Monday, July 26, 2010

Refleksi KONSIS'10 - SHISHA MURABBI...!!

"Antum tidak sepatutnya di sini...."

Ujar si fasi dengan lembut tetapi tegas.

Kata-kata itu meruntun jiwa-jiwa kami, kami merasakan yang kami tidak sepatutnya hadir ke program tersebut.

Bahkan timbul pula bisikan-bisikan syaitan yang cuba meruntunkan ukhuwah kami. Penuh dengan bisikan penuh syahdu berbau hasutan prasangka yang dahsyat, bahkan timbul sangkaan yang kami dizalimi dengan membiarkan kami pergi ke program yang kami 'tidak layak' untuk hadiri.

Namun Allah menyayangi kami, masih mengukuhkan kekentalan tali ukhuwah kami.

Ukhuwah ini tidak bisa terurai dengan prasangka buruk, kerana Allah yang mempersatukan hati kami.


Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mu'min, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman) Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukah hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.
-Al-Anfaal: 62-63

Agak segan dan malu untuk membentangkan amal kita di ratusan khalayak ramai. Dikhuatiri hilangnya pahala yang kita perolehi. Itulah kekhuatiran ku...

Bahkan lebih 'scary' sebab kita akan ditanyai perkara yang tidak kita buat...
"Wahai orang-orang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
As-Soff: 2

Bahkan hatiku lebih ingin bersama mereka yang ke Negeri Sembilan untuk bersama mad'u, daripada menceritakan amal-amal kami.

Namun adakalanya kerja-kerja sebegini memerlukan kita untuk berkongsi 'teknologi' dengan para pejuang yang lain, untuk dibaik pulih ataupun dijadikan contoh... Ku gagahkan jua...

Kagum dengan Rasulullah...Umar Abdul Aziz... Sultan Muhammad al-Fateh....

Tertanya-tanya... bolehkah aku mengatakan aku cinta padaNya & berjuang di jalanNya dengan amalan-amalan picisan begini?

Harapnya kita semua sentiasa istiqamah dan menjadi lebih baik daripada semalam...

"SHISHA MURABBI...!!"

Saturday, July 10, 2010

The Battle continues...

Seminggu lepas...

Sedang aku duduk lepak di restoran uncle ku, kekenyangan menghadap skirn besar yang menayangkan German VS Argentina, kedengaran hingar-bingar di belakang ku.

Mainan muzik kedengaran, sorakan tidak berkesudahan. Tepukan gemurah dari para hadirin. Dengan bangganya, MC untuk show tersebut mempersilakan...

"TILU!!!"

Mereka mula menyanyi...memetik tali gitar dengan irama lagu dan pelbagai muzik merdu...

Aku pernah dengar band ini dan yang membuat ku tertarik adalah vokalis nya, seorang perempuan yang sama course dan universiti denganku. Berangkatku beralih dariapda tempat dudukku untuk melihat pelajar UIA itu dengan perasaan teruja...

Tibanya aku disana, seakan aku berada di negeri omputih...muka-muka perempuan Melayu, tapi berpakaian seakan Paris Hiltion dan kawan-kawan yang sama waktu dengannya. Terserlah segala tahi lalat & jerawat di belakang badan, betis dan paha mereka.(saja nak exagarate,aku tak perasan ada tahi lalat & jerawat ke tak, tapi kalau ada memang confirm nampak laa,hehe)

Tidak dapat aku bayangkan bagaimana keadaannya di dalam konsert yang besar...

Pilu... Hatiku tidak senang...

Tidak tahu kenapa... Kehadiran Tilu membuatkan ku pilu... piluku sebab keadaan remaja yang datang bersama ketika itu berkumpul untuk berhibur sakan & secara jelasnya ramai yang memakai pakaian mencolok mata...

Namun aku bersyukur atas kepiluan ini... Sekurang-kurangnya aku tahu masih ada 'diriku sebenar' masih diriku...

