Sunday, July 4, 2010

Bangkit setelah lalai...: Sambungan buku Golongan yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah

Jika berlaku masalah, maka kita mesti mencari apakah punca dan sebab mengapa berlaku masalah tersebut untuk mengelakkan masalah itu berulang lagi dan tiada masalah yang lebih besar daripada orang yang gugur di sepanjang jalan menegakkan deenullah...

Ini sambungan kepada post Bangkit Setelah Lalai... telah di rumuskan oleh seorang sister, moga Allah merahmatinya.

Sebab-sebab Keguguran Berlaku

1) Sebab2 yg berhubung dgn Gerakan

a) Kelemahan Sudut Tarbiyah-sudut atau bidang tarbiyyah di dlm harakah hanya mengambil ruang yg kecil berbanding dgn bidang2 lain spt pentadbiran,penyusunan dan politik

b) Tidak meletakkan seseorang di tempat yg sesuai - harakah perlu mengetahui keupayaan anggotanya, kecenderungan dan kebolehan mereka, juga mengetahui titik2 kekuatan dan kelemahan mereka

c) Tidak membahagikan kerja kpd anggota- perlunya pembahagian kerja dgn betul kpd anggota tanpa tertumpu kpd sekumpulan kecil shj

d) Tidak mengambil berat hal ahli- ketiadaan perhatian terhadap kedudukan ahli dan suasana yg mereka hadapi adalah satu faktor kejatuhan ahli harakah, tidak mengambilkira kerumitan dan kesukaran serta permasalahan ahli

e) Tidak menyelesaikan persoalan dgn segera-Mengambil mudah setiap persoalan yg berlaku dan tidak diselesaikan dgn segera

f) Pertikaian dalaman- disebabkan kelemahan pimpinan, campurtangan luar, perlumbaan utk mendapatkan kedudukan,tidak iltizam dgn dasar harakah, ketiadaan kerja atau program

g) Pimpinan tidak layak- kelemahan pimpinan dan tidak mempunyai pimpinan yg menguasai dan mengawal barisan di semua peringkat dan suasana


PS: moga kita semua sedar akan masalah kita & selesaikan & insyALlah terus tsabat mencari redhaNya

No comments:

Post a Comment