Saturday, March 14, 2009

Bersatu untuk makan..?

Pelbagai hidangan makanan disajikan pada hari Selasa lepas di kawasan 'centre' IIUM. Ada makanan daripada asia pasifik, negara arab dan sebagainya. Yang lebih menakjubkan, semuanya free!


Berbaris

Terdapat 3 barisan yang panjang, semua brothers and sisters beratur panjang bersabar untuk melayani perut yang kelaparan dengan makanan yang panjang. Tak lama lepas tu, azan pun berkumandang. Mungkin ramai yang menyangka semua orang yang berbaris tadi akan terus pergi menunaikan solat, secara idealnya...itulah yang diharapkan, tapi pelajar yang kelaparan itu pun mendahulukan pengisian perut, mungkin selepas hilang lapar dan dan dahaga mereka, lebih khusyu' la solat diorang... ;) heheh...


Berkumpul

Saban tahun kita kedengaran manusia berkumpul beramai-ramai menyaksikan gelagat artis-artis pujaan dari Barat menghiburkan hati rakyat-rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Terbaru, Jason Mraz telah datang 'menziarahi' kita, sebelumnya, Avril Lavigne (kalo tak silap).

Di taman ilmu dan budi, UIAM pula pada hari yang bersejarah ini, pelajar daripada pelbagai bangsa daripada seluruh dunia telah berkumpul untuk mendapat pengisian fizikal yang tak pernah dapat dinikmati sebelum ini. Merasa makanan percuma yang sedap daripada pelbagai negara, siapa boleh tahan? Namun selesai sudah matlamat utama untuk mengisi perut, mereka pun balik( sama ada ke kelas ataupun tidur di bilik ataupun tidur di kelas :D haha!)


Bersatu

Boleh kita katakan untuk kali pertamanya rakyat jelata UIAM bersatu di bawah satu payung, demi mencapai satu matlamat...mengisi perut hingga kenyang!! Alangkah bestnye kalau perkumpulan ataupun kesatuan dalam masyarakat UIAM, berorientasikan dan bermatlamatkan kepada matlamat yang lebih bermakna, bersatu atas satu matlamat untuk mencapai satu objektif, misi dan visi...ONE AIM...Dibawah satu bentuk ideology yang sejahtera dan fitrah yang lengkap dan melengkapi...

Sejauh manakah kita daripada kesatuan umat Islam yang pernah terbentuk ketika di Madinah? Ataupun kita sekarang lebih menyerupai keadaan terjadinya perang Jamal dan Siffin dimana belakunya peperangan antara orang Islam... Tercapai atau tidak? Atau sekadar mainan mimpi-mimpi indah dan akan punah apabila terjaga di pagi hari?? Ilusi atau realiti? hmm...

No comments:

Post a Comment