Sunday, December 14, 2008
Cheap things never last…
Kroniknya manusia kini, hinggakan solat sunat 2 kali setahun tampak menjadi penutup segala amalan buruk dan dosa yang dilakukan pada setiap hari, sepanjang tahun.
Boleh kalau kita ibaratkan aksesori kereta seperti rim yang cantik dan ekzos yang besar dipasang pada sebuah kereta yang buruk dan tidak berfungsi enginnya, jadi apalah gunanya rim dan ekzos itu?
Begitu juga solat,apalah gunanya solat sunat 2 kali setahun kalau kita tidak solat 5 kali sehari?
Semurah itukah syurga?
Syurga yang mana tempat segala keinginanan kita dipenuhi, bahkan nikmat yang dikecapi disana tidak terbandingkan dengan kereta buruk keluaran Rolls Royce, pakaian yang mudah koyak seperti Gucci ataupun Giordano dan handphone semurah N Series Nokia. Bahkan istana Buckingham ataupun istana sultan Melayu ibarat tandas di syurga!
Handphone, kereta, mahligai dan pakaian di taman sana tidak perlu dibayar dengan material yang akan punah ditelan masa, bahkan semua itu hanya dapat dibayar dengan nilai yang mahal iaitu ikhlas, iman dan amal.
The answer is yours…syurga dunia? Syurga sebenar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tapi ramai sangat manusia anggap syurga semurah itu..
ReplyDeletesyurga dunia fana yang menjadi focus..
besar tanggungjawab kita untuk mengubah tanggapa tu
ReplyDeletenaam..
ReplyDeletesikit2 lama2 jadi bukit inshaAllah :)