Thursday, May 14, 2009

Sinopsis Cuti: 6 Peristiwa



Azzam dekik(memanjat) "gunung" di Reservoir Park ??!! :p


Dah 2 minggu berlalu cuti sem nih… Macam-macam insiden berlaku. Pelbagai pengajaran dan iktibar untuk KITA, berikut tajuk utamanya:

1. Pengembaraan ke Pesta Buku Antarabangsa 2009
2. Camping di Rebutia
3. Rompakan
4. Accident
5. Death
6. Registration Yang Memeningkan!!


Sinopsis


1. Melihat pelbagai gelagat manusia. Antaranya ulat buku, photographer, kipas susah mati (die hard fan) nasyid dan penulis buku, orang yang tak nak bagi risalah kepada aku (sebab muka mcam cina :p ) dan seperti biasa, orang yang tak cukup duit nak beli buku dan juga yang dah terlebih belanja beli buku! Harapnya semua mendapat manfaat dan redha Allah dalam pekerjaan yang mereka lakukan! ;)


2. Mengajar erti tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan. Koreksi iman kita yang tak terbandingkan dengan syuhada seperti Sumayyah dan sahabat yang tegar seperti Bilal. Yela dah suruh golek sikit pun dah pening, belum letak batu atas perut lagi! Di camping ini juga berlaku juga krisis tentang pentingya tentang objektif program itu dilakukan dan sejauh mana objektif tersebut tercapai…wallauham…



Minum pagi bersama atuk&nenekku. Mereka fobia tinggal di rumah mereka dan selama beberapa malam berambeh(bermalam) di rumah mak cikku.


3. Nasi sudah jadi bubur… Sekarang nih alarm dah dipasang, harapnya boleh elakkan berlakunya kejadian sebegini... Bila direnung balik, pak cikku disuruh untuk buat kawat cam. Dalam list nama penjenayah tu semuanya bernama Ahmad, Muhammad, Abdullah dan pelbagai lagi nama-nama "Islam"...Kroniknya bangsa kita kini tiada tanding taranya...huih...



Pintu pagar yang dipotong oleh perompak. Sekarang nih cuma guna rantai untuk lock pintu. Zaman sekarang ni ada pagar besi pun tak selamat. Ada juga kes orang dalam rumah yang curi duit keluarga sendiri!! Tak cukup dengan tu, dipukulnya anaknya!! Dunia akhir zaman...


4. Sebelum adikku balik ke kampus UITM di P.Pinang, dia dan kawannya memandu dan terlibat dalam kemalangan. Dipendekkan cerita, tak tahu camaner nak settle sebab dia dah balik P.Pinang. Yang melecehkan lagi, polis report pun dibuat oleh orang yang melanggar kereta adikku, seolah-olah mereka tidak bersalah! Kiasu betul mereka itu! Doakan perkara ini dapat diselesaikan dengan aman dan harmoni…PEACE!! V(^_^)


5. Moga ini menjadi pengajaran dan iktibar pada Pehin Sri Taib Mahmud dan kita semua. Sedarlah yang hidup ini tidak lama. Dikala ajal menjelma tiba, harta kekayaan apa pun tidak dapat menyelamatkan kita. Yang penting apakah amal kita yang kita bekalkan untuk kita ‘makan’ di sana?? Fikir-fikirkan dan selamat beramal! ;)




Dah sampai ke LCCT KLIA. Sebenarnya dalam kawasan ni, tak boleh ambik gambar :p heheh... Ni nak share betapa 'best'nya turun naik kapal terbang,haha!


6. Kalau KOSMO datang ketika berlakunya registration di Mahallah Zubair, mesti aib besar kepada nama INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY. Pendaftaran pelajar ke Kolej Zubair menunjukkan betapa teruknya pentadbiran pejabat Zubair. Menyusahkan mereka dan pelajar. Sampai berlaku pergaduhan antara pelajar!

Sekian event-event perjalanan cutiku kali ini yang penuh dengan pelbagai insiden luar daripada kebiasaan... Hidup ini tidak lari daripada ujian dan cabaran. Moralnya, hidup JANGAN jadi MANGSA!! THINK POSITIVE and you'll get through all your problems dengan RELAAXXX!!

No comments:

Post a Comment