Wednesday, November 26, 2008

Pencipta 'pencipta Asimo' lagi hebat!


Ramai orang kagum dengan Asimo, robot rekaan syarikat Honda. Awal November 2008, Asimo untuk pertama kalinya menjejakkan kakinya ke Malaysia di Petrosains, KLCC. Asimo terkenal dengan pelbagai fungsi dan boleh memberi reaksi seperti manusia. Manusia pun kagum dengan si robot Asimo yang...agak bijak ini...

Justeru ramai manusia terus-menerus mengagumi manusia-manusia yang genius dan ber'IQ' tinggi ini. Mereka menyuruh anak-anak mereka supaya menjadi manusia-manusia yang boleh merekacipta robot yang hebat ataupun lagi hebat daripada Asimo.

Yang menyedihkan mereka terlupa untuk terus kagum dengan Pencipta 'pencipta Asimo' itu...

Pernahkah kita terfikir, hebatnya Dia yang mencipta otak dari mana tercetusnya idea untuk mencipta Asimo?

Terdetikkah di fikiran kita, hebat kuasa yang ada padaNya yang mencipta bahan-bahan untuk dijadikan sebuah robot bernama Asimo?

Kagumkah kita pada pencipta alam buana ini, yang mana tekandungnya oksigen untuk kita manusia bernafas justeru membolehkan manusia-manusia tadi mencipta Asimo?



KEJARLAH DUNIA, JANGAN LUPA AKHIRAT??


Manusia terus-menerus mengabaikan Dia dan tidak meletakkan priority dengan betul...

Ramai yang sibuk menghantar anak-anak untuk belajar ilmu-ilmu sains dan matematik, tetapi berapa ramai yang boleh menghafaz al-Qur'an atau sekurang-kurangnya membaca al-Qur'an?

Hasilnya ramai anak-anak, remaja-remaja bahkan orang-orang dewasa terus menduakan Dia tanpa mereka sedari. Manusia kini lebih takutkan kegelapan dan 'hantu' daripada pencipta kegelapan dan 'hantu'. Ramai yang lebih gemar menonton cerita hantu untuk meningkatkan lagi rasa takut dalam diri terhadap hantu daripada membaca atau mengetahui akan 'indah'nya neraka untuk meningkatkan lagi rasa takut terhadap Pencipta 'pencipta Asimo' tadi!

Justeru lahirlah manusia yang tidak takut untuk berbuat maksiat. Segala Pencipta 'pencipta Asimo' yang maha hebat tidak dituruti! Tiadalah dalam hati mereka rasa perhambaan melainkan terhadap selain Allah...

Wahai hasil ciptaan Pencipta 'pencipta Asimo'!! Dirimu itu lebih hebat daripada Asimo! Justeru ciptaan sehebat ini bukanlah untuk disia-siakan dengan dunia yang diciptakan untuk mainan, bahkan tersirat matlamat yang jelas lagi jitu dalam hidup anda!

Kejarlah akhirat! Jangan lupa dunia!
Bukan kejarlah dunia,jangan lupa akhirat!

Saturday, November 22, 2008

Semangat betul nak menulis!



Haha...kelakar betul, sebelum nak baca blog orang bukan main susah lagi, tiba-tiba start cuti bersemangat nak tulis blog. Among the factors maybe terkesan dengan seorang akh, that is Ustaz Hasrizal yang lama sudah berkecimpung dalam blogging.

Apapun niat yang ikhlas itu penting dalam melakukan sesuatu dan menyampaikan sesuatu. Teringat dengan kata-kata seorang ahli jemaah ketika solat Zohar tadi, "Belajar rajin-rajin, jangan lupa mak ayah bila dah berjaya."

Dalam sela masa yang sedikit pun dia ambik masa untuk "Convey..." menyampaikan nasihat tak kira waktu... Anda dan saya pula bagaimana?

Teruskan beramal & strive for mardhatillah!!

Monday, November 17, 2008

Youth Outdoor Quest 2008 - Perkhemahan Kehidupan


Youth Outdoor Quest 2008 (YOQ 08) merupakan satu program outdoor yang bermula dengan Explorace pada hari pertama, mendaki bukit Tabo (ke Tabur?) pada hari kedua, rempuh halangan dan jungle trekking pada hari ke 3 dan KBM (tak terlupa 'Qiamulail') pada hari terakhir.

