.
BB, gelaran roomate aku datang kepada aku.
"Aku dah kena dah..."
Terbeliak besar mata aku. Aku memahami maksud BB. Aku pun dah kena juga, sehari lepas.
"Aku cuba tahan dia, tapi dia nak jugak, sampai menggigil badan dia nak buat kat aku!"
"Yeke??" Dahsyatnya!!" aku terkesima dengan tindakan seorang tua yang berumur 50 tahun lebih...
"Dia macam tak tahan...dia kena buat jugak kat kita..." sambil bernada sayu, seolah-olah tercalar maruahnya BB sebagai lelaki teruna sejati...
Sehari sebelum, dalam keadaan bilik aku yang separa gelap, dia mendatangi aku... Aku kira dia cuma hendak peluk cium berlaga pipi, tetapi diciumnya pipi aku dengan bibirnya dikelilingi bulu-bulu misai dan janggut yang tak kurang hebat ketajamannya!!
Aku cuba mengelak, tapi apakan dayaku, dia terlalu pantas bertindak...
"SMOOOCH!!" pipi kanan ku dicium...
"SMOOOCH!!" pipi kiri ku pula dicium...
Aku terdiam seketika...terkejut...tidak tahu hendak memberi apa-apa reaksi...
Aku cuba memahami tindakan pak arab itu. Ciuman kasih sayang yang selalu diberi kepada sahabat-sahabat yang beliau kasihi, dianggap sebagai satu tindakan yang luar biasa dan menggelikan terutama sekali dalam masyarakat Malaysia ini.
Dalam apa-apa perkara sekalipun, kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menghadapi apa-apa situasi.
Sebagai contoh kalau hendak pergi ke negara orang, selidiki dahulu budaya tempat itu.
Kalau dah nak exam, bersedia dengan nota-nota exam.
Kalau nak pergi melancong, pastikan pasport, IC dan wang cukup di dalam dompet.
Alamatnya kalau kita tidak bersedia, maka apa-apa tujuan kita, semulia dan seikhlas mana pun, tidak akan mendatang manfaat, bahkan boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Tindakan mencium yang dianggap mengeratkan ukhuwah oleh orang arab, menjadi punca orang Melayu menjaukan diri daripada mereka.
Tindakan kita untuk tidak menyediakan nota, mengakibatkan kita gelabah dan tidak dapat untuk membuat ulang kaji dengan lebih banyak.
Tiada cukup duit mungkin menyebabkan kita tidak bisa untuk kembali ke negeri atau negara asal selepas puas melancong!
BE READY!!
PS: Untuk yang nak start exam, all the best! Jangan biarkan diri anda dicium oleh Pak Arab!! :D lol
"Jangan biarkan diri anda dicium oleh Pak Arab!"
ReplyDeleteDengar mcm Misteri Nusantara la pulak... :D
hehehehe.. nice.(n_n)
ReplyDeleteAzraai: kisah ni boleh buat dokumentari kot :p
ReplyDeleteSuhe: hehe.THANX!
zahid,kesucian dan kegelian telah dibincangkan di sini.entri ini.
ReplyDeleteseram sejuk ana baca cerita ni..
ReplyDeletehanya orang yang kuat imannya boleh melepasi ujian itu..
apakah status enta sekarang ya akhi? hehe..
Betul tu ZZ (gelaran utk kamu) hehee... Lain padang, lain belalangnya. Jadi kita knelah bljr adat stiap bgsa d negara ni. Kelak kalau kita jmp mreka, tak da la blaku kjutan budaya. Keh5 =P
ReplyDeletep/s: All da best final xm ni.
fadzil: hoho...kegelian je kot,masih suci lagi,ahaha!
ReplyDeleteawe: ya...ana,atif,muzamil & BB dah lepas,enta bila?
ana maseh berstatus teruna bujang 4,haha!
epah: betul itu,masuk kandang kambing,kenalah mengembek kan? all da bez 2u2!! ;)
hehe..kelakar..pengalaman..mmg lelaki melayu xbese benda2 cmni..
ReplyDeleteagak kurang normal bagi orang Melayu kalo boleh accept benda camni.
ReplyDeleteCiuman daripada ayah pun ada kalanya dianggap menggelikan dan pelik, apatah lagi ciuman daripada stranger! Yucks!
hurm..terfikir plak..andai masa tu enta da tau n kaji selidik adat diorg mkne nye enta akn cium die blk la kn kalu die da bt cam tu??hurm..wondring..hehe :P
ReplyDeletenice!!!!!!! laughing out loud!!!!!
ReplyDeleteusamah: haha...tak pernah terfikir plak..ada cadangan? :D lol
ReplyDeletesairoz: haha...tetak kau...aku cuak giler time ya
hahaha..lawak ar.. :D
ReplyDelete