"What's the use of learning Arabic language, I'll get killed if speak Arabic!"
Terkejut dan terkesima aku dibuatnya. Namun itula keluhan Ali, kawan sekelas ku. Dia berasal daripada Chechnya yang mana majoriti penduduknya beragama Islam. Namun sedih sekali, mereka tidak dapat beramal dengan agama Islam di sana dengan bebasnya seperti kita di Malaysia.
"Russian army even do not allow azan in Chechnya..." bicara dia lagi.
Read IT & ur DEAD
Yang paling menyedihkan, kita boleh ditangkap kerana membaca Al-Qur'an. Pada satu ketika, kanak-kanak akan dirasuah dengan gula-gula dan akan ditanya oleh pengintip askar Rusia, "Mak ayah kamu ada melakukan perbuatan begini?" sambil memperlakukan gerakan dalam solat.
"Ya!" jawab anak itu dengan jujur, tidak tahu apakah akibat daripada jawapan mereka itu.
Di keheningan malam, ketika waktu ibu ayah dan anak-anak meluangkan masa bersama, askar Rusia terus menerobos dan menangkap ibu bapa budak itu. Kesudahannya...hanya yang Maha Mengetahui tahu akan nasib mereka...
"The first time I saw a mosque in my country is when I'm 17 years old."
Terbakar dadaku mendengarnya. Tekanan yang mereka alami tak terbandingkan dengan keadaan kita di sini yang mempunyai banyak peluang untuk beramal dengan terbinanya masijd dan surau yang melambak di saentero tanah air.
Namun sedih sekali masjid-masjid dan surau menjadi tempat berkumpulnya orang-orang tua yang mula insaf. Pemuda pemudi sibuk memuaskan hawa nafsu mereka dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah, merempit, clubbing dan pelbagai lagi gejala sosial yang tidak terkata...
Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan dengan kita di sina, namun jangan rasa syukur itu membuatkan kita terus lalai dengan nikmat harta yang Dia kurniakan untuk dijadikan UJIAN kepada kita.
sesuatu yang mudah diperolehi jarang untuk dihargai.. begitulah lumrah manusia yang tertipu dgn kesenangan duniawi. semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yg sentiasa mensyukuri nikmatnya dengan penuh ketaatan dalam susah mahupun senang.. insyaAllah
ReplyDeletemoga kita sentiasa SYUKUR & SABAR dalam menempuh segala dugaan dan ujian hidup demi menunaikan tujuan hidup ;)
ReplyDeleteuish..iye ke..sampai camtu sekali ek.
ReplyDeletekne syukur selalu kita ni. tq sebab update pasal akhbar islami.
akhi, entri yang menyentuh HATI!
ReplyDeleteas-Soff: ur welcome, no big deal ;)
ReplyDeleteAzraai Ahmad: hadzihi min fadhli robbi.... :)