Wednesday, December 31, 2008

Selamatkan famili mu!!

Hantaran untuk pertunangan

Hujung minggu lepas ku habiskan masa untuk ber'karnival' pada hari Sabtu dan bersama keluarga pergi ke Muar untuk menemani ibu, ayah dan adikku ke pertunangan sepupuku dengan orang Parit Jawa, Muar.

"Bila nak menikah?"

"Mungkin setahun..." ujar sepupuku. "Tapi mak suruh cepatkan lagi..." sambung dia.

"Mengapa lama sangat? Benda baik tak baik tangguh..." jawab ku lagi.

"Yelaa...hantaran pun dah RM 10 000, nak kumpulkan duit pun akan mengambil masa..."

Lets calculate...
hantaran RM 10 000

masa: 12 bulan

gaji (fresh graduate): RM 2000++

duit yang perlu dikumpul setiap bulan untuk hantara: RM 833.33

Perlu diingatkan hantaran cuma salah satu agenda perkahwinan, belum termasuk kos kenduri perkahwinan yang selalunya akan jadi extravaganza!

Di zaman fitnah (fitnah sebenar bermaksud dugaan or threat) ini, kita semakin terbeban dengan pelbagai lagi 'add-ons' yang tidak perlu. Masyarakat sekarang ini lebih mudah untuk berbuat dosa berbanding dengan nak beribadah. Lihat saja di kaca TV, pelbagai iklan menarik yang boleh 'merangsang' penontonnya, belum lagi apa yang kita boleh lihat dalam internet seperti You Tube dan pelbagai lagi laman web lucah.

Ramai sudah remaja terpelosok dalam lembah kedurjahanaan akibat daripada kurangnya kefahaman tentang Islam itu sendiri dan juga disebabkan bid'ah yang menyusahkan sebegini.

BM aka baitul muslim, yang bermaksud rumahtangga muslim

Cara kahwin express!

Pernah sekali teman sebilik menceritakan tentang pasangan kekasih yang sangat teruja untuk mengikat tali pernikahan namun dihalang oleh ibu bapa. Mereka berdua kemudiannya mengambil jalan keluar untuk mempercepatkan pernikahan dengan 'ter'lanjur! Boleh ke kita bayangkan ada ramai lagi orang di luar sana yang mungkin menggunakan kaedah yang sama untuk mencari ' jalan keluar'?

Mengapa baru cari jalan halal bila dah 'ter'lanjur? Kenapa tak sebelumnya?
Adakah kahwin itu wajib untuk orang yang 'ter'lanjur?

Terdapat seorang sahabat Rasulullah yang mengeluarkan sarana untuk berkahwin cepat bagi pemuda yang masih solo pada zaman itu. Bayangkan pada zaman itu, kita tak akan sama sekali menemui orang yang mendedahkan aurat sewenang-wenangnya bahkan adalah susah untuk berjumpa dengan perempuan. Bayangkan apa sahabat Rasulullah itu akan katakan jika dia berada pada zaman ini...

Islam itu bukanlah jalan keluar terakhir untuk cover perbuatan buruk manusia, bahkan Islam merupakan cara hidup yang menyeluruh dan mudah untuk dipraktikkan bersama tanpa merasakan perlunya manusia merasai natijah atau kesannya melaksanakan suruhan Allah terhadap kehidupannya.

Adalah salah untuk seseorang solat disebabkan dia baru tahu yang solat boleh membaiki kesihatan, kerana kita solat bukanlah untuk kesihatan, tapi rasa perlunya untuk kita taat kepada Allah sebab kita ni hambaNya.

Begitu juga dengan hal suruhan yang lainnya, mencakupi hal sekecil buang air hingga ke pemerintahan negara pun harus dilaksanakan secara menyeluruh secara berperingkat dengan mengikut prioriti dan keadaan semasa.

Dipetik daripada keratan akbar Metro

Apa guna ikut Islam?

Kes Nurin, kes rogol yang melambak, kes rompak yang mencanak, kes ragut yang semakin menjadi-jadi, kes buang bayi, korupsi dan pembantaian dan penindasan terhadap manusia yang tidak bersalah, baik dalam soal sosial, politik ataupun ekonomi... Isu ini tersiar di dada akhbar menunjukkan kesan tak beramal pada Islam amatlah buruk...

Justeru selamatkalah familimu dengan faham dan beramal dengan Islam secara menyeluruh!!

Wednesday, December 24, 2008

Flowing with the energy!!

Masuk hari ke 3 di Kuliyyah of IRKHS. So far so good, I liked the lecturers, fun, easy going and not boring. Somehow, I can feel the eagerness to study this semester compare to other semester when I was still an engineering student.

Kalau dulu tu, nak pegi kelas tu adalah satu kewajiban semata-mata, tetapi sekarang pegi ke kelas tu semacam ada perasaan tak sabar dan ‘best’, except for subject ‘Elementery Quranic Language 1’ because they teach as if you do not know the arabic letters! You will start studying alif, ba, ta, tsa, ja….all over again…*sigh… But I guess its for this week only, hope to study more about arabic language and become really good in arabic language in the near future.