Rabu malam Khamis...
Ustaz Hasanudin datang untuk menceritakan pengalamannya di atas kapal Mavi Marmara... Sungguh menarik dan bersemangat sekali. Aku kagum melihat mereka yang sudah separuh usia yang tetap tegar dalam berdakwah. Mereka inilah pejuang!!

Namun ku lihat hadirin...orang-orang tua...

Hampa...orang muda dimana?

Pilu...

Sabtu malam Ahad...

Aku terlepas peluang pergi ke ceramah Isra' Mi'raj sebab pergi mengambil adikku di airport dan kemudiannya membawa adik-adikku makan.

Malam ni juga ada Mahabbah Gaza Concert VS Rainforest World Music Festival...

Talk about the battle of good and evil...

Petang ni dah nak balik...

Sekarang sedang menonton Jerman VS Uruguay. Sedikit berdebar-debar melihat pasukan Jerman main dengan formation yang berlainan...huhu...

Kena focus semula dengan semua amanah-amanahku... Improve diri sebagai seorang hamba, khalifah, student & anak... Moga aku menjadi lebih lebih baik dari semalam dan siap sedia untuk berjuang!
The Battle continues!!

Di bukit Uhud, di belakang itu adalah perkuburan para Syuhada perang Uhud antaranya Hamzah Asadullah

Sunday, July 4, 2010

Bangkit setelah lalai...: Sambungan buku Golongan yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah

Jika berlaku masalah, maka kita mesti mencari apakah punca dan sebab mengapa berlaku masalah tersebut untuk mengelakkan masalah itu berulang lagi dan tiada masalah yang lebih besar daripada orang yang gugur di sepanjang jalan menegakkan deenullah...

Ini sambungan kepada post Bangkit Setelah Lalai... telah di rumuskan oleh seorang sister, moga Allah merahmatinya.

Sebab-sebab Keguguran Berlaku

1) Sebab2 yg berhubung dgn Gerakan

a) Kelemahan Sudut Tarbiyah-sudut atau bidang tarbiyyah di dlm harakah hanya mengambil ruang yg kecil berbanding dgn bidang2 lain spt pentadbiran,penyusunan dan politik

b) Tidak meletakkan seseorang di tempat yg sesuai - harakah perlu mengetahui keupayaan anggotanya, kecenderungan dan kebolehan mereka, juga mengetahui titik2 kekuatan dan kelemahan mereka

c) Tidak membahagikan kerja kpd anggota- perlunya pembahagian kerja dgn betul kpd anggota tanpa tertumpu kpd sekumpulan kecil shj

d) Tidak mengambil berat hal ahli- ketiadaan perhatian terhadap kedudukan ahli dan suasana yg mereka hadapi adalah satu faktor kejatuhan ahli harakah, tidak mengambilkira kerumitan dan kesukaran serta permasalahan ahli

e) Tidak menyelesaikan persoalan dgn segera-Mengambil mudah setiap persoalan yg berlaku dan tidak diselesaikan dgn segera

f) Pertikaian dalaman- disebabkan kelemahan pimpinan, campurtangan luar, perlumbaan utk mendapatkan kedudukan,tidak iltizam dgn dasar harakah, ketiadaan kerja atau program

g) Pimpinan tidak layak- kelemahan pimpinan dan tidak mempunyai pimpinan yg menguasai dan mengawal barisan di semua peringkat dan suasana


PS: moga kita semua sedar akan masalah kita & selesaikan & insyALlah terus tsabat mencari redhaNya

Friday, June 18, 2010

Kembara ke Tanah Haram: Salah Tuhan!!


Daripada kiri, my bro, my mum, my sis, my cuzen & my udak (she sponsored me,TQ udak!)