Sepanjang berlangsungnya program, kita boleh menilai kembali kehidupan yang penuh mehnah, onak ranjau yang berduri yang silih berganti. Seperti ketika kami semua mendaki bukit Tabur dan menempuh halangan yang pelbagai di sepanjang program.

Berhenti sejenak untuk tadabur alam

Namun begitu, mendaki bukit Tabur, menjalani latihan lasak dan explorace semuanya adalah sebahagian daripada kehidupan. Bahkan kalau kita lihat pada hakikatnya, hakikat kehidupan ini adalah lebih sukar daripada pendakian itu sendiri.

Pelbagai dugaan dan ujian dalam kehidupan seorang student, anak dan yang utama sekali, menjadi hamba Allah dan khalifah di muka buminya. Kalau setakat batu kerikil dan batu-batu di bukit, adalah lebih mudah untuk kita tempuhi jika dibandingkan dengan bebanan perasaan dan psikologi yang kita alami sepanjang tempoh masa ketika belajar di universiti atau sekolah, ketika berhadapan dengan delima fitnah terbesar yang disebut Rasulullah(faham?) atau ketika sedang bekerja dalam memilih hala tuju kehidupan kita.

Peserta ada pilihan untuk menyelesaikan cabaran atau meninggalkannya,
we choose to FACE it head on as a team!


Ketetapan Dia


Allah telah menetapkan pelbagai ketetapan dalam kehidupan kita, antaranya air mesti terdiri daripada 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen. Selain itu, untuk air menjadi wap air, tenaga haba mesti dibekalkan dan ada jutaan lagi ketetapan Dia.

Bahkan menjadi ketetapan Dia juga supaya kita ada pilihan dalam menentukan hala tuju kehidupan kita. Menjadi ketetapan Dia juga kita bisa untuk memilih baik dan buruk, tiada persoalan tentang kita pasrah terhadap segala-gala yang berlaku ke atas kita.


PILIHAN yang diberi pada kita adalah SUNNATULLAH.

Tidak wajar sama sekali kita menyalahkan onak ranjau kehidupan yang mendatang dan mengambil keputusan untuk terus pasrah dan tidak berusaha dan yang lebih teruk lagi menyalahkan tuhan atas pelbagai malang yang menimpa diri. Maka kalau itu yang kita lakukan it is us to be blame because YOU made the choice!

So have you or have you not made the right choice??

Tuesday, November 11, 2008

'Appreciate'lah!!


"Ana terkilan satu benda jer time tinggalkan UIA..."

"Ape tu?"

"Ana terkilan sebab tak ambik peluang untuk kuliyyah-kuliyyah dan tazkirah yang diadakan di masjid dan banyaknya program yang bersifat Islamic..."

Begitulah rintihan seorang sahabat yang sekarang ini sedang meneruskan pengajiannya di sebuah universiti yang kurang Islamic environment nya.

Begitulah manusia, mereka akan terasa sesuatu itu precious di saat benda itu sudah tiada! Berapa ramai orang yang boleh appreciate persekitaran UIA yang sarat dengan program Islami dan hadir ke program atau talk yang diadakan. Amatlah sedikit sekali bilangan mereka...

Justeru wahai sekalian warga UIAM!

Saya menyeru anda semua, untuk tidak melengahkan masa lagi dan bangkit dari tidur yang lena dan dibuai mimpi palsu dunia maya komputer, cinta palsu bertuhankan nafsu dan semaikan dalam dirimu azam membara untuk meningkatkan dan menambahkan ilmu dalam diri.


Anti-Virus for WHO-MANE(human)

Tidak sah sebuah komputer ataupun laptop, terutama sekali yang menggunakan Windows XP, tidak ada software anti-virus. Begitulah manusia, jika tiada 'anti-virus' maka kita akan dimakan oleh pelbagai 'virus-virus' yang kian menular dalam diri masyarakat dan manusia sekarang ini.

Justeru! Anti-virus yang paling berkesan adalah adanya 'constant reminder' untuk memastikan yang kita sentiasa tidak mudah lupa dan leka oleh 'virus-virus' durjana yang melata.

Namun begitu, menghadiri majlis ilmu sahaja tidak cukup, bahkan seharusnya terdapat pemantauan untuk melihat kefahaman dan amal yang kita peroleh daripada ilmu yang kita pelajari. Justeru, sistem pembelajaran yang khusus dan sistematik perlu untuk survive dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

Tuntutlah ilmu, hingga ke liang lahad! Dan beramallah!!

