Wednesday, February 11, 2009

The Legend of Ustaz AO...


Tamat sudah 4 mid term exam, namun aku tidak berasa lega…aku dapat buat yang lebih baik tetapi tak memanfaatkan peluang tersebut. Pada 22hb Februari, akan ada exam mid term arab dan pada awal bulan Mac akan diikuti lagi dengan class test daripada pelbagai subjek yang aku ambik sem ni… Allah mudahkan urusanku dan kuatkan iman ku melawan segala karenah jiwa dan kemalasan diri…Aminn…

Waktu harus dimaksimakan sehabis mungkin untuk amal yang baik. Aku merupakan orang yang terakhir yang seharusnya bercakap mengenai masa, sebab aku akui, aku kurang disiplin dalam menjaga masa...namun aku telah dapat tekad dan azam yang baru!

Perkongsian dengan ustaz AO di rumahnya menyedarkan betapa tidak bersungguh-sungguhnya aku dalam mengejar matlamat kehidupan sebenar sebagai seorang manusia. Masih terpalit pada diriku noda-noda jahiliyyah yang melalaikan dan membuang waktu.

“Ana dulu ditawarkan 4 universiti untuk belajar, namun tak ada duit, jadi terpaksa tolak…”

“Selama 3 bulan ana tak makan, badan ana kurus, sampai ke satu tahap ana nak berhenti daripada pengajian akibat tekanan kewangan…”

Aku kagum dengan ustaz AO...

Aku tercengang dan temenung jauh… kalau dulu adalah amat susah untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, tapi kini, bertaburan sumber kewangan untuk menyokong kita menuntut ilmu, tapi…apa yang kita buat??

Dulu orang yang bijaksana pun di sekolah belum tentu boleh melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ramai yang terus bekerja sebagai penoreh getah dan pelbagai lagi pekerjaan lain.

Kini, ramai yang belajar dan mencari pekerjaan yang lain. Ada yang bekerja di hadapan laptopnya, membunuh musuh-musuh fantasi yang tidak akan mati dengan menekan punat-punat komputer dan laptopnya yang dilengkapi dengan sistem graphic yang canggih. Ada yang sibuk mengeluarkan peluh, mengejar-ngejar bola maya untuk dijaringkan dengan menendang dengan jari jemarinya yang ligat menekan-nekan keyboard.

“Alah poyo lah kau, takkan ko tak main game??”

Mungkin ayat ini akan terpacul saat kita mengingatkan kawan-kawan kita yang asyik dengan pekerjaan mereka. Kalau permainan sebegitu hanyalah semata-mata untuk melepaskan tekanan sementara, tidak mengapa, tapi kalau ia menjadi satu rutin harian dan mingguan, seolah-olah menjadi satu pekerjaan bagi kita, apa yang kita dapat tidak lain hanyalah kegembiraan yang sementara saat menjaringkan gol dan saat kita menumpaskan pihak lawan.

Sesudah itu?? Kalau mati depan laptop?? Apa nak jawab depan mungkar dan nakir??

Tercapai janji kita sebagai HAMBA dan KHALIFAHNYA??

3 comments:

  1. Macam kupernah lihat ustaz kita ni, tapi di mana ya?? Kalau tak salah di Keramat! huhu:D

    ReplyDelete
  2. Ana melihat permainan computer game melambatkan proses matang pelajar-pelajar kita. Melekakan dan langsung tidak punya manfaat. Malah ada yang disingkirkan langsung dari kampus akibat gagal periksa disebabkan ketagihan yang melampau kepada permainan computer game.

    Alahai, ramai lagi yang masih tak puas dengan masa kanak-kanaknya....

    ReplyDelete
  3. @Azraai Ahmad

    Haha,tepat skali bro!! :)

    @MS Rizal

    Kesian pada mereka, masih ramai lagi yang terus terpedaya dengan syurga dunia... Itulah tugas tugas kita untuk hadapinya bersama! ;)

    ReplyDelete