. Maklumlah bila dah duduk serumah, keserasian tu sampai apa yang difikirkan pun sama sahaja.

    ReplyDelete