Friday, March 6, 2009

Tetaplah tegar..!

Berlalu sudah Insaniah Camp, satu pengalaman yang menyeronokkan bersama pelajar sekolah daripada SBPI Gombak. Inilah pertama kali aku menjadi fasilitator sejak tahun lepas. Pada tahun sebelumnya, aku dan kawan-kawanku di Sarawak mengendali program untuk pelajar sekolah, namun perwatakan dan tingkah laku mereka berbeza .

Pelajar daripada SPBI Gombak ibarat barisan semut yang akur akan arahan, tiada masalah disiplin dan menepati masa ketika menghadiri aktiviti.

Lain pula halnya pelajar Sarawak yang kebanyakannya ‘berolah’ (bahasa Sarawak untuk ‘gedebe’). Disuruh untuk berbincang tentang satu aktiviti, mereka melencong ke tempat lain. Ada yang pergi ke kawasan kediaman perempuan dan mengambil peluang untuk mengusik mereka.

“Apa reti camtok?! Balit jak ehh!!” (Apa ni?! Nak balik lah!!)

Rungut salah seorang peserta yang menolak permintaan urusetia untuk membentuk kumpulan dengan pelajar daripada sekolah lain. Mereka berani menunjukkan belang mereka sekalipun dihadapan mereka ada ustaz dan urusetia!

Dalam perjalanan menuju ke destinasi rehlah di Sarawak

Kesabaran di luar batasan

Sekalipun berhadapan dengan pelbagai situasi-situasi yang menduga jiwa dan nurani, aku dan kawan-kawanku tetap tegar. Kami terus-menerus cuba mengubah suasana dan dengan sebaik mungkin cuba untuk mendekati dan menyantuni mereka, dan percayalah it’s easier said than done!

Dalam menghadapi pelbagai manusia yang datang daripada pelbagai mind set yang berbeza, jiwa yang kental dengan hati yang tegar akan cepat luntur, amarah akan mudah melonjak keluar jika tiada iman yang mantap untuk mengekang dan menyelesaikan cabaran-cabaran emosi yang silih berganti selama 3 hari 2 malam di Telaga Air, tempat kami berkampung.

Kisah seorang manusia yang berhadapan dengan orang yang lebih keras daripada pelajar-pelajar sekolah ini menjadi motivasi diriku di kala masa tertekan dengan suasana program yang memeningkan.

Buah Iman

Ketika berhadapn dengan tentara Jalut, seorang manusia bernama Thalut dengan tenteranya sedikit tetap tegar dan sabar menhadapi mereka. Ahdaf dan objektif mereka sangat jelas, ghayah mereka itu tidak sedikit pun luntur ketika melihat tentera Jalut yang besar saiznya, ditambah lagi bilangan tentera Jalut yang ramai. Thalut yang syahid kemudiannya disambung perjuangannya oleh Nabi Daud.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit di dunia dahulu, bersenang-senang di hari kemudian... - antara aktiviti ketika rehlah

Ini semua merupakan buahnya daripada iman yang kental, lahirnya daripada hubungan yang dekat dengan sang pencipta langit dan bumi. Masakan tidak dengan hanya satu lastik, Nabi Daud telah menumpaskan satu pasukan askar yang kuat yang mampu menghancur dan menggoncangkan bumi!

Hubungan ini yang lahir daripada amal ibadah sunnah yang berterusan dan tahap tawakal dan pengharapan yang tinggi pada Allah. Tanpa adanya amal ini dan hubungan yang baik, kita akan mudah goyah ibarat lalang yang mudah ditiup ke kiri dan ke kanan oleh sang angin, mudah dibuai dan digoncang oleh buaian nikmat dunia yang mengasyikkan, seakan tidak punya pendirian yang benar.

Repair hubungan dengan Allah,

renew niat di hati,

dan revive iman yang mendalam di jiwa

agar regeneration dalam beramal kian meningkat hingga ke akhir hayat..

4 comments:

  1. Betul bro! Kadang2 kita jd lebih 'tegar' bila cabaran itu pun 'tegar'.

    Jom perkasakan dakwah sekolah!

    ReplyDelete
  2. Qola Upin wa Ipin: "Betul! Betul! Betu!"

    ReplyDelete
  3. Adeh, semua dah taksub dakwah sekolah.

    ReplyDelete
  4. Insya Allah taksub yang bermanfaat :D heheh

    ReplyDelete