Friday, January 29, 2010

ALAMAK!!

Semuanya nampak sempurna, kami sampai pada masanya. Keadaan KLIA sungguh tenang, meskipun kami agak terlewat tiba, tetapi kami sempat setting tempat program sambil membelasah makanan yang telah dibeli sebelum bertolak ke KLIA.

Tiiiitttt....tiitttttt.....

Bunyi mesej berkumandang.

Muka Nicky (bukan nama sebenar) berubah.

"Aduh...camner ni...." adu Nicky.

"Kenapa Nicky??" jawab Heat.

"Budak perempuan baru bagitau yang diorang takda LCD..." jawab Nicky lagi dengan nada kuciwa...

"ALAMAK!!!" bisik hati Heat....

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi Sabtu yang hening, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa Jipun, terbau bauan asap kenderaan Bas Air Asia yang menghantar penumpang-penumpang dan pramugari ke LCCT dan KLIA, para peserta bersedia untuk mendengar slot pertama daripada Heat.

Heat dengan rasa penuh semangatnya bersedia untuk dengan sebaik mungkin. Semalaman Heat tidak nyenyak tidur menyediakan slaid untuk perkongsian dia bersama dengan para peserta. Pelbagai aneka gambar dan warna yang dicilok daripada penulis blog Coretan Karya Jiwaku digunakan untuk memastikan penyampaian berkesan dan mudah difahami penonton.

Arakian bersengkang matalah Heat dengan penuh daddykasi. mamakasi dan kamikazi menyiapkan slaid untuk perkongsian pagi itu. Di gelap malam ketika mana mereka yang lain berdengkur dengan penuh tatasusila secara tidak langsung membuat Heat cemburu dengan adegan-adegan dan posisi tidur yang penuh gaya, mutu dan keunggulan, Heat tetap tegar!

Pukul 9.30am - Heat memulakan perkongsiannya. Maka ditekan punat LCD yang dicilok daripada pejabat "Di bawah Bayang". Dengan semangat membara dan kesabaran yang berkuasa 500 ribu hp, semua menumpukan perhatian dan fokus melihat layar putih...

Tiba-tiba kelihatan cahaya berkedip-kedip keluar daripada LCD...

Rupa-rupanya LCD telah rosak!! Sekalipun disambung dan selepas beberapa kali cuba untuk disetting semula, ternyata LCD yang dicilok daripada "Di bawah Bayangan" rosak!

"ALAMAK!!" monolog Heat lagi sekali lagi...dengan penuh kecewa dan hampa kerana slaidnya tidak bisa ditayangkan pada layar putih...

---------------------------------------------------------------------------------------

Moral: ketika keadaan genting dan ujian yang tidak diduga berlaku, kita harus tegar dan sabar mendepani pelbagai rintangan itu. Persis air sungai, yang apabila dihalangi batu-batu, akan menyelusuri celahan batu untuk meneruskan perjalanan.

Last sekali, persiapan dan perancangan awal dalam apa-apa urusan akan mengelakkan kita untuk berkata...

"ALAMAK!!!"

4 comments:

  1. zahid3x alamak! best la cite nta kali ni... penuh dengan ALAMAK!!! suspension betul la.. ALAMAK!!

    ReplyDelete
  2. kalau Allah nak bg ujian, kalau bukan dgn cara itu, Allah akan sampaikan dgn cara lain pulak. ujian yg tak diduga sentiasa akan berlaku. disamping sentiasa bersedia di awal waktu, cara bereaksi kpd ujian juga penting bukan..

    Alhamdulillah masih diuji, kalau tak susahla nak hapuskan dosa2 kecil. kalau tak, kita tak akan selalu merujuk kpd DIA

    ReplyDelete
  3. moga apa jua ujian dan mehnah yang tiba,kita kan sentiasa tegar dan sabar mendepaninya..!!

    ReplyDelete