Monday, November 15, 2010

Rancangan Jahat

"Failling to plan, is planning to fail"

Aku melangkah seribu menuju ke kereta.

Di tengah hari yang retak itu, kami mula mengatur kembali rancangan jahat kami.

"kat tempat tu ada CCTV" kata aku.

"takpe, ambek jer, diorang takkan nampak" jawab kawanku.

"camni2... ko ambek, aku temankan, itulaa amal jama'ie (teamwork) namanya!" jawab ku balik, sambil berseloroh.

---------------------------------------------------------------------------

Kami pun terus berjalan ke arah tempat itu. Peluh mula dirembes di atas permukaan kulitku yang putih gebu (hahaha ;D ) Kami melewati kereta-kereta yang tersusun rapi di tempat letak kereta. Teringat pulak dengan seorang perempuan ni yang berjalan kontrol ayu, pastu tetibe terjatuh sewaktu aku hendak ke kereta, aku gelak kecil di dalam hati. Tapi tanpa aku sedari aku pulak kena, ces! Terus berfikir, balasan Tuhan sangat cepat...tak sangka kena terus!

Sampai. Kelihatan CCTV itu secara tepatnya menghala ke tempat itu, kereta yang lalu lalang menghalang kami daripada mengambil 'benda' tersebut.

Agak lama kami duduk berfikir apa yang sepatutnya dilakukan... harapan semakin pudar... Nampaknya rancangan kami bakal bubar...

Kami pun patah balik ke kereta dan dengan berat hatinya terpaksa membayar RM20 sebab kehilangan 'benda' = tiket parking kereta yang kawan aku hilangkan....

Moral of the story:
i) jagalah tiket parking kereta elok2 yer... Unless kalo korang memang dah banyak sangat duit, taktau nak belanje kat mane & pemurah giler nak bagi duit kat abang yang jaga parking... hahaha..
ii) Kalau bersalah dan terbuat salah, taubat, jangan coverline dengan berbuat jahat.

"dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Al-Hujuraat, ayat 12

PS: sedang taip ni sambil melayan lagu Timeless... Seribu satu makna tersirat...sebab aku taktau bahasa Korea,hahaha...Tapi persoalannya sampai bila masa is timeless? lalalala~

1 comment:

  1. go and find its translation..then tersirat become tersurat:p life is timeless,so live life into da fullest^_^

    ReplyDelete