Monday, April 27, 2009

Projek Usahawan-Jangan lepaskan peluang ini!

Banyak produk kesihatan wujud tapi berapa banyak yang berkesan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa?



- Jemu dengan perniagaan piramid yang mencurigakan,
merugikan dan menzalimi diri dan orang lain?

- Tak mahu terbeban dengan hutang pinjaman yang melambak?

- Mahukan pendapat setinggi RM 1000, RM 3000,
RM 5000 atau RM 10000 seminggu?

- Ragu-ragu dengan peluang kerjaya anda sesudah graduasi?

- Terbeban dengan perbelanjaan dan kesempitan wang?

- Mahu mengurangkan bebanan hidup keluarga?


- Pengasasnya, Dr. Myron Wentz menerima anugerah
“Albert Einstein Award”

- Pemenang tahunan berturut-turut Anugerah
“UTAH Best of State Award”

- Syarikat Terbaik 10 tahun berturut-turut dalam
“Network Marketing Today”

- 2005 Tersenarai tempat ke-3 dalam
“100 Hot Growth Companies”

- Product No.1 dalam
“Comparative Guide to Nutritional Supplement"

-Produk berkualiti tinggi dengan kadar penyerapan ke dalam badan sehingga 96.1%! sumber
"Comparative Guide to Nutritional Supplementh"

HUBUNGI Zuhri: 014-931 0298 atau email ke zunan9@hotmail.com

Sunday, April 26, 2009

Dirompak

Pada Jumaat pagi yang lepas, berlaku rompakan di rumah nenekku, yang letaknya bersebelahan dengan rumahku. Dipendekkan cerita, semua selamat cuma pak cikku yang sedikit tercedera. Mujur ada sepupu-sepupuku daripada Johor datang untuk bercuti ke Kuching, mereka 4 orang manakala perompak tu 3 orang. Sekalipun perompak tu ada pisau, tapi mereka cuak jugak.

Yang lebih menarik perompak tu semua boleh diarahkan untuk tidak mencuri beberapa benda!

Kejadian 1:

Pada ketika itu, pak cikku terbangun lantas marah dan melawan perompak-perompak itu sekalipun mereka berpisau.

Perompak itu bertanya, "Siapa dalam bilik satu lagi?"

Pak cikku pun menjawab, "Mak ayah aku yang sakit dalam tu! Kalo ko masok, AWAS! Aku akan berhabis-habisan (melawan)!"

Tau tak apa pencuri tu kate?

"OK...OK...OK...."

Alhamdulillah mereka pun tak masuk ke bilik nenek dan atukku yang sakit...

Kejadian 2

Ketika pencuri itu menyelongkar beg kerja pak cikku, pak cik sekali lagi menggertak mereka,

"Takde pape dalam beg tu! Pasport dan cek jer dalam tu!"

Tau tak apa pencuri tu kate? Jawapan kelakar yang sama...

"OK...OK...OK...."

Kejadian 3

Sesudah mengikat tangan ke semua sepupu ku, mereka mula mencuri barang seperti handphone dan duit. Terdapat 8 hp kesemuanya. Ketika tengah mencuri tu, pak cikku bersuara lagi!

"Hp lain-lain tu korang boleh ambek! Hp yang satu lagi tu tinggalkan, banyak dokumen dan kerja-kerja aku dalam tu!"

Sekali lagi...mereka kata...

"OK...OK...OK...."

Tapi kali ini, mereka mungkir janji, mereka turut merampas hp pak cikku tu. Bila difikirkan balik, kelakar untuk perompak-perompak itu bertindak demikian dan bersyukur semua terselemat. Bahkan mengikut berita yang didengar, salah seorang perompak telah berjaya ditangkap, insya Allah mereka akan dibawa ke muka pengadilan.

Dimana keadilan?

Kita menilai semula sistem yang diamalkan di negar kita. Sebab berlakunya kes sebegini tidak dinafikan adalah akibat rosaknya masyarakat itu sendiri yang hilang pedoman dan kefahaman tentang agama itu sendiri.

