.
BB, gelaran roomate aku datang kepada aku.
"Aku dah kena dah..."
Terbeliak besar mata aku. Aku memahami maksud BB. Aku pun dah kena juga, sehari lepas.
"Aku cuba tahan dia, tapi dia nak jugak, sampai menggigil badan dia nak buat kat aku!"
"Yeke??" Dahsyatnya!!" aku terkesima dengan tindakan seorang tua yang berumur 50 tahun lebih...
"Dia macam tak tahan...dia kena buat jugak kat kita..." sambil bernada sayu, seolah-olah tercalar maruahnya BB sebagai lelaki teruna sejati...
Sehari sebelum, dalam keadaan bilik aku yang separa gelap, dia mendatangi aku... Aku kira dia cuma hendak peluk cium berlaga pipi, tetapi diciumnya pipi aku dengan bibirnya dikelilingi bulu-bulu misai dan janggut yang tak kurang hebat ketajamannya!!
Aku cuba mengelak, tapi apakan dayaku, dia terlalu pantas bertindak...
"SMOOOCH!!" pipi kanan ku dicium...
"SMOOOCH!!" pipi kiri ku pula dicium...
Aku terdiam seketika...terkejut...tidak tahu hendak memberi apa-apa reaksi...
Aku cuba memahami tindakan pak arab itu. Ciuman kasih sayang yang selalu diberi kepada sahabat-sahabat yang beliau kasihi, dianggap sebagai satu tindakan yang luar biasa dan menggelikan terutama sekali dalam masyarakat Malaysia ini.
Dalam apa-apa perkara sekalipun, kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menghadapi apa-apa situasi.
Sebagai contoh kalau hendak pergi ke negara orang, selidiki dahulu budaya tempat itu.
Kalau dah nak exam, bersedia dengan nota-nota exam.
Kalau nak pergi melancong, pastikan pasport, IC dan wang cukup di dalam dompet.
Alamatnya kalau kita tidak bersedia, maka apa-apa tujuan kita, semulia dan seikhlas mana pun, tidak akan mendatang manfaat, bahkan boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Tindakan mencium yang dianggap mengeratkan ukhuwah oleh orang arab, menjadi punca orang Melayu menjaukan diri daripada mereka.
Tindakan kita untuk tidak menyediakan nota, mengakibatkan kita gelabah dan tidak dapat untuk membuat ulang kaji dengan lebih banyak.
Tiada cukup duit mungkin menyebabkan kita tidak bisa untuk kembali ke negeri atau negara asal selepas puas melancong!
BE READY!!
PS: Untuk yang nak start exam, all the best! Jangan biarkan diri anda dicium oleh Pak Arab!! :D lol
Friday, March 19, 2010
Wednesday, March 10, 2010
Pening tak peningnya subjek-subjek mereka itu...
Aku nak cerita pasal sistem.
Kalo budak-budak engin yang ambik mekatronik akan ambil subjek Control System.
Kalo budak-budak ICT akan belajo pasal sistem nak buat software, antivirus, RUBI bla3...
Kalo korang nak tahu pasal sistem2 yang mereka belajar tu, korang kena tanya diorang. Pening tak peningnya subjek-subjek mereka itu menyebabkan insan 'kerdil-but-quite-big' macam aku ini telah mengambil keputusan untuk keluar daripada terlibat dalam ilmu-ilmu bertaraf einstein itu.
Nak tahu betapa susahnya buat benda-benda tu?
Confirm akan ambik masa...tenaga dan usaha untuk develop sistem tu...
Tapi to put it simple, apa kata kita pegi kepada contoh satu sistem yang lebih simple.
Bayangkan kalau jalan raya tak ada sistem.
Tak ada lampu isyarat or lampu isyarat rosak.
Tak ada signage yang betul (cam kat Malaysia ni, sampaikan aku pernah terlajak pegi ke Putrajaya padahal nak pegi ke Masjid KLIA jer pun)
Tak ada flyover.
Apa akan jadi? Yang berakal waras akan berkata, "Of course la accident beb!"
Benda se'simple' jalan raya ni pun kena ada sistem.
Dunia, alam dan kehidupan seharian kita apatah lagi?
Namun persoalanya sekarang, siapakah yang seharusnya mencipta sistem itu?
Manusia mencipta sistem untuk manusia, ibaratlah seperti lampu trafik mencipta sistem jalan raya.
Ibaratlah juga sebuah komputer membuat softwarenya sendiri.
