Monday, November 17, 2008

Youth Outdoor Quest 2008 - Perkhemahan Kehidupan


Youth Outdoor Quest 2008 (YOQ 08) merupakan satu program outdoor yang bermula dengan Explorace pada hari pertama, mendaki bukit Tabo (ke Tabur?) pada hari kedua, rempuh halangan dan jungle trekking pada hari ke 3 dan KBM (tak terlupa 'Qiamulail') pada hari terakhir.

Sepanjang berlangsungnya program, kita boleh menilai kembali kehidupan yang penuh mehnah, onak ranjau yang berduri yang silih berganti. Seperti ketika kami semua mendaki bukit Tabur dan menempuh halangan yang pelbagai di sepanjang program.

Berhenti sejenak untuk tadabur alam

Namun begitu, mendaki bukit Tabur, menjalani latihan lasak dan explorace semuanya adalah sebahagian daripada kehidupan. Bahkan kalau kita lihat pada hakikatnya, hakikat kehidupan ini adalah lebih sukar daripada pendakian itu sendiri.

Pelbagai dugaan dan ujian dalam kehidupan seorang student, anak dan yang utama sekali, menjadi hamba Allah dan khalifah di muka buminya. Kalau setakat batu kerikil dan batu-batu di bukit, adalah lebih mudah untuk kita tempuhi jika dibandingkan dengan bebanan perasaan dan psikologi yang kita alami sepanjang tempoh masa ketika belajar di universiti atau sekolah, ketika berhadapan dengan delima fitnah terbesar yang disebut Rasulullah(faham?) atau ketika sedang bekerja dalam memilih hala tuju kehidupan kita.

Peserta ada pilihan untuk menyelesaikan cabaran atau meninggalkannya,
we choose to FACE it head on as a team!


Ketetapan Dia


Allah telah menetapkan pelbagai ketetapan dalam kehidupan kita, antaranya air mesti terdiri daripada 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen. Selain itu, untuk air menjadi wap air, tenaga haba mesti dibekalkan dan ada jutaan lagi ketetapan Dia.

Bahkan menjadi ketetapan Dia juga supaya kita ada pilihan dalam menentukan hala tuju kehidupan kita. Menjadi ketetapan Dia juga kita bisa untuk memilih baik dan buruk, tiada persoalan tentang kita pasrah terhadap segala-gala yang berlaku ke atas kita.


PILIHAN yang diberi pada kita adalah SUNNATULLAH.

Tidak wajar sama sekali kita menyalahkan onak ranjau kehidupan yang mendatang dan mengambil keputusan untuk terus pasrah dan tidak berusaha dan yang lebih teruk lagi menyalahkan tuhan atas pelbagai malang yang menimpa diri. Maka kalau itu yang kita lakukan it is us to be blame because YOU made the choice!

So have you or have you not made the right choice??

1 comment: