Pasif dan defensif, dua sikap umat Islam (bukan secara general) yang menyebabkan orang bukan Islam di Malaysia tidak tertarik dengan Islam. Melihatkan keadaan umat Melayu yang Islam yang serba kekurangan, dari segi pelajaran mahupun ekonomi.
Namun kita tetap juara. Juara merempit di jalanan, juara dalam membuang anak yang lahir atas perhubungan seks yang haram, juara merompak, mencuri, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang melampau. Kroniknya masyarakat kini tidar tergambarkan, agaknya kalau moyang atau pejuang Tanah Melayu zaman dulu pun boleh ‘heart attack’ tengok keadaan kita sekarang nih!
Gambar nih famous dan berulang kali digunakan di merata tempat untuk pelbagai tujuan,haha!
Inilah masalahnya apabila Melayu mengambil Islam sebagai warisan semata-mata daripada hakikat sebenar cara hidup yang lengkap, mudah dan praktikal nih… Tanya diri balik… kenapa solat? Kenapa puasa? Kenapa pergi masjid? Kenapa baca Yasin malam Jumaat? Kenapa tahlil? Wujud juga couple yang berdating, bila tiba masuk waktu solat, mereka solat...persoalannya bukankah solat mencegah munkar? jadi solat mereka tadi tu...camner ek?
Soalan ini bukanlah untuk dijawab disini…persoalannya yang hendak ditimbulkan adalah tentang betapa jahilnya orang Islam (yang Melayu) sekarang ini tentang agama mereka sendiri…
Ketika berjalan-jalan di pesta buku, terserempak dengan mereka yang sibuk mengedarkan pelbagai pamplet dan risalah tentang buku-buku yang mereka jual, antara buku-buku tersebut adalah buku yang Islamik.
Masing-masing sibuk mencari-cari buku untuk membasahi hati dengan nilai atau sekadar mengenyangkan otak dengan fakta yang pelbagai.
Ketika berjalan melalui mereka ini yang sibuk mengedarkan risalah-risalah itu, tiba-tiba mereka berhenti untuk memberi risalah itu ketika aku melewati mereka!
Aku tidak kaget, bahkan aku tidak hairan dengan tindakan mereka. Memandangkan rupaku yang seakan berbangsa cina, aku sudah sedia maklum akan sikap orang Melayu yang Islam di Malaysia ini. Sepanjang aku berada di tanah semenanjung Malaysia ini, aku sudah terbiasa dengan pandangan dan jelingan ‘pelik’ daripada so called muslim ini.
Antara barang yang dijual di sana. Bukan buku, tapi salah satu wahana mengajar budak-budak, interesting...boleh bagi kat adik...tapi tak ada duit nak beli! huhu!
Booth JAKIM. Dipamerkan al-Qur'an yang tidak diluluskan.
Mula-mula agak terkilan dan timbul rasa kecewa dengan sikap mereka ini, namun Alhamdulillah, Allah telah membuka hatiku untuk memahami mind set mereka dan budaya mereka. Namun, aku harap mind set ini tidak berkekalan dan harapnya mereka boleh memahami aku!
Membuka hati
Alangkah bagusnya kalau mereka memikirkan yang dengan memberi risalah mungkin boleh membuka hati nurani orang yang bukan Islam untuk membaca buku tentang Islam, sekaligus menjadi medium dakwah untuk mereka mengenali dengan lebih mendalam agama yang best nih!
Ramai yang tidak sedar akan ke’best’an cara hidup kita ini dek kerana sikap pasif dan defensif umat Melayu yang islam ini… Itu kerana sikap mereka terhadap agama mereka. Mereka kurang memahami agama yang best ini dengan sebetulnya. Ini menyebabkan mereka juga gagal untuk mengamalkan ajaran Tuhan ini dengan amalan yang sebetulnya yang bias menjadi contoh kepada orang yang bukan Islam.
Sedarlah umat Islam, akan peranan diri kamu…
Ubah sikap dan paradigmamu! Tingkatkan kefahaman akan ajaran ini agar diri kita tidak menjadi fitnah dan sebab musabab untuk orang tidak menerima Islam!
Betul Akhi!
ReplyDeleteIslam itu salah satu maksudnya 'submission' - perbuatan menyerah diri. (sebuah kata kerja)
Umat Islam perlu lebih DINAMIK, tidak STATIK!
oleh itu jum kita sertai DYNAMIC YOUTH CAMP!! heheh...
ReplyDelete