Wednesday, December 31, 2008

Selamatkan famili mu!!

Hantaran untuk pertunangan

Hujung minggu lepas ku habiskan masa untuk ber'karnival' pada hari Sabtu dan bersama keluarga pergi ke Muar untuk menemani ibu, ayah dan adikku ke pertunangan sepupuku dengan orang Parit Jawa, Muar.

"Bila nak menikah?"

"Mungkin setahun..." ujar sepupuku. "Tapi mak suruh cepatkan lagi..." sambung dia.

"Mengapa lama sangat? Benda baik tak baik tangguh..." jawab ku lagi.

"Yelaa...hantaran pun dah RM 10 000, nak kumpulkan duit pun akan mengambil masa..."

Lets calculate...
hantaran RM 10 000

masa: 12 bulan

gaji (fresh graduate): RM 2000++

duit yang perlu dikumpul setiap bulan untuk hantara: RM 833.33

Perlu diingatkan hantaran cuma salah satu agenda perkahwinan, belum termasuk kos kenduri perkahwinan yang selalunya akan jadi extravaganza!

Di zaman fitnah (fitnah sebenar bermaksud dugaan or threat) ini, kita semakin terbeban dengan pelbagai lagi 'add-ons' yang tidak perlu. Masyarakat sekarang ini lebih mudah untuk berbuat dosa berbanding dengan nak beribadah. Lihat saja di kaca TV, pelbagai iklan menarik yang boleh 'merangsang' penontonnya, belum lagi apa yang kita boleh lihat dalam internet seperti You Tube dan pelbagai lagi laman web lucah.

Ramai sudah remaja terpelosok dalam lembah kedurjahanaan akibat daripada kurangnya kefahaman tentang Islam itu sendiri dan juga disebabkan bid'ah yang menyusahkan sebegini.

BM aka baitul muslim, yang bermaksud rumahtangga muslim

Cara kahwin express!

Pernah sekali teman sebilik menceritakan tentang pasangan kekasih yang sangat teruja untuk mengikat tali pernikahan namun dihalang oleh ibu bapa. Mereka berdua kemudiannya mengambil jalan keluar untuk mempercepatkan pernikahan dengan 'ter'lanjur! Boleh ke kita bayangkan ada ramai lagi orang di luar sana yang mungkin menggunakan kaedah yang sama untuk mencari ' jalan keluar'?

Mengapa baru cari jalan halal bila dah 'ter'lanjur? Kenapa tak sebelumnya?
Adakah kahwin itu wajib untuk orang yang 'ter'lanjur?

Terdapat seorang sahabat Rasulullah yang mengeluarkan sarana untuk berkahwin cepat bagi pemuda yang masih solo pada zaman itu. Bayangkan pada zaman itu, kita tak akan sama sekali menemui orang yang mendedahkan aurat sewenang-wenangnya bahkan adalah susah untuk berjumpa dengan perempuan. Bayangkan apa sahabat Rasulullah itu akan katakan jika dia berada pada zaman ini...

Islam itu bukanlah jalan keluar terakhir untuk cover perbuatan buruk manusia, bahkan Islam merupakan cara hidup yang menyeluruh dan mudah untuk dipraktikkan bersama tanpa merasakan perlunya manusia merasai natijah atau kesannya melaksanakan suruhan Allah terhadap kehidupannya.

Adalah salah untuk seseorang solat disebabkan dia baru tahu yang solat boleh membaiki kesihatan, kerana kita solat bukanlah untuk kesihatan, tapi rasa perlunya untuk kita taat kepada Allah sebab kita ni hambaNya.

Begitu juga dengan hal suruhan yang lainnya, mencakupi hal sekecil buang air hingga ke pemerintahan negara pun harus dilaksanakan secara menyeluruh secara berperingkat dengan mengikut prioriti dan keadaan semasa.

Dipetik daripada keratan akbar Metro

Apa guna ikut Islam?

Kes Nurin, kes rogol yang melambak, kes rompak yang mencanak, kes ragut yang semakin menjadi-jadi, kes buang bayi, korupsi dan pembantaian dan penindasan terhadap manusia yang tidak bersalah, baik dalam soal sosial, politik ataupun ekonomi... Isu ini tersiar di dada akhbar menunjukkan kesan tak beramal pada Islam amatlah buruk...

Justeru selamatkalah familimu dengan faham dan beramal dengan Islam secara menyeluruh!!

2 comments:

  1. betul..
    kenapa lah hantaran pulak jadi isu..
    hantaran mahal2...ibu as cakap, macam nak jual anak..kalau membebankan dan membawa pd yang tak halal...baik tak payah mahal2..kalau betul mampu baur buat..

    haiz..

    ReplyDelete
  2. baiknya mak as,alangkah bestnya semua orang kat malaysia berfikiran camtu!

    ReplyDelete