Monday, November 10, 2008

“Knowledge for the sake of Knowledge is the Maxim of Fool”



Kata-kata ilmuan ilmuan Islam di Pakistan, Muhammad Iqbal, teman seangkatan dengan Sheikh Abul ‘Ala al-Maududi.

Aku merenung kembali perjalanan hidupku selama ini, untuk sekian lama, aku tekad dalam usahaku untuk menjadi seorang jurutera, yang ada ‘Ir.’ dihadapan namanya. Aku juga bercita-cita untuk menjadi presiden Boards of Engineer Malaysia, diibaratkan cita-cita Naruto yang beria-ia untuk menjadi Hokage.

Namun, niat Naruto lagi mulia daripada ku…

Kenapa tidak? Dia hendak menjadi Hokage sebab dia sayangkan dan berasa bertanggungjawab untuk melindungi kampung Daun nya yang tercinta. Dengan menjadi Hokage, Naruto boleh bermanfaat kepada orang lain. Sekalipun dicemuh, dibenci dan hidup terasing daripada orang lain, dia tetap tsabat dalam meneruskan cita-citanya untuk bermanfaat pada orang lain.

Aku pula? Kane(duit) dan pangkat menjadi matlamat ku dalam mengejar cita-cita… Maksudnya aku tidak ubah seperti Kakuzu(antara watak jahat dalam Naruto) yang tidak mempunyai kepentingan lain melainkan untuk mendapat wang semata… aku juga tidak ubah seperti Pain(ketua geng jahat dalam Naruto) yang nakkan pangkat dan menjadi ketua dunia, ala-ala Bush dalam dunia realiti.

Tersedar!!

Niat aku yang terpesong, aku cuba luruskan, tapi langkah ku sudah jauh tersasar!

Aku terperosok dalam dunia jurutera bermatlamatkan dunia dan gagal untuk menemui titik pertemuan nya dengan akhirat… Banyak kerja hendak diselesaikan, bertali arus minggu demi minggu, dibebankan lagi dengan ilmu yang melambak dan sukar untuk difahami, tetapi tiada amal yang dapat dikaitkan dengannya… Susah payah ilmu yang dipelajari, tetapi berapa banyak yang boleh diaplikasi!

Knowledge for the sake of knowledge is the maxim of fool!”

Its morphing time!!

Lantas…aku mengambil jalan keluar…untuk menukar haluan hidupku… 180o (to be continued…)

Sunday, November 9, 2008

Convey...



Coretanku disini, adalah untuk memperingati diriku tentang siapa aku, amanahku, tanggungjawabku dan bagaimana sepatutnya aku. Untuk ‘Convey…’adalah dengan memulai dengan diri kita, dengan memahami dan mengetahui tujuan dan isi Al-Qur’an:

Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

An-Nahl:125

Namun...amaran bagi mereka yang banyak "CAKAP VS. BUAT" (referring to myself too, jangan pandai tulis jer Zahid!)

Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

As-Saff,verse 2-3


‘Pedas’ sungguh ayat ini, kepada sesiapa yang tidak beramal dengan apa yang dia katakan! Tidak dinafikan, siapalah aku ini untuk menyeru sekalian ‘kalian’ di luar sana untuk beramal dengan the Great Book of Guidance. I have trouble practicing it too! Though, it is not a reason for us not to ‘Convey…’ the message. Segelintir manusia menggunakan alasan ini untuk tidak menyampaikan kebenaran dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah mungkar kerana takut Allah bencikan kita…

But think again… aren’t we suppose to practice what is long foretold to us…

centuries ago, when men are blinded by their lust and ‘the Whisperer’(QS 114:4-6)

who dwells in shadows and in the darkness…

darkness which blinded our heart in believing that this world is our only goal…

“Kenapa la jap dia ni tulis melayu and jap lagi inggeris?”

“Saje…budak UIA kena speaking skit, apalah gunenya ilmu tanpa amal, betol tak?”(yeke? :p)

Apapun…ini adalah permulaan kepada satu langkah untuk ‘Convey…’

Nothing to do with Stephen Convey…

Or also nothing to do with Land and Survey!

Just a wanderer in this world who seeks to obey…

His commandments…The Almighty Allah who repays…