Tapi...Bolehkah komputer mencipta Operating Systemsnya sendiri?
Bolehkah lampu trafik mencipta sistem jalan rayanya sendiri?
KALLA...TSUMMA KALLA...!! (tidak...sekali-kali tidak..!!)
Mestilah manusia pencipta komputer kena create software komputer tu dan siapkan sistem jalan raya untuk traffic light tu.
Seperti itu juga Tuhan pencipta manusia kenalah create sistem kehidupan untuk manusia, jadi manusia takleh nak memandai jer buat sistem dia sendiri.
Persoalan: Kamu pakai sistem apa?
PS: Takleh tidor, mungkin dah terlebih tidur waktu siang tadi...haihs... Menulis blog sambil melayan lagu klasik SO7 :p hehe...terok tak aku? Ke aku ni dikira dah terkeluar dari sistem yang betul? :p

Sunday, February 21, 2010
Marahnya Si Makhluk Hijau
Tangannya menggeletar...!!
Suaranya pun terketar-ketar...seakan-akan nervous...
Namun Berus Baner (bukan nama sebenar) menyimpulkan meetingnya dan menangguhkan dengan kalimat tasbih kifarah & surah al-asr. Dia masih kebingungan kenapa badan dia memberi reaksi sebegitu, padahal pada awal meeting die relaks dan tidaklah gelabah ketika menguruskan diskusi.
Tiba-tiba, dia dapat rasakan yang perasaan tadi itu rupa-rupanya hasil amarah yang giler la tak pernah diexperience for the rest of his life! Hati Ence Berus seperti Bruce Banner dalam citer Incredible Hulk, daripada hati yang tenang dan penuh dengan aspek-aspek harmoni dan jiwa seorang pemuda yang cool, kini membuak-buak dengan kemarahan seorang pria yang telah di'reject' oleh buah hatinya ataupun lebih smart lagi ibarat marahnya Hiro Nakamura apabila aweknyer diculik oleh Samuel(si penjahat yang ada power untuk menggerakkan bumi) dalam citer Heroes.
Mujur Pita Parkour (bukan nama sebenar & takda kena mengena dengan roti pita) menyelamatkan keadaan dengan baju merah & birunya membawa Ence Berus solat, menenangkan hatinya yang penuh gejolak dilema yang tidak berkesudahan...

******************************************
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Ayat ini ibarat air yang menyimabah api kemarahan & kebencian Berus... Ayat ke tiga dari surah ke enam puluh satu ini mengingatkan dia akan banyak perkara yang telah dia katakan tapi tidak diperbuat..
Ence Berus berfikir,"...jika aku marah pada minah tu cam sekarang ini...camner la pulak marah Allah pada aku ek??"
PS: rasional merupakan alat bantu yang utama dalam kita berbincang terutama sekali ketika berhadapan dengan karenah yang...I dont know laa... You can say that karenah yang emo la kot...I dont know....
Ada masanya ada ahli diskusi yang lebih suka & pandai condemn jer tanpa ada satu idea atau kritikan yang baik untuk memperbaiki idea yang sedia ada...
Namun iman menjadi dinding yang lebih utuh untuk menghalang kita bertukar badan menjadi kaler hijau berketak2 AKA Incredible Hulk bila marah!!
Monday, February 8, 2010
Non-stop action!
Kami berpegang tangan dan berjalan2 di Uptown. Seperti pasangan-pasangan lain di Uptown, mereka seakan mabuk dalam dunia khayalan mereka. Kami berborak biasa sahaja..membincangkan suatu idea jahat di UIA...
“HAHAHAHA!!” kami berdua ketawa, memikirkan apakah reaksi masyarakat UIA kalau aku dan adik perempuanku berpegangan tangan di UIA.
Mesti ada yang mencela,”Bekas presiden Kelab Pemuda Qur’an berpegang tangan dengan perempuan??!! Ikhtilaaatt!!!”
Hampir pukul tiga, selesai meng’usha’ ‘buaya2’ yang dijual di Uptown, kami pun balik. Pelbagai jenis warna dan design buaya yang kami temui, ada yang hijau, hitam, pink, kelabu asap, hitam Perilliss mutu & keunggulan dan kaler kuning ala2 macam Pikachu.
Kembali ke rumah...semuanya PADAM!
----------------------------------------------------------------------------------------------
Driiinggg!!!
