Wednesday, August 5, 2009
Ada apa dengan Perempuan Berkalung Sorban?
Ada apa tentang Perempuan Berkalung Sorban? Artikel ini adalah cubaan untuk merungkai salah faham terhadap Islam yang banyak dilakonkan dalam filem tersebut. Ramai yang mengatakan novelnya bagus, jalan cerita filemnya menarik, namun harus diteliti apakah ideologi dan pemikiran apa yang hendak dibawa dan diterapkan dalam filem tersebut.
Terutama sekali harus diteliti filem itu daripada kaca mata seorang muslim yang faham akan apakah itu Islam? Apakah betul Islam yang dipaparkan dalam filem itu? Jika kita lihat, banyak bentuk pemikiran sekular telah terbentuk dalam pesanteran itu sehingga nampak perempuan itu ditindas dan tak diadili dengan baik, sepertimana Islam yang telah diamalkan oleh Rasulullah dan generasi sahabat.
Lihat sahaja keterbukaan Umar al-Khattab dalam menarik balik undang-undang berkenaan dengan mahar yang hendak dilaksanakan untuk Kerajaan Islam yang pada ketika itu melangkau sempadan tanah arab. Undang-undang itu baru sahaja diumumkan, tetapi disebabkan kerana teguran seorang wanita, maka ditarik balik undang-undang tersebut. Bukan itu sahaja, malah perempuan itu pun dipuji oleh Umar, "sesungguhnya wanita ini lebih memahami ayat al-Qur'an itu daripada aku...".
Ini merupakan salah satu contoh keterbukaan masyarakat Islam untuk menerima pendapat wanita. Perkara ini tidak digambarkan dalam pesanteran, Islam dinampakkan seolah-olah agama yang jumud dan gender bias.
"Wanita akan masuk neraka jika minta cerai dengan suami!"
"Kamu itu perempuan. Tidak pantas buat kamu menunggang kuda"
Orang yang tahu akan sejarah umat Islam dan faham akan Islam, akan tahu yang kata-kata seperti itu tidak Islamik.
Malang sekali, tiada usaha untuk membersihkan imej Islam yang tercemar di pesanteran Islam itu. Disebabkan penganutnya yang salah, maka Islam itu dilabel salah. Apa yang diperjuangkan adalah atas dasar feminisme semata-mata, bukan mengambil hakikat Islam yang sebenar dalam pesanteran tersebut.
Seorang penjual BMW tidak bijak membuat promosi dan tidak tahu kaedah berkesan untuk menjual kereta BMW. Adakah kita hendak salahkan kereta BMW itu atau penjualnya?
Begitu juga Islam. Islam adalah satu produk jualan yang baik, tetapi para penj+ual (umat Islam) mempamerkan Islam itu sebagai buruk, ini menyebabkan ramai yang tidak suka akan Islam dan melihat Islam daripada perspektif yang jumud.
Kelakar
Terdapat juga adegan yang 'kelakar' dalam filem itu. Adegannya adalah ketika pelakon utama mula direjam mereka yang ditangkap 'khalwat'. Hendaklah dibezakan antara 'khalwat' dan 'zina'. Ditangkap khalwat tidak menyebabkan pesalah direjam. Bahkan kain tudung yang dibuka tidak cukup untuk menjadi bukti untuk pesalah khalwat direjam. Wajib ada 4 saksi yang melihat zina itu berlaku sepertimana masuknya pen ke dalam tudung pen. Bahkan jika dilihat dari satu segi, pihak pesanteran tiada hak langsung untuk menjalankan hukuman itu kerana mereka bukannya orang yang diberi mandat untuk memerintah.
Ini menunjukkan penulis buku ini tidak faham akan Islam kerana mempamerkan Islam dalam keadaan yang sangat jumud dan penuh dengan carca merba.
Kenapa dalam mempertahankan yang batil, penulis boleh menggunakan dalil-dalil hadith, tetapi tidak menggunakan dalil-dalil hadith untuk mempertahankan Islam?
Sebagai Muslim,kita harus teliti balik Islam KITA. Islam yang difahami sepertimana di bawa oleh Rasul KITA. Bukan seperti yang digambarkan filem PBS yang nampak seperti ada agenda tersembunyi yang hendak menampakkan yang Islam itu anti-wanita, padahal Islam itu tidak sebegitu.
Lainlah jika feminisme itu diperjuangkan dengan memberikan kefahaman yang sepatutnya tentang Islam,tetapi itu tidak berlaku. Feminisme yang diperjuangkan itu hanyalah feminisme yang didasari atas fikiran dan nafsu manusia semata-mata.
Idea yang ditampilkan dalam filem PBS itu adalah Islam itu salah, padahal yang salahnya adalah mereka yang membawanya. Kita sebagai umat Islam harus berhati-hati dengan perkara sebegini, jika tersilap tafsir dan faham sesebuah cerita, boleh menjurus kepada rosak akidah.
Mungkin sudah masanya untuk kita berpaling kepada Qur'an, bukannya melihat novel-novel mahupun tulisan yang berbaur sekular sebagai rujukan.
Tanya diri kita balik, berapa muka surat Qur'an yang kita baca dalam sehari, jika hendak dibandingkan dengan novel-novel? Berapa banyak masa pula yang kita peruntukkan untuk tadabur ayat dan membaca tafsirnya, jika hendak dibandingkan membaca surat khabar, artikel dan majalah yang entah apa-apa entah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setelah saya meneliti filem PBS ini dengan sepenuh pengamatan (ketika itu di Mesir) bersama-sama sahabat2 lain, saya mendapat satu kesimpulan dalam menghadapi filem ini tidak kisah sama ada kita menyokong filem ini atau pun tidak. iaitu para sarjana dan cerdik pandai Islam hendaklah memberi respons kepada setiap isu yang diterbitkan daripada filem ini kerana saya yakin banyak lagi soalan yang tidak lagi jelas terhadap org Islam (malah saya sendiri juga pun masih tidak jelas dengan jawapan terhadap beberapa isu), ini merupakan cara yang saya rasa sangat baik dalam menunjukkan imej Islam yg sebenar, nak salahkan penulis cerita tersebut pun, nk buat macam mane, dah penulis tu faham Islam tu camtu....
ReplyDeleteAtr isu2 yg terbit dlm filem tersebut:
1- Benarkah perempuan x boleh melakukan aktiviti lasak seperti lelaki? (contoh dlm filem tu ialah menunggang kuda)
2- Benarkah perempuan x boleh menjadi ketua?
3- Apakah hukum bagi perempuan yang menyambungkan pelajarannya ke negeri lain atau oversea yg tidak ditemani bersamanya mahram? (Hukum asal mmg haram utk wanita bermusafir tanpa mahram tp realiti zaman skrg student2 perempuan yg study kt UK, US, sume tu mmg x pernah bawak mahram skali)
4- Benarkah seorang ayah boleh memaksa anak perempuannya untuk berkahwin?
5- Apakah hukum menonton wayang? Haram daripada zat atau haram kerana sebab lain?
6- Adakah wanita itu tidak boleh terlibat dalam aktiviti sosial masyarakat? (contoh dlm filem ini ialah menjadi penulis2 novel)
Ada yg boleh memberi jawapan dengan nas-nas yg sahih? Saya sangat menunggu-menunggu jikalau ada sesiapa yg boleh menjelaskan kerana saya sendiri pun banyak x jelas ttg hal ini, wallahu a'lam....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteafwan ana taktau...wallahualam bisowab...
ReplyDelete