Wednesday, January 7, 2009

Feeling tired...?? Already?? [Edited]



Pelbagai perjumpaan dan program yang perlu dihadiri dalam beberapa hari ini. Aku terpaksa bergegas ke merata tempat 'on foot' ke saentero UIAM untuk menyelesaikan bebanan tugas yang melambak dan pada masa yang sama ke kelas-kelas.

UIAM tidaklah sebesar mana pun, kalau hendak dibandingkan medan Badar yang dilalui oleh 313 para sahabat. Sudah tentu usaha aku ini amat kecil jika dibandingkan dengan jihad mereka menegakkan Islam itu.

Bahkan, aku masih ada masa untuk tidur pada siang hari! Sungguh sia-sia rasanya kalau masa terbuang begitu sahaja demi untuk melayan karenah tubuh ini...

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
al-Insyirah ayat 7-8

Begitulah sepatutnya kita, terus menerus beramal tak kira waktu, tapi bukanlah maksudnya sehingga mengabaikan tanggungjawab kita untuk menguruskan badan, memberi makan dan rehat yang secukupnya pada badan. Masa kita harus dimaksimakan untuk terus meningkatkan iman dan amal.

Membaca buku kuliyyah dan buku fikrah, menampal poster, berurusan dengan pihak pengursan universiti, menghadiri meeting dan merencanakan dan mengelolakan program bermanfaaf untuk pelajar hanyalah amal ibadat yang sedikit yang seharusnya yang kita buat dalam memenuhi tanggujawab seorang abid dan khalifah di muka bumi Allah.

Kata-kata penguat hati, I heard it from...somewhere, but it meaningful...

" Aku tidak akan berhenti untuk berehat selagi langkah kaki ku mencecah syurga..."

3 comments:

  1. apa yang kita buat dalam dakwah harus ikhlas..bekerja semata-mata untuk redha Allah..

    ReplyDelete
  2. " Aku tidak akan berhenti untuk berehat selagi langkah kaki ku tidak mencecah syurga?"

    ReplyDelete
  3. Ana tak ingat the exact words,anta tau?

    ReplyDelete