Saturday, December 20, 2008

Dah balit dah...

Gambar diambil masa nak masuk ke dalam kepal terbang di Kuching Airport

*(balit aka balik) Flight ku berlepas kira-kira pukul 5.50PM, lewat sedikit daripada masa penerbangan yang sepatutnya iaitu pukul 5.30PM, kebiasaan Air Asia ;) Ketika penerbangan, teringat dengan ayat al-Qur'an tentang orang kafir yang akan terserlah fitrahnya bila kesusahan, dalam al-Qur'an diberi contoh ketika di laut.

Untuk sejenak aku terfikir bagaimana pula ketika di langit? Ngeri sungguh kalau berlaku kemalangan di langit...apatah lagi kalau mati dalam keadaan mensyirikkan Allah... Harapnya dikekalkan kita dalam fitrah Islam...Amin...

Sesampainya di LCCT, aku perhatikan sekumpulan orang tengah bersiap-siap untuk buat shooting. Pengarahnya...aku pun tak ingat sapa nama, yang aku dia pernah keluar dalam TV. Shooting rasanya berkisar tentang Air Asia memandangkan para pelakonnya memakai baju Air Asia, kot merah dan skirt merah pendek...

Agaknya pelakon-pelakon terlupa ada pengarah yang satu lagi sedang memerhatikan mereka... Pengarah yang meng'arah'kan kehidupan kita...

Di KL Sentral

Aku pun teruskan lagi perjalanan ke KL Sentral dengan bas. Jimat duit punya pasal aku pun naik LRT untuk ke UIA. Disana aku lihat kelompok kecil manusia yang tersesat jauh daripada fitrahnya...sedangkan seluruh alam sedang tunduk patuh pada Pengarah yang punya kuasa mutlak, manusia-manusia ini terus bangga dengan hidupnya bercengkerama lelaki & perempuan... ada juga yang nampaknya mengikut sedikit keadaan fitrah dengan memakai tudung kepala...namun rosak akhlaknya terjerumus ke alam sosial bertuhankan hawa nafsu semata...

Alhamdulillah Allah membuka mataku seluas-luasnya untuk melihat dengan mata hati kebenaran yang hakiki dan sudah tentunya abadi... NikmatNya yang paling besar...Iman dan Islam...

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Ar-Rahman, 13

1 comment:

  1. sebab tu ada pesanan supaya mengembara dalam quran ye

    dan untuk kita mengambil iktibar :)

    ReplyDelete