Wednesday, June 24, 2009

Excuse Me...

"Excuse me brother..." sapa seorang foreigner. Tercungap-cungap dan berpeluh, nampak kepenatan memegang beberapa helaian kertas.

"Can you tell me where IfLA is?" UIAM memang terkenal dengan kurangnya tanda untuk melabel arah dan tempat, kalau budak-budak tahun pertama yang memasuki Kuliyyah Engineering tahu betapa peritnya untuk mencari kelas-kelas, makmal dan kelas drawing.

"err...I'm sorry what does IfLA stands for?" tanya ku kembali, seperti pernah ku dengar, tapi tidak tahu apa maksudnya.

"It's a language centre..." sambil menunjukkan aku helaian kertas yang berupa surat daripada UIAM. Aku pun terus membawanya ke CELPAD, bangunan yang khusus berkenaan dengan bahasa. Dalam perjalanan ke sana, kami berborak, dia yang ku sangkakan daripada Sudan, rupanya daripada Somalia, dan bukanlah dia yang hendak belajar, tetapi isterinya.

"This is the place, you can go to that office over there"

"Thank you very much brother!"

"Your welcome!"

Aku...aku...

Ramai foreigner yang menyangka Malaysia ini sebuah negara Islam yang aman harmoni, penduduknya bersopan santun, berbudi bahasa. Mereka melihat negara dan masyarakat kita sebagai contoh tauladan.

Tapi ramai yang kecewa...

Sesampainya di KLIA dan KL Sentral, mereka melihat keadaan sebenar negara umat Islam kita, Malaysia. Rata-rata penduduknya hidup dengan hidupnya, tidak mengambil kisah akan hal orang lain.

Di jalan raya, terdapat kes mereka yang pura-pura kemalangan, ini mengakibatkan mereka yang berniat baik untuk menolong, terpaksa berhati kering untuk tidak menolong mereka yang betul-betul dalam kesusahan.

Terdapat juga mereka yang sengaja melakukan kemalangan dan kemudiannya mencuri kereta orang yang mereka langgar.

Seorang kawan telah dipukau di Sarawak ketika outstation ke sana.

Kita rasa bersalah bila dalam keadaan dan situasi sedemikian, apa peranan dan tanggungjawab kita, nak tolong orang tapi keselamtan sendiri tergadai, serba salah!

Alangkah indahnya satu ketika dulu, dimana kalau seorang gadis perempuan yang berjalan seorang diri pun di tengah malam, nescaya dia akan selamat. Tetapi sekarang, seorang anak kecil pun boleh hilang di siang hari sekalipun berada 100 meter dari rumahnya!

Kita punya peranan, dalam kapasiti dan abliti kita untuk membuat dunia ini satu tempat yang lebih baik. Ingatlah kita tidak akan mampu untuk mengubah keadaan ini dengan tangan kita sahaja, tetapi itu bukanlah alasannya untuk tidak berbuat apa-apa.

Yang menjadi persoalannya, apakah yang telah kita buat? dan jangan sekali-kali merasa cukup dengan kuantiti amal kebaikan kita, kerana amal kebaikan itu tidak menjanjikan yang kita ini akan termasuk hidup aman harmoni di syurga abadi...

Wallahu'alam...

Monday, June 22, 2009

Dia kata...

Sudah seminggu...

Datang suratNYA...

Mulanya DIA cerita kat aku...

"Satu hari nanti langit pasti terbelah...

bintang-bintang di langit akan jatuh berserakan...

lautan biru yang luas akan meluap..."

aku tahu...cerita ini pernah diulang beberapa kali...bahkan ada yang membuat movie menggambarkan kejadian sebegini...


Dia tanya aku...

"Apa yang memperdayakan kau sehingga kau berbuat durhaka padaKU??

Aku terdiam...terkesima...terkelu lidah...hatiku tidak senang...rasa bersalah menyelubungi jiwaku...

Aku baca lagi...DIA kata...

"Bukan AKU dah jadikan kau ni sempurna?? Tubuh kau sekarang ini seimbang dan tiada cacat celanya...kan??"

Memang...memang tidak dinafikan DIAlah yang memberi semuanya...jasadku...hartaku... semuanya daripada DIA...


DIA memujukku...

"Sekali-kali jangan begitu!"

Aku sedih...ku terharu...siapa lagi di dunia ini yang memaafkan sepertiNYA??

DIA telah bagi aku banyak...tapi aku terus mendurhakaiNYA...