Di samping itu juga, undang-undang yang longgar membuatkan penjenayah untuk terus bebas dan bermaharajalela melakukan jenayah. Ini menyebabkan kejadian-kejadian seperti rogol, bunuh, rompak dan ragut menjadi berita biasa bahkan kita merasa lali mendengar berita-berita tersebut.

Persoalannya... Apakah peranan kita dalam hal ini? Cukupkah membaca dalam blog sahaja? heheh...(ayat pedas untuk diri sendiri terutamanya :p )

Wednesday, April 22, 2009

MUDAH bukanlah mudah...



Membaca al-ma'thurat beramai-ramai

MUDAH (Mukhayyam Dakhili 09) bukanlah mudah... Jangan tertipu oleh tajuk program ini. Namun tidak dinafikan, ramai yang merasakan perasaan yang sama (terutama sekali aktiviti bergulingan di atas padang, pengalaman yang menarik tetapi memeningkan %-) )



Aktiviti ini adalah akviti luar yang paling best!! Selain tu semuanya tension!
Setuju tak kawan2? :p




Namun begitulah manusia, leka dan alpa, tidak sedar akan bahaya dan cabaran yang menimpa. Ak merupakan antara salah seorang yang tertekan psikologi kerana tertipu dengan mudahnya MUDAH.


Bersembang dengan UAO, permasalahan umat yang takkan usai...

Namun, kita kena ingat, tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuji. Aku merasakan amat sukar sekali untuk terus bersabar dengan pelbagai hukuman yang menimpa diri. Bahkan terdetik rasa 'fed-up' dengan MUDAH. Lebih mudah beramal dari berkata-kata...



Cuba untuk menumpukan perhatian...kepala serabut di'torture' dan pada masa yang sama memproses pengisian...huhu...

Kayu Ukur Kita

Kisah Sumayyah dan Bilal sudah cukup menjadi iktibar... Kayu ukur kepada jauhnya iman kita dengan mereka. Ketika nyawa mereka di hujung tajuk mempertahankan agama, aku mengeluh bercampur baur dengan perasaan marah dan putus asa ketika dihukum dengan hukuman yang tidak mengganggu gugat nyawa walau sedikit pun.



Menonton filem Laskar Pelangi. Mengambil iktibar akan kesusahan kehidupan orang lain...dan terus berSYUKUR dengan segala nikmat yang dikurniakan dan berSABAR dengan segala ujian.

Besar sungguh beza aku dan mereka... Banyak kekurangan dalam diri yang perlu diperbaiki... Agak-agaknya mampukah aku mengatakan dan mengucapkan kata-kata izzah dan penuh kebanggan seperit 'Ahad' dan 'Allahuakbar' ketika diseksa seperti mereka..?



Wajah gembira Marwan dan Dini sebelum di'torture' :p haha!

Bukan Warisan

Iman tidak dapat kita warisi daripada Sumayyah dan Bilal, namun Iman adalah mutiara yang hanya akan ditemui dengan penat dan susah payah kita dalam mengharungi gelora kehidupan, memperbaiki diri dan terus cuba memahami hakikat menjadi seorang hamba dan membaiki hubungan dengan penciptanya.



Pembentangan tentang kes 2 orang jejaka yang seorangnya masyuk dalam gelora cintan-cintun dan seorang lagi yang gagal membahagi masa antara da'wah dan pelajaran.

Jangan Putus Asa!

Keyakinan kita pada Dia akan menentukan kesudahan kita nanti. Kalau kita putus asa, Dia tetap ada bersama dan akan dipersalahkan kerana berputus asa. Oleh itu putus asa bukanlah satu pilihan.

Agar terbentuk satu jati diri yang berhati waja dan tegar mengharungi ujian kehidupan. Agar terbentuk jiwa dan mencetak peribadi Da'ie yang stainless steel!!



Kali terakhir berjumpa dengan semua peserta sebelum berangkat ke LCCT. Di LCCT pula, terserempak dengan UKS dan UL yang baru balik dari England. Pada usia senja (well...takdela tua sangat kot..pertengahan kot..) seperti mereka ramai yang berfikir untuk cari duit atupun duduk di rumah dan berulang alik ke masjid, tapi tidak mereka! Moga Allah masukkan aku ke dalam golongan seperti mereka ini!