Alarm hanset aku berbunyi, perjalanan memenatkan di Uptown menyebabkan aku terbangun lewat untuk subuh, tapi taklah sampai subuh gajah, maybe tahap-anak-gajah jer kot sebab maseh dalam waktunyaa~
Arakian, aku melihat jam menunjukkan pukul 7 pagi, dikala burung2 sibuk nak karok(karaoke,aku baru belajar word ini daripada classmate aku,haha) dengan suara mereka yang merdu, aku baru teringat...
Alamak!!! (ada lagi alamak...sambungan kepada kisah Alamak!!)
Bisik hatiku, aku baru teringat ada study circle selepas subuh!!
Dengan bergegasnya aku mengambil wallet aku yang berkaler coklat dan memasangkan helmet dan terus menunggang kapcai modenas berkuasa 500 ribu hp, bersamaan dengan 50 petala langit dengan tambah 2 kuasa lejang, aku pun membuat gaya ala2-macam-mat-rempit-tapi-lagi- soleh, di atas jalan raya Malaysia yang terkenal dengan lubang-lubang booby-trap yang tujuannya adalah untuk membasmi kegiatan merempit di Malaysia.
Dalam keadaan badanku masih kepenatan selepas tawaf di Uptown, aku pecut dengan selaju-lajunya modenas emasku. Di kepala aku terbayangkan Son Goku yang terbang di langit tinggi menuju ke tempat pertempurannya untuk menewaskan Fliza, musuh durjananya.
Non-stop action!!
Dengan lajunya, aku melangkah ke masjid untuk berjumpa dengan Senpai yang tengah dok baca Qur’an dengan khusyuknya. Kami pun mula untuk berdiskusi, tiba-tiba....
Non-stop action!!
Usai study circle & masalah IC ayah aku, aku pun bergegas pulak ke perpustakaan untuk membincangkan esemen yang perlu dihantar hari Selasa depan.
Selesai diskusi dengan kawan-kawan aku, aku dan penulis ‘Aku dan segala-galanya’ dan penulis ‘Coretan Karya Jiwaku’ dan beberapa orang lagi kroni2 kami pegi ke kenduri tukang foto yang fames yang khabarannya menikahi seorang gadis yang 6 tahun lebih muda daripadanya, Alhamdulillah...
Sesudah aku selesai membantai makan di kenduri, aku pun terus ke Masjid Wilayah pulak untuk menghadiri perhimpunan Palestin... Fuh! Ceramah yang mantop!
Non-stop action! !
Lepas tu ke Nasi goreng sotong abang otai berhampiran LRT Station Putra.
(makan pun non-stop action!)
Selepas kekenyangan aku membelasah nasi goreng itu...teringat akan satu perkara penting yang akan berlaku minggu depan...
EXAM!!
Tiada masa untuk rehat...kena study pulak! Dengan badan kekenyangan dan penat nak tidur itu...aku gagahkan lagi...
Non-stop action!
“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)” al-Insyirah ayat 7, 94:7”

Triiiinnnggg!!!!!
Handphone aku berbunyi, panggilan dari ayah aku.
“Wie! (panggilan romantik aku di rumah) ada terambil wallet brown ayah ke??” gusar ayahku yang agak kurang romantik ketika menelefon aku kali ini.
Aku pun keluarkan wallet brown yang ambil dari atas meja di rumahku di Setapak daripada poket seluarku.
Aku lihat ICnya betulis...
AHMAD LUKMAN BIN ABA IBRAHIM
Aduss!! (aku cuba untuk membuang tabiat aku untuk mengatakan ‘Alamak!’, jadi kali ini kata “Aduss!”)

Nampaknya kena patah balik ke Setapak lagi la aku!!
Non-stop action!!
Usai study circle & masalah IC ayah aku, aku pun bergegas pulak ke perpustakaan untuk membincangkan esemen yang perlu dihantar hari Selasa depan.
Selesai diskusi dengan kawan-kawan aku, aku dan penulis ‘Aku dan segala-galanya’ dan penulis ‘Coretan Karya Jiwaku’ dan beberapa orang lagi kroni2 kami pegi ke kenduri tukang foto yang fames yang khabarannya menikahi seorang gadis yang 6 tahun lebih muda daripadanya, Alhamdulillah...
Sesudah aku selesai membantai makan di kenduri, aku pun terus ke Masjid Wilayah pulak untuk menghadiri perhimpunan Palestin... Fuh! Ceramah yang mantop!
Non-stop action! !
