Thursday, July 2, 2009

“Matikan lampu, sibukkan anak-anak..”

Cuti oh cuti...sudah berlalu 5 hari lamanya... Harapnya cuti kali ini tak membosankan dan tak terbelunggu dengan kitaran "tidur-makan-mandi-solat-tidur-makan...".

Ada satu artikel yang best untuk jadi renungan kita bersama, bila terbaca, rasa bersalah dan serba salah pulak kerana kedekut sangat dengan duit sekalipun sekadar cukup makan (terutama sekali masa short sem kerana tiada biasiswa,huhu) Apapun...check it out!!

----------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang laki-laki datang menghampiri Rasulullah SAW. dan berkata, “Wahai Rasulullah, saya adalah orang yang sangat lapar lagi tidak mendapatkan makanan”. Maka Rasulullah SAW. bertanya kepada beberapa istri beliau, “Apakah kalian mempunyai makanan?”, namun jawabannya satu, “Demi Allah yang mengutus Anda dengan kebenaran, kami hanya mampunyai air”.

Maka, Nabi Muhammad SAW. berdiri di tengah-tengah para sahabat beliau dan berkata, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menerima orang ini sebagai tamunya?” Dengan tanggap, salah seorang dari kalangan Anshar berkata,”Wahai Rasulullah, saya akan menerimanya sebagai tamu”.

Nasi Ayam-without the ayam,hehe (bajet untuk short sem :p )

Dibawalah tamu itu ke rumahnya. Lantas dia bertanya kepada istrinya, “apakah kamu mempunyai makanan?” Istrinya menjawab, “Tidak, yang ada hanya cukup untuk persediaan anak-anak kita saja”.

Berkatalah sahabat mulia ini, “Sibukkanlah mereka dengan sesuatu. Jika mereka menginginkan makan malam, ajaklah mereka tidur hingga tamu kita datang. Kalau sudah datang, letakkanlah makanan itu dan padamkanlah lampu, supaya ia beranggapan bahwa kita ikut makan bersamanya. Agar ia mau makan, letakkanlah makanan itu di hadapannya”.

Akhirnya tamu itu duduk dan makan. Ketika waktu subuh datang, sahabat yang mulia ini pergi ke masjid. Maka Rasulullah SAW. berkata kepadanya, “Sesungguhnya Allah sangat ta’jub terhadap apa yang kalian berdua lakukan tadi malam”.
Sumber artikel di sini.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuba kita fikir...kalau zaman sekarang ni, kalau kita tak bagi anak-anak kita makan, mesti Jabatan Kebajikan Masyarakat dah serbu rumah kita dan pelbagai lagi pertubuhan hak asasi manusia akan ambil tindakan mahkamah kerana menzalimi budak-budak. Tapi apa yang berlaku di sini? tidakkah Islam mengambil kisah kanak-kanak yang kelaparan?

Itulah indahnya Islam. Sesetengah orang akan kata, "Indah?? Biar anak tak makan??"
Relax!! This is the explanation...hehe...
Kalau perkara sebegitu berlaku pada seorang yang kelaparan, maka jika keluarga itu juga dalam situasi yang sama, maka mereka pun akan diberi makanan juga, seperti orang yang kepalaran tadi. Tidak cukup dengan itu, sistem zakat yang sedia ada akan "back-up" mereka.
Saudara
Si isteri takkan meleter," Kalau ye pun abang nak bagi makan kat orang lain, bagi la makan kat anak sendiri dulu!" Situasi yang akan kita jangkakan berlaku kepada orang Islam sekarang ini.
Semua orang Islam bersaudara, macam abang dengan adik. Kalau mereka melihat orang Islam lain yang kelaparan, mereka melihat mereka seperti seorang abang, adik, kakak, ibu & ayah mereka yang kelaparan. Itulah indahnya Islam.
Namun hakikatnya, ramai yang Islam, sekalipun adik-beradik tidak berperilaku seperti orang Islam. Justeru menyebabkan tidak berlaku situasi yang ideal seperti di atas....
Apapun, kita harus sebaik mungkin berlaku baik dengan sesiapapun & dimana jua sekalipun (reminder to myself too ;) ) Wallahu'alam...

4 comments:

  1. 1)so klu kiter lapar n tak der rezeki utuk hari tersebut maka konklusi yg boleh diambil ialah Tidoq kn =>
    mcm idea Sahabat menidurkan anaknya.

    2)kne cari zaujah yg betul thabat dan memahamikan mcm zaujah Sahabat tersebut=>

    ^_^

    ReplyDelete
  2. yang first tu...mungkin boleh diimprovekan. Kalo lapar,cari la rezeki,hehe. Cuma dalam kes cerita tadi tu,untuk masa itu jer biarkan anak tidur. Nak menampakkan pentingnya memuliakan tetamu. Wallahu'alam.

    Yang 2nd tu tepatsekali!! :D haha...

    ReplyDelete
  3. frm tht story>tido boleh ilang lapar...huhuhu

    tht y > makruh bnyak tido bulan pose......

    ^_^

    ReplyDelete
  4. penambahan yang mantop! TQ & JZKK keretasorong!! ;)

    ReplyDelete