Marah!! Sedih!! Itulah perasaan kita...kita rasa tidak selamat, dunia sekarang terasa sempit dan kita terhimpit oleh jenayah yang berleluasa...
Tapi...kita kan ada polis untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita, kita tidak seharusnya risau dengan adanya mereka ini. Mereka akan menangkap siapa saja yang membuat kacau di bumi Malaysia ini, demi sebuah keamanan!
Itulah ilusi yang memakan diri kita sekarang ini. Hakikatnya polis terlalu sibuk menjaga kerajaan daripada rakyatnya sendiri.
3 orang mati dalam seminggu kerana ragut!
Dan tahu tak mereka lepak kat mana?
Kat tempat berlangsungnya DUN Perak, 300 orang polis diarahkan untuk menjaga kawasan itu dalam 500 meter radius, siapa yang melewati kawasan itu dalam radius itu, akan ditangkap!!
Speaker DUN V Sivakumar kena seret keluar Polis menahan 'penjenayah' ini.-gambar diambil daripada MalaysiaKini.com
Dah habis ke penjenayah, peragut dan perogol di luar dewan tu encik polis sampai ada masa buat kerja-kerja bodoh nih? (marah sangat!!) -gambar diambil daripada MalaysiaKini.com
Yang paling I-cannot-go (aku tak boleh blah), speaker yang legal dalam Sidan Dewan Undangan Negeri Perak pun diorang tangkap!! Kelakarnya polis Malaysia kita!! Tepukan gemuruh buat mereka ini kerana menangkap 'penjenyah' yang berleluasa di sekitar kawasan kawasan berlangsungnya sidang DUN Negeri Perak.
Haih...Inilah polis kita!!
Itulah pasal budak law tak nak kerja jadi polis.
ReplyDeletetapi kalau jadi budak law tak guna jugak kalo tak dapat nak apply law kerana ada double standard dalam implementation of law..dunia akhir zaman...orang yang paling terok pon boleh jadi pemimpin! thru various kinds of illegal ways..haih...
ReplyDeleteok, saya marah
ReplyDeletedan sengih jelah tengok makhluk yang tak guna akal kurniaan Tuahn sebaiknya
salam..susah betul la nak implement kebenaran dan keadilan yg benar2 penting untuk umat sejagat. pemimpin tu kene tukar dulu tuh!
ReplyDelete@As
ReplyDeletepolis jer yang takkan marah,sebab tu diorang buat kerja2 tu kot :p
@shahadah
kena start membina orang2 yang beriman,bertaqwa,berketerampilan dan berkarisma utuk dapatkan..panjang proses tuh...
Akhi,mungkin kita tak boleh nak samakan semua polis yang ada.
ReplyDeletekalau kaum kerabat kita ada yang jadi polis dan jalankan tugas dengan baik, tu camne pulak ye?
Mereka ni memang mengikut arahan dari bos yang lebih BOSAR...
Mungkin ada yang tidak bersetuju, namun terpaksa patuh! Diaorang pun ada anak bini untuk disara...
Tapi, kepatuhan itu tetap dinilai baik buruknya telebih dahulu...
Betul tuh, kita tak boleh nak stereotypekan semua polis sebagai jahat ataupun teruk.
ReplyDeleteNamun setiap manusia itu ada PILIHAN.
Sama ada untuk:
1. Mengurangkan kesan kezaliman terhadap kita
2. Menolak terus arahan yang tidak munasabah
3. Mengikut saja arahan untuk memastikan kelangsungan hidup
Apapun harapnya mereka dapat memikirkan dengan akal yang sihat, KESAN tindakan mereka dan apa yang TUGAS & MATLAMAT sebenar mereka.
Wallahu'alam...
Kita tak boleh nak salahlah polis yang bertugas. Ini amanah yang mereka harus pikul. Yang salah bos yang atas-atas tu...
ReplyDeletein the end pemimpin yang rosak merajai...tanda hari kiamat...
ReplyDelete