Friday, March 19, 2010

Ciuman kasih seorang Pak Arab

.
BB, gelaran roomate aku datang kepada aku.

"Aku dah kena dah..."

Terbeliak besar mata aku. Aku memahami maksud BB. Aku pun dah kena juga, sehari lepas.

"Aku cuba tahan dia, tapi dia nak jugak, sampai menggigil badan dia nak buat kat aku!"

"Yeke??" Dahsyatnya!!" aku terkesima dengan tindakan seorang tua yang berumur 50 tahun lebih...

"Dia macam tak tahan...dia kena buat jugak kat kita..." sambil bernada sayu, seolah-olah tercalar maruahnya BB sebagai lelaki teruna sejati...

Sehari sebelum, dalam keadaan bilik aku yang separa gelap, dia mendatangi aku... Aku kira dia cuma hendak peluk cium berlaga pipi, tetapi diciumnya pipi aku dengan bibirnya dikelilingi bulu-bulu misai dan janggut yang tak kurang hebat ketajamannya!!

Aku cuba mengelak, tapi apakan dayaku, dia terlalu pantas bertindak...

"SMOOOCH!!" pipi kanan ku dicium...

"SMOOOCH!!" pipi kiri ku pula dicium...

Aku terdiam seketika...terkejut...tidak tahu hendak memberi apa-apa reaksi...

Aku cuba memahami tindakan pak arab itu. Ciuman kasih sayang yang selalu diberi kepada sahabat-sahabat yang beliau kasihi, dianggap sebagai satu tindakan yang luar biasa dan menggelikan terutama sekali dalam masyarakat Malaysia ini.

Dalam apa-apa perkara sekalipun, kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menghadapi apa-apa situasi.

Sebagai contoh kalau hendak pergi ke negara orang, selidiki dahulu budaya tempat itu.

Kalau dah nak exam, bersedia dengan nota-nota exam.

Kalau nak pergi melancong, pastikan pasport, IC dan wang cukup di dalam dompet.

Alamatnya kalau kita tidak bersedia, maka apa-apa tujuan kita, semulia dan seikhlas mana pun, tidak akan mendatang manfaat, bahkan boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tindakan mencium yang dianggap mengeratkan ukhuwah oleh orang arab, menjadi punca orang Melayu menjaukan diri daripada mereka.

Tindakan kita untuk tidak menyediakan nota, mengakibatkan kita gelabah dan tidak dapat untuk membuat ulang kaji dengan lebih banyak.

Tiada cukup duit mungkin menyebabkan kita tidak bisa untuk kembali ke negeri atau negara asal selepas puas melancong!

BE READY!!

PS: Untuk yang nak start exam, all the best! Jangan biarkan diri anda dicium oleh Pak Arab!! :D lol

Wednesday, March 10, 2010

Pening tak peningnya subjek-subjek mereka itu...

Aku nak cerita pasal sistem.

Kalo budak-budak engin yang ambik mekatronik akan ambil subjek Control System.

Kalo budak-budak ICT akan belajo pasal sistem nak buat software, antivirus, RUBI bla3...

Kalo korang nak tahu pasal sistem2 yang mereka belajar tu, korang kena tanya diorang. Pening tak peningnya subjek-subjek mereka itu menyebabkan insan 'kerdil-but-quite-big' macam aku ini telah mengambil keputusan untuk keluar daripada terlibat dalam ilmu-ilmu bertaraf einstein itu.

Nak tahu betapa susahnya buat benda-benda tu?

Confirm akan ambik masa...tenaga dan usaha untuk develop sistem tu...

Tapi to put it simple, apa kata kita pegi kepada contoh satu sistem yang lebih simple.

Bayangkan kalau jalan raya tak ada sistem.

Tak ada lampu isyarat or lampu isyarat rosak.

Tak ada signage yang betul (cam kat Malaysia ni, sampaikan aku pernah terlajak pegi ke Putrajaya padahal nak pegi ke Masjid KLIA jer pun)

Tak ada flyover.

Apa akan jadi? Yang berakal waras akan berkata, "Of course la accident beb!"

Benda se'simple' jalan raya ni pun kena ada sistem.

Dunia, alam dan kehidupan seharian kita apatah lagi?

Namun persoalanya sekarang, siapakah yang seharusnya mencipta sistem itu?

Manusia mencipta sistem untuk manusia, ibaratlah seperti lampu trafik mencipta sistem jalan raya.

Ibaratlah juga sebuah komputer membuat softwarenya sendiri.

Tapi...Bolehkah komputer mencipta Operating Systemsnya sendiri?

Bolehkah lampu trafik mencipta sistem jalan rayanya sendiri?

KALLA...TSUMMA KALLA...!! (tidak...sekali-kali tidak..!!)

Mestilah manusia pencipta komputer kena create software komputer tu dan siapkan sistem jalan raya untuk traffic light tu.

Seperti itu juga Tuhan pencipta manusia kenalah create sistem kehidupan untuk manusia, jadi manusia takleh nak memandai jer buat sistem dia sendiri.

Persoalan: Kamu pakai sistem apa?

PS: Takleh tidor, mungkin dah terlebih tidur waktu siang tadi...haihs... Menulis blog sambil melayan lagu klasik SO7 :p hehe...terok tak aku? Ke aku ni dikira dah terkeluar dari sistem yang betul? :p