Wednesday, January 14, 2009

Janganlah daku kecewa...

Tenang melihat ciptaanNya yang indah...mengubati segala resah dan gundah di jiwa...

Baru-baru ini diadakan satu program... Untuk sesiapa yang biasa merancang dan merencanakan program di Universiti, maka anda sedia maklum kesusahan dan kepayahan yang dilalui untuk buat booking dan mengisi borang dan 1001 macam birokrasi yang tak berpenghujung. Ditambah lagi dengan masalah teknikal seperti tiada LCD projektor... dipendakkan cerita, tension giler lah time tuh!

Kecewa?? Koniciwa??

Bila dah menghampiri masanya untuk ke program, timbul pula masalah dengan peserta yang hadir. Pada mulanya ramai yang mengesahkan kehadiran, namun disangka panas sampai ke petang, hujuan di tengah hari... Tak semua yang telah confirm nak hadir, hadir untuk program... Apapun, the show must go on...

Sungguh, aku tidak kuat untuk berhadapan dengan 'kekecewaan' ini pada mulanya, namun kata-kata ikhwah ini menyedarkan aku...

"Yang hadir ke program itulah yang Allah nak anta tumpukan perhatian" (lebih kurang camni maksudnya)

Aku pun berfikir balik...mungkin kalau aku terlalu hendakkan ramai peserta, mampu ke aku untuk melakukan follow-up dengan lebih berkesan?

Dimana amanah kamu??

Apa yang diamanahkan pada kita, itulah sebaiknya dan selayaknya untuk kita pikul, tak kurang dan tak balik. Teringat akan cerita salah seorang sahabat Rasulullah yang meminta jawatan dalam pentadbiran tapi Rasulullah tidak benarkan. Alasannya adalah kemampuan dan kebolehan seseorang itu adalah pada bidang yang lain.

Dalam keadaan ini, kita seharusnya sabar dalam menghadapi qada' dan qadarNya dan menerima denga hati yang terbuka dan minda yang tenang. Mengambil apa yang telah diamanahkan dengan rasa penuh tanggungjawab dan iltizam untuk terus 'Convey...' risalah ini pada mereka dan seterusnya mengalirkan lagi arus perjuangan hingga ke seluruh saentero bumi UIAM.

Bahkan mungkin saja peserta yang dah sedia ada inilah yang terbaik, who knows?

Orang kat Palestin pun tak kecewa dan terus surrender kena hentam Isreal, takkanlah sebab benda ni pun ko nak frust Zahid..?? (monolog dalaman, huhu)

Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
al-Mu'minun,ayat 8-11

2 comments:

  1. Ha, ni aku suka ni. Bila tang kuantiti org yg hadir 2 sikit, kdg2 kita kcewa. Tp bagiku, kualiti org yg hadir 2 lg bsr mknanya drp kuantiti org yg ramai hadir. Ryte?

    Biasa la tu bro, ak pn kerap alami bnda yg sama. Resam hidup, naik dan turun. Dan pasti, ada sbb dsebalik smua itu.

    All da best in ur future undertaking..

    ReplyDelete
  2. Betul..betul..betul...bak kata Upin dan Ipin,heheh. Mungkin satu benda untuk difikirkan,kita kena come up with something yang lebih menarik daripada jahiliyyah itu sendiri...hmmm...camner ek?

    ReplyDelete