Lepas tu ke Nasi goreng sotong abang otai berhampiran LRT Station Putra.
(makan pun non-stop action!)
Selepas kekenyangan aku membelasah nasi goreng itu...teringat akan satu perkara penting yang akan berlaku minggu depan...
EXAM!!
Tiada masa untuk rehat...kena study pulak! Dengan badan kekenyangan dan penat nak tidur itu...aku gagahkan lagi...
Non-stop action!
“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)” al-Insyirah ayat 7, 94:7”
Friday, January 29, 2010
ALAMAK!!
Semuanya nampak sempurna, kami sampai pada masanya. Keadaan KLIA sungguh tenang, meskipun kami agak terlewat tiba, tetapi kami sempat setting tempat program sambil membelasah makanan yang telah dibeli sebelum bertolak ke KLIA.
Tiiiitttt....tiitttttt.....
Bunyi mesej berkumandang.
Muka Nicky (bukan nama sebenar) berubah.
"Aduh...camner ni...." adu Nicky.
"Kenapa Nicky??" jawab Heat.
"Budak perempuan baru bagitau yang diorang takda LCD..." jawab Nicky lagi dengan nada kuciwa...
"ALAMAK!!!" bisik hati Heat....
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi Sabtu yang hening, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa Jipun, terbau bauan asap kenderaan Bas Air Asia yang menghantar penumpang-penumpang dan pramugari ke LCCT dan KLIA, para peserta bersedia untuk mendengar slot pertama daripada Heat.
Heat dengan rasa penuh semangatnya bersedia untuk dengan sebaik mungkin. Semalaman Heat tidak nyenyak tidur menyediakan slaid untuk perkongsian dia bersama dengan para peserta. Pelbagai aneka gambar dan warna yang dicilok daripada penulis blog Coretan Karya Jiwaku digunakan untuk memastikan penyampaian berkesan dan mudah difahami penonton.
Arakian bersengkang matalah Heat dengan penuh daddykasi. mamakasi dan kamikazi menyiapkan slaid untuk perkongsian pagi itu. Di gelap malam ketika mana mereka yang lain berdengkur dengan penuh tatasusila secara tidak langsung membuat Heat cemburu dengan adegan-adegan dan posisi tidur yang penuh gaya, mutu dan keunggulan, Heat tetap tegar!
Pukul 9.30am - Heat memulakan perkongsiannya. Maka ditekan punat LCD yang dicilok daripada pejabat "Di bawah Bayang". Dengan semangat membara dan kesabaran yang berkuasa 500 ribu hp, semua menumpukan perhatian dan fokus melihat layar putih...
Tiba-tiba kelihatan cahaya berkedip-kedip keluar daripada LCD...
Rupa-rupanya LCD telah rosak!! Sekalipun disambung dan selepas beberapa kali cuba untuk disetting semula, ternyata LCD yang dicilok daripada "Di bawah Bayangan" rosak!
"ALAMAK!!" monolog Heat lagi sekali lagi...dengan penuh kecewa dan hampa kerana slaidnya tidak bisa ditayangkan pada layar putih...
---------------------------------------------------------------------------------------
Moral: ketika keadaan genting dan ujian yang tidak diduga berlaku, kita harus tegar dan sabar mendepani pelbagai rintangan itu. Persis air sungai, yang apabila dihalangi batu-batu, akan menyelusuri celahan batu untuk meneruskan perjalanan.
Last sekali, persiapan dan perancangan awal dalam apa-apa urusan akan mengelakkan kita untuk berkata...
"ALAMAK!!!"

Monday, December 21, 2009
Gear motor dan Aku
Vrroooomm!!
Gear pertamaku pulas usai pulang dari Faruq.
Ligat kepalaku bagaimana hendak menarik manusia kepada jalan al-haq. Teringat akan sekumpulan budak-budak UM yang datang ke bilik, memberi peringatan kepada rakan sebilik. Daripada UM datang ke UIAM semata-mata nak mengajak manusia kepada jalan al-haq...aku kagum....
Vrooooomm!!
Gear keduaku sentak dengan kaki, keluar dari simpang jalan ke kafe Faruq.
Tertanya-tanya apa yang menyebabkan manusia yang merasa stress dan fobia mendengar perkataan Qur'an. Ada yang menjauhkan diri mendengarkan perkataan ini. Ada yang takut bila disuruh membacanya. Ada yang cuak apabila sesebuah persatuan dan program berbaur atau dikaitkan dengan perkataan ini.
