Sunday, February 21, 2010

Marahnya Si Makhluk Hijau



Tangannya menggeletar...!!

Suaranya pun terketar-ketar...seakan-akan nervous...

Namun Berus Baner (bukan nama sebenar) menyimpulkan meetingnya dan menangguhkan dengan kalimat tasbih kifarah & surah al-asr. Dia masih kebingungan kenapa badan dia memberi reaksi sebegitu, padahal pada awal meeting die relaks dan tidaklah gelabah ketika menguruskan diskusi.

Tiba-tiba, dia dapat rasakan yang perasaan tadi itu rupa-rupanya hasil amarah yang giler la tak pernah diexperience for the rest of his life! Hati Ence Berus seperti Bruce Banner dalam citer Incredible Hulk, daripada hati yang tenang dan penuh dengan aspek-aspek harmoni dan jiwa seorang pemuda yang cool, kini membuak-buak dengan kemarahan seorang pria yang telah di'reject' oleh buah hatinya ataupun lebih smart lagi ibarat marahnya Hiro Nakamura apabila aweknyer diculik oleh Samuel(si penjahat yang ada power untuk menggerakkan bumi) dalam citer Heroes.

Mujur Pita Parkour (bukan nama sebenar & takda kena mengena dengan roti pita) menyelamatkan keadaan dengan baju merah & birunya membawa Ence Berus solat, menenangkan hatinya yang penuh gejolak dilema yang tidak berkesudahan...

******************************************

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"


Ayat ini ibarat air yang menyimabah api kemarahan & kebencian Berus... Ayat ke tiga dari surah ke enam puluh satu ini mengingatkan dia akan banyak perkara yang telah dia katakan tapi tidak diperbuat..

Ence Berus berfikir,"...jika aku marah pada minah tu cam sekarang ini...camner la pulak marah Allah pada aku ek??"

PS: rasional merupakan alat bantu yang utama dalam kita berbincang terutama sekali ketika berhadapan dengan karenah yang...I dont know laa... You can say that karenah yang emo la kot...I dont know....
Ada masanya ada ahli diskusi yang lebih suka & pandai condemn jer tanpa ada satu idea atau kritikan yang baik untuk memperbaiki idea yang sedia ada...
Namun iman menjadi dinding yang lebih utuh untuk menghalang kita bertukar badan menjadi kaler hijau berketak2 AKA Incredible Hulk bila marah!!

7 comments:

  1. Allah menyaksikan orang2 yang bekerja dan mana yang tidak..

    Dia mengetahui siapa yang perit mengerahkan tenaga fikiran...

    seharusnya kita meletakkan hanya idea2,cadangan2 dan pandangan2 yang besar dlm dakwah ini..

    kerana..

    big things on the big mission!

    ReplyDelete
  2. Zahid,
    perasaan marah ni susah nak dikawal bila dah terlepas. Aku memang baran kadang2 tapi alhamdulillah, sebelum aku marah, aku fikir dahulu. Kalau tak, habis semua aku sembur, dengan hasutan syaitan lagi, memang naya..

    ReplyDelete
  3. fadhil, betul tu...letakkan matlamat yang besar di hadapan,bukan sekadar omongan yang...i dont know... :p

    hasbi,itulaa..kalo kita macam rooney,habislaa,haha..

    ReplyDelete
  4. Dari Abu Hurairah r.a, ada seorg laki2 berkata kepada Nabi S.A.W, "Berilah akau wasiat". Rasul S.A.W bersabda, "JANGAN MARAH" Baginda mengulang2beberapa kali ucapan,"jangan marah" (HR BUKHARI)

    *if ikut p'bincangan based on the hadith ada beberapa guideline diletakkan kpd kita sblum nak marah..antaranya kembali balik pd sifat ar-Rahman&ar-Rahim yg ada pd Allah...sekiranya Allah yg berhak nak murka pd kita pun boleh tolerate ngan hamba-Nya...siapalah kita nak tunjuk taring lebih2 kan..just a sharing...peringatan utk diri sendiri jugak...
    I don't know(sound negative)but if ada continuous sentence cam "what do you think?"(it can be positive i guess) :D

    ReplyDelete
  5. salam..
    kadang2 marah pn bagus. kerana org yg xmarah ni sebenarnya xnormal jugak. dh mmg nature nye.sbb tu lah Allah dan Rasul bg guide. namun bak kata Al-Ghazali dlm salah satu cara mengawal kemarahan ialah dengan memahami kenapa dia melakukan itu sehingga kita rasa marah. jika benar dia salah, xpe..namun, observe, risik2, tanya kenapa. then, buatlah keputusan..
    fahamilah dan telitilah dalam2.moga Allah tunjukkan..
    p/s: adakalanya marah ialah punca daripada perbezaan perbuatan dan pemikiran. lalu, fahamilah..

    ReplyDelete
  6. salam..
    ana biasanya klu marah, snyp jap..
    jauhkan dri dri manusia kejap,pastue pikir akibat dan sebab musabab nape kita marah..:)
    sekadar perkongsian..

    ReplyDelete
  7. anon1: sebenarnya "i dont know" tu antara pencetus kemarahan berus,tadi dah tanya dia,ekeke

    shahadah: yaa..tol tu...hopefully kemarahan kita ni seprti marahnya Rasul :)

    anon2: alhamdulillah,moga boleh jadi cam anta/ti..boleh senyap jer,hehe

    ReplyDelete