Baru-baru ini, kawasan sekitar Gombak disekat bekalan air berikutan kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di sekitar Gombak. Lebih teruk lagi, kemalangan itu bukan sahaja melibatkan penghuni dua buah kenderaan itu, semua manusia di saentero Gombak menerima pada kemalangan itu kerana minyak daripada lori yang terlibat dalam kemalangan itu tumpah ke dalam saluran air yang membekalkan air ke kawasan Gombak.
Justeru kelas pun dibatalkan pada hari Jumaat dan ramai orang pulang ke rumah masing-masing disebabkan tiada air, alhamdulillah mahallah dan blok kami masih ada bekalan air. Ramai yang suka akan keadaan ini, tapi kalau difikirkan balik, semestinya lecturer akan menggantikan balik kelas, jadi apa bezanya kalau kelas dibatalkan dan tak dibatalkan? Lagi baik ada kelas kan?
Aku melihat ruginya masa yang terbuang dan susahnya hendak menyesuaikan dan mengatur masa pada masa akan datang jika berlaku kelas ganti. Hidup kita bukanlah kelas – bilik – makan – main sahaja, kalau begitulah tanggapan kita tentang kehidupan, maka terjerumuslah kita dalam ‘circle of stupidiy’. Kenapa pula stupid? Sebab apakah yang lebih bodoh kalau manusia itu cuma hidup untuk hidup, tanpa melihat matlamat sebenar hidupnya.
Manusia itu air? Air itu manusia?
Bila ada air manusia terlupa nak bersyukur akan nikmat yang Dia kurniakan pada kita, bahkan ketika ada air, ada yang sewenang-wenangnya membazir air dan tak terlupa kepada mereka yang kurang memanfaatkan air (seperti foreigner yang tak suka mandi :p)
Percaya ke tak kita boleh hidup tanpa air?
Semestinya boleh! Pada ketika itu, kita akan hidup di alam barzakh, pada masa itu kita boleh hidup tanpa air, maksudnya…its impossible to live without water, ciptaan yang se’simple’ H2O ini memberi pengaruh besar dalam kehidupan manusia. Saudara kita di Palestin pada masa sekarang ini lagi parah keadaan mereka, bukan sahaja tiada air, tapi ajal maut itu ibarat telur di hujung tanduk.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Ar-Rahman,ayat 13
And yet we still do what Allah forbids and do not what Allah tells us to do… Hidup kita terus terbelenggu dengan matlamat dunia… Ini baru satu nikmat yang Allah tarik balik, belum nikmat bercakap, berjalan, melihat, merasa, me….dan…dan sebagainya yang takkan habis untuk ditulis.
Perbaikilah amal kita,
jauhilah jahiliyyah yang menimpa,
untuk menjejak jannah yang tercinta,
igaun tempat kembalinya manusia.
No comments:
Post a Comment