Monday, November 2, 2009

Berkain Tuala ke Syurga

Shahril keluar daripada bilik, siap berkemban dengan kain tualanya sambil memegang baldi berisi sabun dan berus gigi. Dalam keadaan mamai, dia melagkah ke bilik air untuk mandi.

Tiba-tiba...alarm kecemasan berbunyi... Dalam keadaan berkain tuala, Shahril terus bergegas berlari ke tanah lapang, tempat berkumpulnya kawan-kawannya yang lain. Ramai yang berkain tuala, pelbagai corak, warna dan saiz.

Tak lupa juga yang hitam bertahi lalat.

"Mari kita perang dengan kolej sebelah! Ternyata, mereka telah mengkhianati kita dan telah menahan kawan kita, Zulkifli bin A'to!!" teriak 'Atif yang juga berkain tuala warna coklat, berkartun Garfield.

"Angkatlah sumpah sahabat sekalian! Kita akan berdepan dan berlawan dengan mereka!"

"Tapi...polis kata jangan....." jawab Yusuf, bergetar suaranya ketakutan.

"Pedulikan mereka! Nasib sahabat kita di tangan kita! Kita kena bertindak pantas!" jawab Shahril dengan gagah beraninya, memberi semangat kepada Yusuf.

Mereka semua bersumpah, dengan hanya kain tuala di badan, mereka bersedia bertempur untuk ke kolej sebelah...

Gila apa?

Itulah yang terjadi daripada kalangan sahabat yang berkain ihram ketika hendak menunaikan haji.

Tanpa peralatan perang.

Dengan kain sekeping di badan, tanpa pakaian perlindungan.

Mereka bersumpah untuk menuntut bela atas kematian Uthman bin Affan, yang mereka sangkat mati ketika berbincang dengan musyrikin Mekah.

Mereka bersedia untuk melangkah jauh ke hadapan untuk melawan musyrikin, sekalipun menyedari tiada pedang, tombak dan panah di tangan. Kalau wujud jeneral perang pada masa kini, sudah semestinya mereka akan kata,"Gila apa??"

Tapi itulah kuasa iman dan ukhuwah dalam diri sahabat. Semaian iman yang membuatkan ikatan ukhuwah itu lebih diutamakan daripada nyawa mereka sendiri. Di luar jangkaan akal yang sihat untuk berlawan dengan musuh dengan 'kain tuala' sahaja... Gila apa??

Generasi Qur'an yang unik, itulah mereka, tidak kenal gentar, takut atau mati, sedia berkorban untuk hidup mulia atau mati sebagai shuhada. Namun tujuan mereka yang jelas, melupakan segala perkara di dunia.

Mereka tidak takut meninggalkan anak dan isteri selama-lamanya sebab yakin akan jagaan Allah terhadap mereka.

Mereka tidak takut akan kisah apa yang akan terjadi kepada kebun-kebun mereka, kerana lebih menggemari taman-taman dan sungai syurga yang lagi indah dan permai.

Mereka yakin, sekalipun dalam keadaan ber'kain tuala', mereka akan hidup di alam sana dengan bangga dan gembira, menggapai makna kebahagiaan yang hakiki dan abadi...(background OST Nur Kasih)

Karena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar
4:74

3 comments:

  1. Ingatkan betul2 berlaku perang tuala kat Zubair tu...

    Entri kali ni walaupun tak brapa pjg memang BEST dan sampai maksudnya!

    ReplyDelete
  2. salam,

    cerita yg kat atas tu betul ke tidak? analogi ke?

    ReplyDelete
  3. Yang perang pakai tuala tu analogi,nak bagi gambaran dahsyatnya para sahabat dalam berjuang... Hal ni berlaku ketika muslimin hendak menunaikan haji,lalulah jadi bay'atul ridwan,peristiwa sahabat mengangkat sumpah membela uthman

    ReplyDelete