Ya Allah, biarkanlah hidup dan matiku pada jalanMu ini dan bukan yang lain, panjangkan hayatku di jalan ini supaya aku punya peluang membaiki dan MEMBERI!!

Monday, April 20, 2009

Kata-kata yang lebih baik...

Situasi 1:
Seorang murid bekas pelajar sekolah agama, Qisas, memberi tazkirah tentang pentingnya iman dalam kehidupan kita dan memacu segala hidup kita berdasarkan tujuan hidup sebenar seorang manusia. Bahkan dia juga menasihati kawan-kawannya dalam segala hal dan masalah mereka.

Situasi 2:
Seorang pakar kaunselor peringkat PhD. yang punya ideologi humanism, malah menggunakan pendekatan-pendekatan yang tidak islami dalam membantu dan membimbing manusia ke arah tujuan hidup sebenar. Malah menggunakan pendekatan dari sudut perspektif barat yang tidak menyentuh keimanan.

Kata-kata siapa yang harus dipercayai?

Seorang budak sekolah hingusan ataupun seorang pakar ber'PhD.'?

"Kenapa kita hendak melebihkan orang Islam ini? Tengok saja masalah sosial di Malaysia, orang Islam yang menjuarai! Jadi apa signifkan kata-kata mereka ini?"

Soalan yang relevan

Kalau kita lihat kembali persoalan, apakah TUJUAN hidup KITA?

Kalau salah dijawab soalan ini, padah yang besar akan menimpa. Segala amal perbuatan kita akan 'hidup' dan berjalan pada TUJUAN ini. Salah tujuan, maka sia-sialah amal kita. Perspektif barat yang terlarut dalam hidup kita kini menyebabkan lahirnya orang-orang seperti orang-orang Islam sekular dan liberal dalam masyarakat kita.

Namun adalah tidak salah untuk kita mengambil HASIL KAJIAN dan eksperimen yang dilakukan dengan analisis yang JITU dan PERSIS, tapi harusa ada TAPISAN!

Tapisan

Jika diteliti adalah menjadi satu kewajipan untuk kita mempelajari ilmu barat. Bahkan barat pada satu ketika mengambil dan mempelajari ilmu-ilmu Islam bahkan dengan ilmu-ilmu tersebut memberi impak besar dalam hidup mereka.

Namun mereka ada tapisan, mereka menapis faktor iman dan taqwa dalam setiap kitab-kitab dan buku yang mereka pelajari daripada orang Islam. Segala persepktif berkaitan dengan sesuatu isu atau masalah tidak didasari perspektif Islam.

Begitulah juga seorang mukmin dan muslim, banyak ilmu-ilmu kini ditemui daripada hasil kajian barat, adalah menjadi satu kewajipan untuk kita mempellajari ilmu-ilmu ini. Bahkan para ilmuan islam dulu pun mengambil ilmu daripada tamadun Greek dan tamadun India.

Namun berlaku proses ISLAMISASI dalam setiap ilmu itu. Setiap satu cabang ilmu dihiasi dengan persepktif IMAN, ISLAM dan IHSAN, bukannya daripada perspektif barat dan jahiliyyah yang bisa menyesatkan.

Di samping itu terdapat juga orang Islam yang terus terpengaruh dengan ideologi permikiran dan mengambil perspektif barat dan jahiliyyah dalam sesuatu isu dan menyelesaikan sesuatu masalah manusia. Sebab itu pentingnya untuk orang Islam itu FAHAM dengan sebenar-benarnya hakikat ISLAM itu sendiri. Nilai kata-kata seseorang itu haruslah utama sekali didasari iman dengan cara yang paling berhikmah.

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" Fussilat ayat 33

Friday, April 17, 2009

Kembali..!!

Sekian lama aku menghilangkan diri...ke mana? Ke medah juang imtihan yang berlangsung kira-kira 2 minggu...memenetkan...meletihkan...namun ini merupakan salah satu ujian kecil yang kita kena tempuh! Wether you like it or not...haha...

Ketika sibuk menelaah bahan-bahan study...aku terkesima dengan kes budak perempuan yang diratah oleh ayah sendiri... Apa tanggapan korang terhadap situasi nih? Ramai yang akan fikir ini adalah satu benda yang biasa berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang lebih teruk lagi beranggapan - "alhamdulillah benda sebegini tidak berlaku pada diri aku dan famili aku".

