On the way balik, aku hairan kenapa polis berjalan-jalan di tepi jalan raya, tak ada kerja ke? Aku pun memecut motor aku dengar laju dan di hadapanku kelihatan kelipan lampu kuning dan seorang jejaka yang ‘handsome’ beruniform hijau yang bertulis RELA memberi isyarat menyuruhku ke tepi, sambil ditemani rakannya beruniform biru bertulis POLIS…
Maka terjawablah soalan yang bermain di fikiran, ada roadblock rupanya!! Yang merisaukan aku, bukan sahaja aku tidak memakai topi keledar, lesen motor, road tax dan insuran pun takda! Bayangkan berapa yang aku kena bayar jika disaman…
Inilah pengalaman aku naik motor dan ditahan polis. Namun, di saat yang mendebarkan dan menggetarkan jiwa itu, Allah datangkan ketenangan, alhamdulillah… dengan seikhlas hati dan jujur aku berbicara dan meminta maaf kepada encik polis yang amanah itu. Alhamdulillah, Allah telah bukakan pintu hati encik polis itu untuk melepaskan aku… =)
Di atas motosikal inilah aku hampir disaman...dahlah import daripada Sarawak (refer tu nombor plat) kalo kena ambek polis...huhu...
Iktibar
Begitulah bunyinya komen seorang sahabat. Aku menggelengkan kepala tidak setuju. Jalan keluar daripada membuat salah, adalah bukan dengan mencari jalan keluar supaya kesalahan kita itu tidak dapat dikesan, tetapi dengan melakukan sesuatu dengan cara yang mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Kita tidak buat dosa kemudian mencari jalan supaya orang tidak nampak atau tidak tahu kita melakukan sesuatu dosa, tetapi sesudah berbuat dosa itu kena ada penyesalan dan keazaman yang tinggi untuk meninggalkan dosa itu.
Betul tu bro, kalau kita btul2 slh baik kita mengaku. Kalo x lg merumitkan keadaan...
ReplyDeletep/s: Jgn lupa perbaharui road tax tu.. He5
Insya Allah,nanti buat lesen terus,roadtax etc. lepas abis exam ari rabu nih :)
ReplyDelete