"Sabar-sabar...ini semua dugaan tuhan..." kata pemimpin perjalanan umrah kami. Daripada Madinah ke Mekah yang mengambil masa 5 jam, merupakan satu perjalanan yang agak lama lebih-lebih lagi dalam keadaan bas yang tidak berpenghawa dingin di bawah terik sinar matahari gurun yang sejauh mata memandang.


Ketika di Masjid Nabawi, kami berkenalan dengan Keis, remaja dari Pakistan. Sangat peramah & baik. Masuk jer syuruk terus solat sunat Fajar, segan giler aku!

Pemandangan yang jarang sekali dapat ku lihat di Malaysia. Bibir aku, sepupuku dan adik-adikku mula merekah akibat panasnya cuaca di sini, adakalanya berdarah... Aku tak boleh bayangkan neraka bagaimana! Kami terus bersabar, menyangka yang memang bas itu rosak. Alhamdulillah...sebuah lagi bas yang sama jemaah umrah pula sangat sejuk.


Me, my dad & my cousin in front of Masjid Nabawi.

Untuk perjalanan seterusnya menggunakan bas untuk menziarahi tempat-tempat tertentu di Mekah, perkara yang sama berlaku. Bas ditukar, tetapi yang menyedihkan, bas yang panas diberi kepada rombongan kami dan rombongan yang satu lagi diberi bas berpenghawa dingin, padahal semuanya membayar untuk ke umrah pada harga yang sama!

"Unta di padang pasir pun tidak perlu air cond..."

"Nabi dulu perjalanan dia tidak ada air cond..."


"I thought you're from Korea" kata seorang Pak Arab daripada Syria dalam bahasa arab kepada aku, bangga!! Haha! Di bawah kubah hijau itulah Raudhah.


Indah tutur manis bicara si ustaz tidak mematikan akal untuk berfikir, segala salah silap yang tidak dibetulkan oleh pihak pengurusan umrah diberi contoh-contoh yang tidak relevan dan seolah-olah hanyalah menjadi satu justifikasi semata-mata di atas kekurangan mereka.

Perkara ini berlarutan, sehinggalah perjalanan kami untuk ke lapangan terbang Jeddah untuk kembali ke Malaysia. Bas bertukar, tetapi kondisi rombongan kedua tidak berubah, seolah-olah dianak tirikan! Adakah salah silap si manusia itu merupakan dugaan tuhan?

Bolehkan pada keadaan sang manusia yang tidak bijak mengurus, mengenakan tuduhan kepada Tuhan dan mengatakan,"ini dugaan Tuhan!" Kalau begitu, amat mudah untuk menyalahkan Tuhan jika kita membuat sebarang kesilapan dalam kehidupan kita.


Our big name tag, dua kali size IC,haha. Note that theres a mirror behind the seat, first time aku tengok dalam kapal terbang ada cermin belakang tempat duduk.

Padahal kita dituntut untuk melakukan dan memberi yang terbaik dan bersikap adil dalam semua perkara, bila kita telah memastikan yang kita menjalankan kerja secara optimum dan berlaku juga kecacatan, kita harus memulangkan segala punca kekurangan adalah daripada diri kita, bukannya terus menyalahkan Tuhan!


PS: manusia itu yang tidak berubah, tetapi bertindak menyalahkan Tuhan, keimanan yang bagaimana itu? Harapnya aku sentiasa berubah menjadi lebih baik...amin...

Monday, April 26, 2010

I will not kiss you

"I will not kiss you... " luah pak arab sambil memegang bahuku.

Aku yang pada mulanya ketakutan, berasa lega... takut perkara yang sama berulang lagi... cara meluahkan kasih sayangnya yang agak taboo di masyarakat Malaysia...

Dia nampaknya sekarang memahami bahayanya ciumannya yang boleh menyebabkan orang semakin tidak suka padanya! (meskipun dia selalu belanja & tolong masak secara free kepada kami!)

Ada yang belajar daripada pengalaman orang lain dan ada yang belajar melalui pengalaman sendiri. Seseorang yang bijak itu akan belajar daripada pengalaman orang lain justeru mengelakkan dia melakukan kesalahan yang sama.

Namun keberanian pak arab itu membuat aku kagum.

Siapa yang sanggup tanpa rasa malu berkenalan dengan orang yang dia tidak kenali?

Seperti mana keberanian Abu Dzar al-Ghifari yang dengan semangatnya mengajak penduduk Mekah jahiliyah kepada Islam sekalipun dibantai sehingga berdarah 2 hari berturut-turut!

Sang pemberani yang tegar tidak kenal erti gentar menyatakan syahadatainnya, bukan untuk riak, tapi dengan penuh rasa IZZAH & BANGGA untuk menyebarkan Islam!

Adakah dia hafiz yang hafal al-Qur'an?

Adakah dia golongan ilmuan?

Adakah dia ada tauliah?

Dia ada apa yang KITA ada.... IMAN!!

PS: akibat menangguh-nangguh menulis blog, idea yang panjang jadi sekerat ni jer...huhu

Tuesday, April 6, 2010

Bangkit setelah lalai...

Fasa kejatuhan jiwa memang akan berlaku. Gejala ini seolah-olah dijanjikan dalam sebuah hadith nabi yang menyatakan iman itu naik dan turun. Aku merasainya, bukan sekali dua, tapi berkali-kali...

Tapi dalam menempuh semua dugaan ini, haruskah kita terus berputus asa? Kalau seorang bukan Islam pun boleh menghasilkan sebuah buku "Dare to Fail", saranan kepada kita supaya bangkit usai kejatuhan & gagal dalam kehidupan, mengapa pula tidak kita, seorang muslim yang punya Allah sebagai penolong kita, bangkit dari kejatuhan dan kelalaian iman?

Hanya orang kafir yang akan berputus asa dengan rahmat Allah!

Untuk itu, kita sama-sama renungi ringkasan buku Golongan yg Gugur di Sepanjang Jalaan Da'wah yang ditulis oleh kak Tim, penggerak akhawat UIA yang mantop. Sama-sama kita ambil pedoman bersama supaya kita kenal pastu punca-punca kejatuhan diri sekaligus mengambil langkah-langkah berjaga-jaga di masa kelak.

Golongan yg Gugur di Sepanjang Jalan Da'wah

Gejala keguguran/keciciran para petugas dan pendokong gerakan Islam dr saff jemaah ,merupakan satu gejala yg amat merbahaya sekalipun dipandang dr sudut proses peningkatan jemaah, ia merupakan satu tabi'i yg dapat mematangkan saff dan membersihkan jemaah dr aliran fikrah dan anasir yg membantutkan kelancaran dan organisasi dakwah.

Ada kalanya ia berlaku secara disedari oleh anggota jemaah tetapi dlm byk keadaan ia kurang disedari oleh jemaah dan juga barisan pimpinan.

Byk sebab yg menjadi punca kpd gejala ini samada :

1) Kelemahan anggota jemaah
2) Kelemahan dlm jemaah
3) Tekanan luar

Dlm byk keadaan kelemahan individu dan organisasi khususnya di peringkat pimpinan dan pentadbiran adalah punca utama.

Gejala Keguguran di Zaman Rasulullah

Gejala keguguran di zaman Rasulullah tidak seperti gejala keguguran di zaman ini.

Apa yg berlaku di peringkat ini ialah beberapa individu telah terjatuh ke dalam kesalahan yg sebahagiannya mmglah besar.

Tabi'e 'amal Islam di waktu itu menjadikan manusia hanya boleh memilih di antara dua:

1) memilih Islam
2) memilih Jahiliyyah

Tabi'e ini menghalang seseorang keluar dr barisan Islam.

Antara gejala keguguran di zaman Rasulullah :

1) Org2 yg tidak ikut serta dlm Perang Tabuk
2) Hatib bin Abi Balta'ah
3) Masjid Dirar
4) Hadithul Ifk
5) Peristiwa Abu Lubabah


Tetapi di zaman kini, dgn adanya berbagai perkiraan, yg di antaranya ialah "gerakan Islam" tidak dikira sbg "jemaah Islam", dgn ertinya bhw tindakan keluar darinya bukanlah bermakna keluar (murtad) dr agama, atau lebih jelas lagi jama'ah (kumpulan) org2 Islam hanya dianggap semata-mata jemaah dan tidak lebih drp itu.

Tabi'e kedudukan gerakan Islam kini memberi ruang kepada anggotanya keluar meninggalkannya tanpa merasakan dirinya bersalah dan berdosa apabila ia berbuat demikian. Malah ada yg berbangga dgn tindakan mereka itu.

Sebab lain yg membantu keselamatan barisan di zaman lampau ialah sikap org2 Islam itu sendiri yg menentang sesiapa shj yg cuba memecahkan barisan, mencanggahi pimpinan, siasah dan jama'ah mereka. To be continued...

PS: InsyAllah next episod adalah sambungan kepada post "Ciuman kasih Pak Arab", bertajuk "I will not kiss you" :p

Friday, March 19, 2010

Ciuman kasih seorang Pak Arab

.
BB, gelaran roomate aku datang kepada aku.

"Aku dah kena dah..."

Terbeliak besar mata aku. Aku memahami maksud BB. Aku pun dah kena juga, sehari lepas.

"Aku cuba tahan dia, tapi dia nak jugak, sampai menggigil badan dia nak buat kat aku!"

"Yeke??" Dahsyatnya!!" aku terkesima dengan tindakan seorang tua yang berumur 50 tahun lebih...

"Dia macam tak tahan...dia kena buat jugak kat kita..." sambil bernada sayu, seolah-olah tercalar maruahnya BB sebagai lelaki teruna sejati...

Sehari sebelum, dalam keadaan bilik aku yang separa gelap, dia mendatangi aku... Aku kira dia cuma hendak peluk cium berlaga pipi, tetapi diciumnya pipi aku dengan bibirnya dikelilingi bulu-bulu misai dan janggut yang tak kurang hebat ketajamannya!!

Aku cuba mengelak, tapi apakan dayaku, dia terlalu pantas bertindak...

"SMOOOCH!!" pipi kanan ku dicium...

"SMOOOCH!!" pipi kiri ku pula dicium...

Aku terdiam seketika...terkejut...tidak tahu hendak memberi apa-apa reaksi...

Aku cuba memahami tindakan pak arab itu. Ciuman kasih sayang yang selalu diberi kepada sahabat-sahabat yang beliau kasihi, dianggap sebagai satu tindakan yang luar biasa dan menggelikan terutama sekali dalam masyarakat Malaysia ini.

Dalam apa-apa perkara sekalipun, kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menghadapi apa-apa situasi.

Sebagai contoh kalau hendak pergi ke negara orang, selidiki dahulu budaya tempat itu.

Kalau dah nak exam, bersedia dengan nota-nota exam.

Kalau nak pergi melancong, pastikan pasport, IC dan wang cukup di dalam dompet.

Alamatnya kalau kita tidak bersedia, maka apa-apa tujuan kita, semulia dan seikhlas mana pun, tidak akan mendatang manfaat, bahkan boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tindakan mencium yang dianggap mengeratkan ukhuwah oleh orang arab, menjadi punca orang Melayu menjaukan diri daripada mereka.

Tindakan kita untuk tidak menyediakan nota, mengakibatkan kita gelabah dan tidak dapat untuk membuat ulang kaji dengan lebih banyak.

Tiada cukup duit mungkin menyebabkan kita tidak bisa untuk kembali ke negeri atau negara asal selepas puas melancong!

BE READY!!

PS: Untuk yang nak start exam, all the best! Jangan biarkan diri anda dicium oleh Pak Arab!! :D lol