sambungan "Knowledge for the sake of knowledge is the maxim of fool"
Konflik bergejolak dalam diri, selama setahun lebih pengembaraanku di alam kejuruteraan penuh dengan ketidakserasian jiwa…hati bergejolak dalam mengecapi cita-cita dunia impianku satu ketika dahulu… adakah aku akan terus menerus begini?? Hidup bermatlamatkan dunia dan menyisihkan erti hidup sebenar yang mana dunia untuk bukanlah untuk dikejar, tapi untuk menjadi alat untuk mengejar akhirat.
Handphone yang canggih merupakan alat komunikasi yang canggih. Dalam era dunia serba moden kini, kita boleh melayari internet dengan handphone, mengambil gambar dan video dengan handphone, bukan setakat menerima panggilan dan SMS sahaja.
Namun adakah handphone itu kita kejar? Kalau handphone itu adalah matlamat kita, maka kita akan selalu bertukar handphone, sebab saban hari akan ada handphone yang lebih canggih dihasilkan. Namun jika cukup handphone itu sebagai alat untuk berkomunikasi dan dengan fungsi-fungsi yang memenuhi keperluan kita, maka cukuplah handphone sebagai alat untuk kita berkomunikasi, bukan handphone itu sendiri untuk kita kejar.
Begitu juga dunia!!
“Sesungguhnya tiap amal itu bermula pada niatnya…”
Niat yang ku tersasar jauh daripada pengertian hidup yang hakiki menyebabkan gejolak pemikiran dan mengganggu hidupku. Dilema itu terus menghantuiku setiap hari yang berlalu…
Sepanjang cuti bulan April hingga Jun 2008, aku tercari-cari kemana arah hidup yang sebenar. Ramai yang memberi motivasi padaku untuk terus dalam kehidupanku sebagai pelajar jurutera, namun motivasi itu tiada gunanya, ibarat bunga yang sudah lama layu, dibaja dan diairi pun tidak bisa untuk mekar semula…
Dengan nekad hati, setelah perbincangan dengan ibu bapa, perjumpaan dengan kaunselor dan yang utama sekali tawakal pada Allah dan solat sunat istikharah, aku yakin inilah keputusan yang muktamad dan ketetapan hati ini adalah dariNya, borang COP(Change of Program) ku isi, duit RM100, dengan salinan sijil keputusan SPM, Confirmation Slip Sem1 08/09 dan salinan keputusan peperiksaan yang terkini, tamatlah urusan ku untuk menukar kuliyyah...
zahid,
ReplyDeleteim once an engineering student. I know that the course wanst meant for me after asking Him. Hu..then bertukarlah course..
by the way zahid, which course are you in now?
ramai jugak kengkawan engin UIA berkongsi masalah dan cerita pasal engin uia. But Allah knows best.
erm...leh add YM as if nak ID encik tersebut :D
MAy Allah ease everything
minta email bleh?
ReplyDeleteSalam ziarah daripada ikhwah UPNM. Ana mutarobbi kepada Akh Fadzil. Ana rasa kita pernah bertemu dahulu.
ReplyDeletezahid, selamat tinggal..
ReplyDelete(padahal sebilik je)