Wednesday, November 26, 2008

Pencipta 'pencipta Asimo' lagi hebat!


Ramai orang kagum dengan Asimo, robot rekaan syarikat Honda. Awal November 2008, Asimo untuk pertama kalinya menjejakkan kakinya ke Malaysia di Petrosains, KLCC. Asimo terkenal dengan pelbagai fungsi dan boleh memberi reaksi seperti manusia. Manusia pun kagum dengan si robot Asimo yang...agak bijak ini...

Justeru ramai manusia terus-menerus mengagumi manusia-manusia yang genius dan ber'IQ' tinggi ini. Mereka menyuruh anak-anak mereka supaya menjadi manusia-manusia yang boleh merekacipta robot yang hebat ataupun lagi hebat daripada Asimo.

Yang menyedihkan mereka terlupa untuk terus kagum dengan Pencipta 'pencipta Asimo' itu...

Pernahkah kita terfikir, hebatnya Dia yang mencipta otak dari mana tercetusnya idea untuk mencipta Asimo?

Terdetikkah di fikiran kita, hebat kuasa yang ada padaNya yang mencipta bahan-bahan untuk dijadikan sebuah robot bernama Asimo?

Kagumkah kita pada pencipta alam buana ini, yang mana tekandungnya oksigen untuk kita manusia bernafas justeru membolehkan manusia-manusia tadi mencipta Asimo?



KEJARLAH DUNIA, JANGAN LUPA AKHIRAT??


Manusia terus-menerus mengabaikan Dia dan tidak meletakkan priority dengan betul...

Ramai yang sibuk menghantar anak-anak untuk belajar ilmu-ilmu sains dan matematik, tetapi berapa ramai yang boleh menghafaz al-Qur'an atau sekurang-kurangnya membaca al-Qur'an?

Hasilnya ramai anak-anak, remaja-remaja bahkan orang-orang dewasa terus menduakan Dia tanpa mereka sedari. Manusia kini lebih takutkan kegelapan dan 'hantu' daripada pencipta kegelapan dan 'hantu'. Ramai yang lebih gemar menonton cerita hantu untuk meningkatkan lagi rasa takut dalam diri terhadap hantu daripada membaca atau mengetahui akan 'indah'nya neraka untuk meningkatkan lagi rasa takut terhadap Pencipta 'pencipta Asimo' tadi!

Justeru lahirlah manusia yang tidak takut untuk berbuat maksiat. Segala Pencipta 'pencipta Asimo' yang maha hebat tidak dituruti! Tiadalah dalam hati mereka rasa perhambaan melainkan terhadap selain Allah...

Wahai hasil ciptaan Pencipta 'pencipta Asimo'!! Dirimu itu lebih hebat daripada Asimo! Justeru ciptaan sehebat ini bukanlah untuk disia-siakan dengan dunia yang diciptakan untuk mainan, bahkan tersirat matlamat yang jelas lagi jitu dalam hidup anda!

Kejarlah akhirat! Jangan lupa dunia!
Bukan kejarlah dunia,jangan lupa akhirat!

2 comments:

  1. zahid..entry ini sangat bermakna..

    pencipta kepada pencipta asimo itu yang MAha Hebat..

    subhanaLLAh..

    my first hit here, fren!

    keep on writing.

    ReplyDelete
  2. Aw, this was an incredibly good post. Spending some time and actual
    effort to create a superb article… but what can I say… I procrastinate a lot
    and never seem to get nearly anything done.



    My web blog - cheap hosting uk

    ReplyDelete