Tuesday, January 27, 2009

CNY Quest!!

'Quest' aku pun bermula...

22 Januari 2009

Bermula pada malam hari, aku terserempak dengan kawan-kawan ku yang akan pergi ke Terengganu untuk ber’jaulah’. Hati ku berbelah bagi nak ikut ke tidak, namun aku decide untuk stay… Other than busying myself with studying, I feel like I’ve something important that I must do…but what??

Later that night, I’ve found the lost conquest…an ongoing process that has been long forgotten… DA’WAH FARDIAH!!

Targets identified…and the missiles are launched!! I hit two of my targets tonight! ;) alhamdulillah…

23 Januari 2009

Lepas solat subuh terbuang masa dengan tertidur sampai 10am…huhu… Merangka balik perancangan seharian dan sepanjang cuti…Cuma masih tak nampak lagi goals dan bagaimana nak manfaatkan cuti ini.

Pada petangnya selepas ke library, aku hendak pergi ke berenang. Sad to say, somehow I lost my swimming suit…huhu… Jadi tukar plan untuk joging, kebetulan terjumpa Auzan dan Sani bermain skuasy dan Nuh berjoging.

Malamnya…aku pergi solat Isya’ di masjid, terjumpa dengan akh Shahril. Lama dah tidak bertemu dengan dia. Kami pun berbual, daripada masjid hingga ke kedai makan berdekatan SBPI. Banyak berkongsi pengalaman dan ilmu daripada senpai ini yang telah lama bergiat aktif dalam berdakwah. Satu malam tu bagaikan dauroh, atau lebih tepat lagi, talaqqi! Heheh…

Muhasabah

Perjumpaan dengan akh Shahril sedikit sebanyak telah membuka minda dan pandangan aku tentang da’wah dan juga telah memberikan aku menyusun atur perancangan dan aktiviti yang bermanfaat yang perlu di waktu cuti ini. Perkongsian ilmu dan pengalaman dan kupasan ayat al-Qur’an yang aku dapat mengisi kekosongan jiwa dan pada masa yang sama membuatkan aku munasabah balik diriku…

Bagaimanakah rupa bentuk iman dan amal ku sendiri, seorang menggelar diri orang yang ‘berjuang’ di jalan Allah, tapi bagaimana pula hubungan dengan Allah? Katanya mengajak orang kepada Allah, tapi hatinya jauh sekali dari Allah…terkesan sungguh aku… Aku mula cermin diri dan ketemui yang antara masalah yang aku hadapi dengan manusia itu, puncanya adalah kurangnya komunikasi dan cinta kita dengan pencipta manusia itu sendiri, Allah… Justeru aspek roh perlu dijaga sebaik mungkin, dengan mutaba’ah amal yang dijaga dan diamal dengan konsisten dan ikhlas.

Teringatkan kisah Salahaddin al-Ayubi. Dia memeriksa dan memastikan yang askar di saf hadapan adalah mereka yang bangun di tengah malam, untuk berkomunikasi dan mendekatkan diri pada Allah secara lebih personal dan mendalam… Yang dahsyatnya, Salahuddin al-Ayubi itu sendiri tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh!!

Aku???

Aku tidak akan boleh beralasan yang aku ini hamba yang lemah, pertemuan ini seharusnya disusuli dengan amal!! Sudah lama berborak, akh Shahril pun mengingatkan aku,

“Dah banyak kongsi ni kena amal tau!!”

Insya Allah…akan aku amal ilmu itu… kenyang ruh dapat makanan tazkirah free, kenyang perut sebab dapat makanan free (sebab dia belanja,heheh!)

Kisah malam tu tidak berakhir disitu…. Bersambung…

2 comments: