Friday, June 18, 2010

Kembara ke Tanah Haram: Salah Tuhan!!


Daripada kiri, my bro, my mum, my sis, my cuzen & my udak (she sponsored me,TQ udak!)

"Sabar-sabar...ini semua dugaan tuhan..." kata pemimpin perjalanan umrah kami. Daripada Madinah ke Mekah yang mengambil masa 5 jam, merupakan satu perjalanan yang agak lama lebih-lebih lagi dalam keadaan bas yang tidak berpenghawa dingin di bawah terik sinar matahari gurun yang sejauh mata memandang.


Ketika di Masjid Nabawi, kami berkenalan dengan Keis, remaja dari Pakistan. Sangat peramah & baik. Masuk jer syuruk terus solat sunat Fajar, segan giler aku!

Pemandangan yang jarang sekali dapat ku lihat di Malaysia. Bibir aku, sepupuku dan adik-adikku mula merekah akibat panasnya cuaca di sini, adakalanya berdarah... Aku tak boleh bayangkan neraka bagaimana! Kami terus bersabar, menyangka yang memang bas itu rosak. Alhamdulillah...sebuah lagi bas yang sama jemaah umrah pula sangat sejuk.


Me, my dad & my cousin in front of Masjid Nabawi.

Untuk perjalanan seterusnya menggunakan bas untuk menziarahi tempat-tempat tertentu di Mekah, perkara yang sama berlaku. Bas ditukar, tetapi yang menyedihkan, bas yang panas diberi kepada rombongan kami dan rombongan yang satu lagi diberi bas berpenghawa dingin, padahal semuanya membayar untuk ke umrah pada harga yang sama!

"Unta di padang pasir pun tidak perlu air cond..."

"Nabi dulu perjalanan dia tidak ada air cond..."


"I thought you're from Korea" kata seorang Pak Arab daripada Syria dalam bahasa arab kepada aku, bangga!! Haha! Di bawah kubah hijau itulah Raudhah.


Indah tutur manis bicara si ustaz tidak mematikan akal untuk berfikir, segala salah silap yang tidak dibetulkan oleh pihak pengurusan umrah diberi contoh-contoh yang tidak relevan dan seolah-olah hanyalah menjadi satu justifikasi semata-mata di atas kekurangan mereka.

Perkara ini berlarutan, sehinggalah perjalanan kami untuk ke lapangan terbang Jeddah untuk kembali ke Malaysia. Bas bertukar, tetapi kondisi rombongan kedua tidak berubah, seolah-olah dianak tirikan! Adakah salah silap si manusia itu merupakan dugaan tuhan?

Bolehkan pada keadaan sang manusia yang tidak bijak mengurus, mengenakan tuduhan kepada Tuhan dan mengatakan,"ini dugaan Tuhan!" Kalau begitu, amat mudah untuk menyalahkan Tuhan jika kita membuat sebarang kesilapan dalam kehidupan kita.


Our big name tag, dua kali size IC,haha. Note that theres a mirror behind the seat, first time aku tengok dalam kapal terbang ada cermin belakang tempat duduk.

Padahal kita dituntut untuk melakukan dan memberi yang terbaik dan bersikap adil dalam semua perkara, bila kita telah memastikan yang kita menjalankan kerja secara optimum dan berlaku juga kecacatan, kita harus memulangkan segala punca kekurangan adalah daripada diri kita, bukannya terus menyalahkan Tuhan!


PS: manusia itu yang tidak berubah, tetapi bertindak menyalahkan Tuhan, keimanan yang bagaimana itu? Harapnya aku sentiasa berubah menjadi lebih baik...amin...

6 comments:

  1. Segala yang baik datangnya daripada Allah, dan yang kurang itu adalah kelemahan kita sendiri...

    ReplyDelete
  2. betul tu, itulah sepatutnya sikap kita...

    ReplyDelete
  3. Salam 'alaik,

    Zahid, seronoknya dpt pergi umrah. alhamdulillah. insyaAllah, I'll pray for the best in your life.ameen. =)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...Allah telah memberi peluang untuk pergi menziarahi tanah haram =)

    doalah di setiap sujud untuk pergi jugak ;)

    ReplyDelete
  5. pada pendapat saya (pendapat aje) niat awal pergi ke sana ialah untuk ibadah.....IBADAH..sampai kat tanah suci, sepatah perkataan yang terbit dalam hati tu semuanya berlipat kali ganda nilainya berbanding di luar tanah suci, baik mahu pun buruk...kalaulah anta tak tulis langsung perasaan tak puas hati anta dlm blog ni (cukup dgn rungutan itu tinggalkan saja semasa peristiwa bus tak ber air-cond berlaku) itu lebih baik...luahkan kepada pihak berwajib, dgn agensi umrah atau badan yang anta telah berurusan dengan.mudah-mudahan kata yang terbit walaupun cuma dalam hati tak mengurangkan pahala ibadah kita, mencacatkan ibadah kerana bibir berkata redha, tetapi tidak hati.. BACA SEMULA APA YANG ANTA TULIS DI ATAS,KESEMUANYA. DI MANA CACATNYA??? kita muhasabah diri, ke sana bukan untuk selesa, bergembira dengan derita, diamkan saja kalau tidak selesa, seluruh isi bas rasa panas yang sama..anta fikir n ingat semula, siapa dalam rombongan yang diam cuma dalam panas,mungkin di padang masyar Allah telah kurangkan sedikit kepanasan untuk dia.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Anon atas pendapat anda/ta.

    Ramai orang menceritakan kisah susah payah pengalaman masing2. Rasulullah dan para sahabat apatah lagi, dengan menghadapi pelbagai ujian dan peperangan.

    Kisah itu terus disampaikan sehingga dibukukan oleh Ibnu Hisyam dan pelbagai lagi ulama mengumpulkan sejarah mereka.

    Setiap pengalaman dan kisah mereka ada pengajaran di sebaliknya. Lalu adakah adil untuk kita menghukum bahawa jika cerita mereka itu diberitahu pada orang lain,maka mencacatkan pahala mereka?

    Bukan rungutan ini yang menjadi isu pokok, tapi kisah di sebalik itu mengenani perangai manusia itu sendiri yang menyalahkan Tuhan itu yang menjadi main topic, maaf kalau tulisan ini tidak membuat anda/ta faham maksud yang sepatutnya.

    Akhir kalam, ana kagum kepada orang yang boleh menilai hati seseorang & samada amal mereka cacat atau tidak , ada kasyaf kot ;p hehe...

    ReplyDelete