Vrrooooomm!!
Gear ketiga pula ku sentak, menaiki bukit melewati mahallah bilal di kiriku dan mahallah siddiq di kananku.
Mungkin untuk menarik mereka ini perlu menggunakan bahasa dan tarikan yang sesuai.
Mungkin tak perlu digunakan kata-kata atau perkataan yang terlalu islami dan perlu lebih funky dan trendy supaya boleh diterima awam. Bercakap dengan manusia mestilah sesuai dengan levelnya. Teringat dengan kata-kata bang Man," dengan budak-budak IRK kita cakapla 'ana anta', tapi dengan budak-budak lain cakapla 'kau aku' ".
Satu konsep yang sebenarnya susah untuk dilaksanakan. Blending in and at the same time preserving your uniqueness...its harder than it looks...
Vrrooooommm!!
Gear aku maintain, melepasi selekoh melepasi mahallah Bilal, menaiki bukit yang lebih cerun.
Sebak terasa...bagaimana pengaruh dan serangan pemikiran barat menular ke dalam kepala kita... Manusia merasa bangga dengan membuat perkara-perkara seperti menonton movie, bermain game, mendengar musik-musik sehingga melalaikan dan keluar membuang masa...
Aku senyum dan cuba menjadi seperti mereka...aku cuba...kadang kala terlebih cuba... Aku tak mahu dilihat terlalu berlainan daripada mereka, langkah aku kena tersusun rapi...
Harapan aku...minat dan idea mereka terhadap barat, bertukar kepada ruh dan semangat yang baru menggerakkan kereta dakwah ini untuk mengajak manusia kepada jalan rabb.
Nggeeeetttt...!!
Brek aku tekan, aku letakkan motor aku betul-betul dibelakang sebuah skuter.
Bergenang air mata...aku tersedar yang aku tak menjaga benchmark sebagai seorang hamba ar-rahman... Inilah implikasinya jika hubungan dengan tuhan tidak terjaga, maka kerja-kerja dakwah kita tidak menjadi... Tertinggal qiamulail untuk beberapa malam merupakan indikasi yang teruk... dengan iman yang teruk, bagaimana boleh memikul amanah sebesar ini?
Aku berhenti menyalahkan barat...aku berhenti menyalahkan Yahudi...aku berhenti menyalahkan golongan sekular dan anti-Islam...aku berhenti menyalahkan golongan Islam liberal...
Sebab salahnya tetap aku... Apa yang aku buat?
Tetapkanlah aku di jalanMu....jauhkanlah kami daripada dimurkai seperti orang Yahudi dan janganlah jadikan kami golongan yang sesat dan menyesatkan orang seperti orang Nasrani...

Thursday, December 3, 2009
Pelukku erat...jangan kau lepas...
Tersorot di dalam folderku yang berhabuk, aku terjumpa sekeping gambar ini...mengenangkannya bergenang air mata mengingatkan janji KITA...
apa khabar kalian di sana?
bagaimana kita sekarang?
masih bersamakah kita?
terus mengembang amanah dakwah kita?
menyampai mesej para nabi?
menegakkan kalimah suci?
ingatkah akan janji kita?
kenapa pula tidak?
beramalkah kita dengan fikrah yang kita punya?
tsabatkah kita atas jalanNya?
istiqomahkah kita untuk terus beriltizam dengan Islam?
atau kita membiarkan orang lain yang beramal?
adakah kita bergoyang kaki mengatakan, "sudah ada orang yang melakukannya..."?
ingatkah akan janji kita?
terlupakah kita akan ummat yang hancur lebur dek jahiliyah?
tidak kasihkan kita kepada ibu, ayah, keluarga dan sahabat tercinta?
terlupakah janji kita di luh mahfuzh?
tidak kisahkah akan jahannam yang membakar?
kebalkah diri daripada amalan dosa yang keji?
ingatkah akan janji kita?
adakah itu semua tinggal kenangan di angin lalu?
adakah kita tergolong daripada mereka yang mengatakan, "ini dongengan orang terdahulu"?
adakah kita yang bising dan tidak beramal, atau terus menyepi seribu bahasa tanpa khabar berita?
atau kita diam tersorok menyorok di sudut dunia tenggelam semula dalam jahiliyah?
ingatkah akan janji kita?
ingatkah akan janji KITA?!
INGATLAH AKAN JANJI KITA!!
Subscribe to:
Posts (Atom)