“Kalau abang tinggalkan saye…saye akan bunuh diri!!”
“Abang kahwin lain, saya akan terjun daripada bangunan!!”
Mungkin itulah jeritan dan keluhan yang kedengaran daripada mulut wanita Malaysia tatkala berhadapan dengan pelbagai tekanan dalam kehidupan seharian. Sungguhpun rakyat Malaysia hidup dengan keadaan aman damai dan harmoni, dengan keperluan material yang cukup, gejala sebegini semakin meruncing dan terbukti institusi keluarga, terutamanya keluarga orang Islam banyak mengalami masalah… Ini terbukti dengan pelbagai berita yang terpampang di dada akhbar dewasa ini… Malah bukan sahaja melibatkan perempuan, bahkan kaum lelaki juga sama!
Makan cukup…minum cukup…rumah ada…anak-anak berjaya disekolahkan…ada kerja dan pendapatan yang mencukupi…dengan bekalan elektrik untuk menonton Astro dan melayari internet… Dimana silapnya?
Jeritan yang satu lagi
“Demi tanah air kami, kami sanggup gadaikan nyawa kami!!”
“Teruskan perjuangan sehingga selagi hayat dikandung badan!!”
“Untukmu jiwa-jiwa kami!! Untukmu darah kami!! Wahal al-Aqsa tercinta!!”
Tergetar jiwaku mendengarkan laungan-laungan sebegini. Sanggupkah kita untuk mengatakan kata-kata ini dengan sepenuh hati? Hakikatnya inilah kata-kata dan laungan daripada orang Palestin yang juga terdiri daripada para wanita yang akhirnya mati demi mempertahankan tanah air mereka. Tak terkecuali pemuda-pemuda di Pelestin, mereka juga suka 'bunuh diri'!!
Jom bunuh diri!?
Makan tak cukup…minum tak cukup…rumah hancur…anak-anak tak ada sekolah dan ada yang dah hancur dibedil bom…kerja takde, jadi pendapatan pun takde… Tapi mereka sanggup berjuang demi tanah air mereka… Bukankah ini kerja bodoh?
Rakyat negara mana yang berkehendakkan kerajaan yang tidak mampu untuk memberi keperluan seperti makanan, ubatan dan bekalan elektrik? Dapatakan kita sekarang ini melayari internet dan membaca artikel ini sekarang tanpa elektrik? Of course not…
Agaknya apa yang akan rakyat Malaysia akan dibuat dalam situasi begini, menyerah? Most probably… Melawan? I doubt it…
Kecuali!!
Kalau manusia itu tempat bergantungnya material seperti makanan, pakaian yang cantik, elektrik dan air, maka apabila hilang semua bekalan material itu, hilanglah tempatnya untuk bergantung.
Namun jika manusia bergantung sepenuhnya pada yang memberi material dan rezeki, tempat sumber dimana datangnya material itu, maka pengharapan mereka tidak akan sia-sia!
Berharaplah kepada tuhan yang maha Esa, dan mulalah beriman padaNya dengan mempercayai bahawa hanya pada dialah kita berharap, bukan kasih manusia yang sementara dan material yang akan punah ditelan masa.
No comments:
Post a Comment