Thursday, May 14, 2009

Berita Hari Ini

Bungkus bayi sampai mati - Wanita sorok anak baru dilahirkan bawah katil hingga membusuk. Wanita ini juga dikatakan dapat merahsiakan kehamilannya sehingga tidak diketahui oleh kedua ibu bapanya.

Pelajar tidak segan silu bercumbu depan khalayak - Berlaku di Seremban. Kejadian ini berlaku ketika menunggu bas untuk pulang ke rumah. Kalau dah kat stesen bas boleh bercumbu, kalau tempat lain yang lebih privacy??

Helah kekasih - Pekerja asing ajak pelajar main gitar sebelum rogol. Gadis 16 tahun diperkosa oleh rakan baiknya yang dikatakan hendak mengajar main gitar.

Cinta terlarang jiran durjana
- Seorang lelaki menjalin hubungan cinta terlarang serta menjadikan seorang pelajar perempuan yang juga anak jirannya sebagai hamba nafsu serakah sejak setahun lalu.

Ini merupakan antara berita yang terpampang dalam Metro hari ini. Mungkin ada yang mengatakan Metro adalah akhbar tabloid dan sensasi. Namun tidak dinafikan berita yang disiarkan benar.

Tajuk sebegini kita biasa dengar. Perkara sebegini berlaku bagai tiada penghujungnya. Kalau 10 tahun dahulu, berita ini akan menjadi sangat sensasi dan akan mendapat tentangan dan suara daripada pelbagai pihak, namun sekarang semua membisu. Berita ini tidak digembar-gemburkan kerana tidak mahu memberi gambaran negatif bahawa masyarakat kita ini tidak bermoral dan tidak selamat!

Serangan pemikiran daripada Barat telah berakar umbi di kotak pemikiran kita. Inilah punca utama berlakunya kejadian sebegini. Tidak mustahil 10 tahun nanti, anak-anak korang atau adik, sepupu sepapat kita terjebak dan terbiasa dengan maksiat sebegini dan mengambil gaya hidup yang menganjurkan seks bebas, minum orak, merompak dan mencuri kerana mengambil kira bahawa benda sebegini berlaku kerana adat!

Apa yang penting?

Kerjasama! Ini merupakan jawapan daripada kartun yang aku pun tak ingat apa namanya...haha... The point is, kita kena rujuk balik dan kembali kepada dustur(rujukan) dan pegangan kita sepatutnya. Tak lain dan tak bukan QS dan kembali memahami Islam seperti mana yang Rasululla fahami. Tak lupa juga memainkan peranan kita sebagai anggota masyarakat, adik, abang, anak, suami dan isteri (bagi yang dah berkahwin)

6 comments:

  1. thanks for sharing.
    pening dengan berita2 zaman skang..heh

    ReplyDelete
  2. ur welcome. sedih melihat,membaca and mendengar berita2 cemni...

    ReplyDelete
  3. kartun wonder pet.. (^^,)
    cmner la nk 'sogokkan' masyarakat dengan pemikiran Islam? media banyak sgt dh pegang diorg nih. pendedahan kpd Islam yg berterusan mgkn jawapannya. at least "mere exposure effect" akan berlaku..lantas mengubah pemikiran dan isnyaallah sikap mereka..amin..tpi cmner plak nk apply "pendedahan" itu??? hm....jom fikirkan bersama..

    ReplyDelete
  4. nila salah satu wasilahnya..blogging...tapi persoalannya...cukupkah dengan menulis?? kita tanya amal kita masing balek same2 ;) PEACE!!

    ReplyDelete
  5. At least kita buat sesuatu kan? Drp xda wat pa.. Aku ingt lg kisah sorg sis ni, kbetulan naik bus dgn aku (tp dia seat single la).

    Dpn aku ada couple yg bkelakuan xsnonoh la. Ak nk tgur terasa lemah iman.. Cuba kuatkn gk ati ni nk tgur, last2 mbenci dlm ati je. Masih blum pny kekuatan utk tegur.

    Nk djadikan cite, sis sblh aku ni bw kluar pen n secebis kertas. Dia tulis sumtg n then dia pass kt aku mnta tlg bg kt couple 2. Akhirnya ak tpikir; bgus juga cra ni.

    So kpd sapa2 yg bdepan dgn mslh sdemikian, kalo xbrani nk tegur direct, bg la 'nota ringkas' kt dorg. Insyallah bkesan.

    (At least kita buat sesuatu) (",)

    ReplyDelete
  6. betol3...(bak kata upin & ipin ):D haha!

    ReplyDelete