Tuesday, November 11, 2008

'Appreciate'lah!!


"Ana terkilan satu benda jer time tinggalkan UIA..."

"Ape tu?"

"Ana terkilan sebab tak ambik peluang untuk kuliyyah-kuliyyah dan tazkirah yang diadakan di masjid dan banyaknya program yang bersifat Islamic..."

Begitulah rintihan seorang sahabat yang sekarang ini sedang meneruskan pengajiannya di sebuah universiti yang kurang Islamic environment nya.

Begitulah manusia, mereka akan terasa sesuatu itu precious di saat benda itu sudah tiada! Berapa ramai orang yang boleh appreciate persekitaran UIA yang sarat dengan program Islami dan hadir ke program atau talk yang diadakan. Amatlah sedikit sekali bilangan mereka...

Justeru wahai sekalian warga UIAM!

Saya menyeru anda semua, untuk tidak melengahkan masa lagi dan bangkit dari tidur yang lena dan dibuai mimpi palsu dunia maya komputer, cinta palsu bertuhankan nafsu dan semaikan dalam dirimu azam membara untuk meningkatkan dan menambahkan ilmu dalam diri.


Anti-Virus for WHO-MANE(human)

Tidak sah sebuah komputer ataupun laptop, terutama sekali yang menggunakan Windows XP, tidak ada software anti-virus. Begitulah manusia, jika tiada 'anti-virus' maka kita akan dimakan oleh pelbagai 'virus-virus' yang kian menular dalam diri masyarakat dan manusia sekarang ini.

Justeru! Anti-virus yang paling berkesan adalah adanya 'constant reminder' untuk memastikan yang kita sentiasa tidak mudah lupa dan leka oleh 'virus-virus' durjana yang melata.

Namun begitu, menghadiri majlis ilmu sahaja tidak cukup, bahkan seharusnya terdapat pemantauan untuk melihat kefahaman dan amal yang kita peroleh daripada ilmu yang kita pelajari. Justeru, sistem pembelajaran yang khusus dan sistematik perlu untuk survive dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

Tuntutlah ilmu, hingga ke liang lahad! Dan beramallah!!

No comments:

Post a Comment