Kalau kau bagi aku kereta, lepas tu aku tipu kau...aku ambil duit kau...aku salah gunakan...kau marah tak?

Mesti susah nak maafkan aku?

Tapi DIA tidak...dia sangat sayang kat aku...bahkan kat kita semua...

"kau dustakan hari pembalasan??

ingatlah mereka yang mencatat apa yang kau buat...

diorang tahu apa yang aku buat..."

Lepas tu dia ingatkan aku tawaran yang dia bagi kat aku...

kalau orang yang dah grade, umpama diberi tawaran pangkat Pengarah dengan gaji RM 5000!!

kalau untuk kanak-kanak, diumpamakan diberi sebuah rumah penuh berisi mainan dan pelbagai jenis makanan yang lazat...

tapi aku boleh jamin...tawaran DIA lagi hebat...

dia bagi aku pilihan...

KENIKMATAN YANG BERKEKALAN dan TIDAK AKAN PUNAH...

atau

BALASAN SEKSAAN YANG BERKEKALAN dan KITA TIDAK AKAN MUSNAH...

buntu juga kerana amal aku yang ciput...bimbang tak tercapai kenikmatan hakiki...

namun tak sanggup untuk terus diseksa sampai bila-bila...

PS: luahan rasa ketika membaca al-Infithaar

Friday, June 19, 2009

Denyutan di Kepala

Berdenyut-denyut kepala. Beberapa hari ni kepala aku sakit, berlarutan sejak jerebu minggu lepas.

Kalau ada orang yang merokok, aku akan terus pening kepala. Tekak terasa kering. Keadaan biologi ku yang sensitif ini membuatkan aku menjauhkan diri daripada perokok dan apa-apa suasana dan yang berbau asap.

Inilah yang menyebabkan kerja-kerja mengendalikan blog tergendala sebentar di samping sibuk lagi dengan persediaan untuk program pada hujung minggu lepas.


Pemandangan Kuala Lumpur daripada Bukit Tabo. Ingatkan hendak mengambil satu gambar pemandangan yang indah, tetapi terserlah satu kebenaran dan hakikat yang tidak dapat dielakkan, Kuala Lumpur sangat tercemar udaranya!! Boleh lihat ketebalan asap seakan kabut hitam. Ini bukan diedit dengan Photoshop tau :p

Bilangan kereta yang semakin meningkat hari demi hari, menyusuri jalan raya menyebabkan udara kita tepu dengan kotoran gas karbon monoksida yang diibaratkan racun.

Bukan itu sahaja, kita juga terdedah dengan pelbagai bentuk cas-cas radikal yang wujud dalam udara yang menjadi dalang utama kepada pelbagai penyakit kronik seperti barah dan kanser. Tidak hairan bilangan pesakit di hospital meningkat, berkadar terus dengan bilangan hari dan tahun.

Merebaknya penyakit sebegini, dan penyakit seperti AIDS dan baru-baru ini H1N1 bukanlah satu malapetaka besar bahkan ini merupakan satu mesej untuk kita segera sedar akan tanggung jawab kita.

Bukan sahaja beramal dengan kehidupan yang sihat dengan makanan yang seimbang, tetapi untuk mengajak mereka yang punya 1001 macam penyakit hati untuk kembali beramal kepada Islam.

Apa kaitannya? Jika difikirkan penyakit yang menular di saentero dunia sekarang dengan menyebarkan Islam? Namun itulah bahasa Dia kepada kita, seperti mana diberikan tanda dan bencana kepada kaum yang menginkarinya.

Kaum Nabi Lut dengan gempa buminya.

Kaum Nabi Nuh dengan banjirnya.

Semuanya bahasa Allah untuk memberi tahu mereka yang mengingkarinya bahawa azab itu akan datang. Akan tiba masa untuk kita pula diazab seperti mereka? Amal kita yang tentukan. Wallahu'alam.

Friday, June 12, 2009

Convey...(Repost)



Coretanku disini, adalah untuk memperingati diriku tentang siapa aku, amanahku, tanggungjawabku dan bagaimana sepatutnya aku. Untuk ‘Convey…’adalah dengan memulai dengan diri kita, dengan memahami dan mengetahui tujuan dan isi Al-Qur’an:

Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

An-Nahl:125

Namun...amaran bagi mereka yang banyak "CAKAP VS. BUAT" (referring to myself too, jangan pandai tulis jer Zahid!)

Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

As-Saff,verse 2-3


‘Pedas’ sungguh ayat ini, kepada sesiapa yang tidak beramal dengan apa yang dia katakan! Tidak dinafikan, siapalah aku ini untuk menyeru sekalian ‘kalian’ di luar sana untuk beramal dengan the Great Book of Guidance. I have trouble practicing it too! Though, it is not a reason for us not to ‘Convey…’ the message. Segelintir manusia menggunakan alasan ini untuk tidak menyampaikan kebenaran dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah mungkar kerana takut Allah bencikan kita…

But think again… aren’t we suppose to practice what is long foretold to us…

centuries ago, when men are blinded by their lust and ‘the Whisperer’(QS 114:4-6)

who dwells in shadows and in the darkness…

darkness which blinded our heart in believing that this world is our only goal…

“Kenapa la jap dia ni tulis melayu and jap lagi inggeris?”

“Saje…budak UIA kena speaking skit, apalah gunenya ilmu tanpa amal, betol tak?”(yeke? :p)

Apapun…ini adalah permulaan kepada satu langkah untuk ‘Convey…’

Nothing to do with Stephen Convey…

Or also nothing to do with Land and Survey!

Just a wanderer in this world who seeks to obey…

His commandments…The Almighty Allah who repays…

Tuesday, June 9, 2009

I was 21 years old last Friday



Aku mulakan hari Sabtu(lepas) yang hening dengan sarapan KFC. Kejam? Tidak...cuma sekadar menerima dan mensyukuri nikmat. Dah nama makanan free, mestilah kita TOLAK... masuk ke dalam perut betol tak? :D haha...

Hari Jumaatnya berlalulah sudah episod seorang pemuda yang berumur 21 tahun. Bermula pada hari Sabtu itu, tersusun sudah 1001 caturan kehidupan, penuh cabaran. Apakah cabaran itu? Masa akan memberikan segalan jawapannya.

Antara AKU yang semalam dan hari ini...

Apa kayu ukur untuk aku kata aku lebih baik daripada semalam? Atau lebih teruk? Adakah dengan bekurangnya duit di poket seluar aku ini? atau bertambahnya baju yang ada di almari? atau bertambah atau bekuranganya kalori dalam diri? ( haha :D )



"Inna akromakum indallahi atqokum"
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu adalah orang yang bertaqwa...
(al-Hujuraat: 13)



Cara nak dapat taqwa yang paling senang, kahwin!! haha!! (ade sandaran dalil untuk kenyataan ini ke? nanti ada orang cop aku bid'ah pulak :p ) - di kenduri Kak Diza Riza dengan Suhaib di UKM.

Easier said than done...bagaimana untuk mencapai level itu? Jawapannya ada tertulis pada kalimah toyyibah, 'magis' terbesar yang diturunkan olehNya dengan penuh rasa kasih dan sayangnya pada kita, hasil olahan titisan air mani yang hina.

Wednesday, June 3, 2009

Ditelanjangkan!

"Apa masalahnya bang?

"Nampak gayanya...kena bukak semua..."

Aku terkejut! Ini kali pertama aku mengalami kejadian sebegini...aku cuma mahu 'ia' pulih seperti sedia kala...sekarang aku harus berhadapan dengan dua pilihan...sama ada membiarkan 'ia' begitu sahaja dengan kerosakannya, ataupun membuka dan membiarkan 'ia' terdedah supaya pulih seperti sedia kala!

Tanpa berfikir panjang, aku pun mengangguka YA. Maka si mekanik motosikal pun menelanjangkan motosikalku untuk diservis. Inilah kali pertamaku menghantar motosikalku diservis sejak motosikalku ini dibawa daripada Kuching.

Ketika diservis aku pun belajar dimana letaknya kaburata (seorang kawan dari Kelantan yang kecek ginih :p ), enginya dimana dan dimana nak isikan minyak hitam.

First time tengok moto aku di'telanjangkan'

Servis

Ramai yang akan servis motor mereka bila sesuatu berlaku pada kaburata(karburetor) kerana minyak tak naik. Tidak menjadi masalah untuk mengeluarkan RM30 sebagai caj servis + minyak dll.



Kalau ciptaan manusia serumit itu perlu diservis, apatah lagi ciptaan yang mencipta manusia bernama HATI yang jauh lebih rumit daripada engine dan kaburata motor. Satu lagu yang best untuk mengobat hati kita ini yang perlu di'share' kan...

Obat hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Quran dan maknanya

Yang kedua sholat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Alloh mencukupi