Kepedulian yang kian hilang

"Tak payah sibuk nak jaga tepi kain orang, jaga jer anak ko sendiri!" bentak seorang mak cik yang bengan anaknya ditegur.

Hakikat menyedihkan yang tidak diubah dalam masyarakat Malaysia. Kurangnya kepedulian kepada orang lain yang bukan darah daging dia. Bayangkan kalau masyarakat peduli dan memainkan peranan dalam menangani gejala rogol dan samun yang kian menjadi-jadi, sudah tentu gejala-gejala sebegini berkurangan.

Sikap defensif yang melampau

"Sibuk la kau ni..!! Suka ati aku la nak buat!"

"Ko ni poyo laa...macamlah ko tu baik sangat, nak tegor aku pulak?!"

Ayat-ayat dan frasa yang biasa kita dengar. Tahapan ego yang melampau-lampau membiakkan lagi manusia-manusia yang buta matanya melihat kesalahan dan membaiki kesilapannya sendiri. Takabur dan sombong adalah sikap yang menyebabkan iblis masuk neraka, kalau nak join Iblis, silakan terus dengan sikap ini! ;p

Malu itu sebahagian daripada iman...

Ramai yang menggunakan alasan ini untuk tidak menegur dan membetulkan kesilapan orang lain. Kalau ada yang hendak menggunakan alasa berdakwah secara berhikmah dan baik, maka itu adalah satu method yang betul, tapi janganlah hingga menjadi penghalang untuk meneruskan tugasan untuk "Convey...".

Kalau nak pegi tengok movie or wayang tak malu, sepatutnya tak malu la kalau nak ajak orang solat jamaah dan buat kebaikan, ye dok?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Thursday, April 2, 2009

Konsentrasi kepada yang lebih aula


Kerja-kerja meng'update' blog akan ditunda sementara waktu sehingga tamatnya exam pada 16 April 2009 insyAllah... With this last post before I start studying endlessly until da exam finishes, I present my work of art (art la sangat :p) Ilalliqo!

Wednesday, April 1, 2009

Selamat Ber'exam'!!




Selamat ber'exam' kepada semua yang akan duduk exam. Moga exam ini bukanlah batu loncatan untuk mengejar kemewahan dan kemegahan dunia semata, tetapi untuk mendapat redha rabbuka! (tuhan kamu) Bersama dengan post ini, aku sertakan dua wallpaper yang best untuk menjadi peringatan di kala kehangatan exam!Untuk download wallpaper, klik gambar dan right klik untuk save gambar. Semoga sukses dan berjaya! Bit taufiq wa najjah! ;)

Betulke Michael Jackson masuk islam?




Banyak berita yang aku dengar tentang MJ masuk Islam. Ada spekulasi yang kata dia masuk Islam baru2 ni,ada yang kata tahun lepas,ada yang kata dia tak masuk Islam dan cerita itu dibuat-buat.

Jadi persoalannya...dia masuk Islam ke tak?

Korang boleh baca dan buat penilaian sendiri di sini.

Namun persoalan yang lebih penting, kita dah masuk Islam ke?

Kalau ye...kita try tanya diri kite balek, ape masuk Islam? Selamat? Sejahtera? Islam sebenarnya bermaksud tunduk dan patuh. Boleh check di sini.

The next question is...are we submitting our life and each second of our breath submitting to Him? If we are...try to ask ourselves...

How many hours do we spend reading the qur'an compare to 'karaokeying', singing jiwang songs and wathcing movies?

How much of out time did we spend on reading newsapaper, magazines and comics compare to reading religous books?


Michael Jackson sudah tamat pencariannya, sudahkah kita?

How much time did we spend on slandering and backbiting (mengutuk and mengumpat) compare to the time for us to rememberHim( dzikrullah, tahmid etc.) ?

Are we 'one who has submitted' aka muslim?

Realitinya ramai orang Islam terus berbangga dengan keislaman mereka dan menganggap mereka selamat dunia dan akhirat sebab IC mereka tertera 'Islam'... fikir-fikirkan dan selamat beramal! ;)