Thursday, July 16, 2009

CT Scan

Isnin 6 Julai 2009

Aku pergi buat CT Scan di KPJ, sebuah hospital swasta daripada Johor yang punya cawangan di Sarawak. Letaknya tak jauh daripada pejabat mak aku. Selalunya ibuku yang menemani, tetapi kali ini ayahku menemani kerana mak pergi ke Miri atas urusan kerja.

Pertama kali aku masuk ke dalam mesin tu, rasa macam dalam cerita Stargate pulak ( kalau sesaper yang layan cerita karut pasal alien akan tahu cerita nih :p ). Seakan-akan merasa diri ini akan di’transport’ ke alam lain, untuk menjelelajah planet..kemudian muncul satu lembaga... (dah mula merepak....)

Aku membaringkan diri, membetulkan kepalaku atas alas kepala yang keras. Agak lama aku menunggu, akhirnya mesin itu mula bergerak-gerak, ‘scanning’ pun berjalan... Keputusannya...

Esok hari...

Selasa 7 Julai 2009

Aku dan ayahku bertolak awal ke KPJ. Selesai menghantar adik-adikku ke sekolah, kami sarapan mi goreng dibeli di Jalan Muda Hashim, tempat yang ‘famous’ dengan pelbagai kuih-muih & sarapan yang best.

Kenyang selepas sarapan, kami bertolak ke KPJ. Doktor Mahadzir, pakar mata yang memeriksa mataku sebelum ini tiba lewat sedikit daripada temu janji.

“As we expected, from the result of th CT scan, is shows that theres a tumor in your head”

Terkesima... Terkejut... Menangis...merasakan yang hidup ini sudah sampai ke penghujungnya... Selepas mendapat berita ini mungkin akan ke surau dengan lebih kerap, membaca Qur’an dengan lebih kerap dan banyakkan berzikir, memandangkan adanya ketumbuhan sepanjang 4cm (agak besar jugaklaa...) dalam kepala...

Yang kaler putih macam telinga mickey mouse dalam bulatan merah itula tumor. Yang ada cam line hitam tu urat penting,kalo salah potong boleh strok.

Tetapi aku tidak begitu, terkejutnya aku dengan ketumbuhan di dalam kepala aku tidak seperti berdebar-debarnya perasaan ketika menerima keputusan peperiksaan. Entah mengapa, ketenangan dan ketenteraman hati itu dihadirkan dalam hati dan menyelubungi diri.

Aku sendiri tidak pasti akan jawapannya... Kenapa dan bagaimana aku boleh bereaksi dengan selambanya. Kekecewaan yang aku alami adalah ibarat kecewanya seseorang yang tidak dapat makan nasi goreng paprik kegemarannya (mungkin kurang lagi kot :p).

Mungkin DIA sedang berbicara dengan aku, tersirat seribu satu pesanan bak SMS yang bertubi-tubi datang memenuhi inbox hp ku yang kerdil....

7 comments:

  1. serius ke tumor tu? leh dibuang kan?

    ReplyDelete
  2. apa doctor padah pasal prognosis ktk? ambik bromocriptine ka, for long term? pelu surgery sik?

    ReplyDelete
  3. munsyi: erm...boleh buta kalo dibiarkan..ada ke tumor yang tak membahayakan? especially dalam otak? insya Allah boleh ;)

    alfiera87: apa prognosis bah? bukan bromocriptine,nya start dari 'C',ubat baru,perlu ambik 2 kali seminggu jak. insyaAllah sik perlu :)

    ReplyDelete
  4. Tkejut gilak sampe xterasa apa2. Kali. Moga cepat2 sembuh2 bro. Bumi Kenyalang memerlukan sang pejuang.

    ReplyDelete
  5. Ya mudah kali..amin...jzkk atas doa,cant wait to see you & fight together side by side ;) kinek tok tengah team up dengan azri&sorang gik junior kita st jo yang study kat france :)

    ReplyDelete
  6. syafakallah

    "la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

    ReplyDelete