Compare to previous semester, semester ini first time semangat giler nak cari buku-buku. Kalau dulu setakat pinjam buku daripada senior, tapi sekarang tidak lagi… Habis kelas pegi kedai buku cari buku, cari bilik pensyarah.... Macam tak sangkat pulak akan buat semua tuh...

The energy is overflowing…

Merging my body, soul and mind…

The path that I am now following…

Is final and determined!

This is the final decision and it is right and wise!! Confirmed!

Saturday, December 20, 2008

Dah balit dah...

Gambar diambil masa nak masuk ke dalam kepal terbang di Kuching Airport

*(balit aka balik) Flight ku berlepas kira-kira pukul 5.50PM, lewat sedikit daripada masa penerbangan yang sepatutnya iaitu pukul 5.30PM, kebiasaan Air Asia ;) Ketika penerbangan, teringat dengan ayat al-Qur'an tentang orang kafir yang akan terserlah fitrahnya bila kesusahan, dalam al-Qur'an diberi contoh ketika di laut.

Untuk sejenak aku terfikir bagaimana pula ketika di langit? Ngeri sungguh kalau berlaku kemalangan di langit...apatah lagi kalau mati dalam keadaan mensyirikkan Allah... Harapnya dikekalkan kita dalam fitrah Islam...Amin...

Sesampainya di LCCT, aku perhatikan sekumpulan orang tengah bersiap-siap untuk buat shooting. Pengarahnya...aku pun tak ingat sapa nama, yang aku dia pernah keluar dalam TV. Shooting rasanya berkisar tentang Air Asia memandangkan para pelakonnya memakai baju Air Asia, kot merah dan skirt merah pendek...

Agaknya pelakon-pelakon terlupa ada pengarah yang satu lagi sedang memerhatikan mereka... Pengarah yang meng'arah'kan kehidupan kita...

Di KL Sentral

Aku pun teruskan lagi perjalanan ke KL Sentral dengan bas. Jimat duit punya pasal aku pun naik LRT untuk ke UIA. Disana aku lihat kelompok kecil manusia yang tersesat jauh daripada fitrahnya...sedangkan seluruh alam sedang tunduk patuh pada Pengarah yang punya kuasa mutlak, manusia-manusia ini terus bangga dengan hidupnya bercengkerama lelaki & perempuan... ada juga yang nampaknya mengikut sedikit keadaan fitrah dengan memakai tudung kepala...namun rosak akhlaknya terjerumus ke alam sosial bertuhankan hawa nafsu semata...

Alhamdulillah Allah membuka mataku seluas-luasnya untuk melihat dengan mata hati kebenaran yang hakiki dan sudah tentunya abadi... NikmatNya yang paling besar...Iman dan Islam...

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Ar-Rahman, 13

Wednesday, December 17, 2008

2 JUTAAA!!?


Satu angka yang tinggi untuk bilangan orang yang menganggur di bumi bertuah seperti London dan Amerika! Percaya atau tidak di bumi yang dahulunya melimpah ruah dengan sumber rezeki dan harta yang juga dijolokkan dengan nama ‘syurga dunia’, semakin ramai orang yang tidak ada kerja dan terdapat semakin ramai orang yang mengambil jalan keluar dengan membunuh diri untuk ‘melarikan diri’ daripada tekanan kehidupan yang puncanya hanyalah material semata.

Bagaimana pula dengan penduduk di bumi Palestin yang mana mereka sentiasa hidup dalam kekurangan material, tidak cukup makanan mahupun ubat-ubatan, namun tidak ada seorang pun yang akan mengambil jalan keluar dengan membunuh diri, bahkan penduduk disana semakin ramai!

Faith

Manusia memang dilahirkan dengan rasa lemah dan perlunya bergantung kepada sesuatu. Adalah mustahil untuk manusia itu terus-menerus mengatakan dia boleh hidup berdikari sampai bila-bila. Seorang pegawai yang berpangkat tinggi pun akhirnya akan bergantung pada majikannya untuk memberi gaji dan mengharapkan kasih sayang keluarga, mengharapkan orang gajinya untuk menyediakan makan minumnya dan membersihkan rumahnya.

Apa akan jadi kalau setiap orang yang dia bergantung itu hilang dan tidak mampu memberi manfaat berupa khidmat, material dan kasih sayang?

Maka kalau dia hanya bergantung pada mereka, sudah tentu dia akan hilang punca dan akan berputus asa, dan ramai antara orang sebegini akan mengambil jalan keluar seperti membunuh diri ataupun tak kurang yang masuk ke hospital mental.

So…bergantunglah pada pencipta dari mana datangnya sumber manfaat berupa khidmat, material dan kasih sayang, Cebisan manfaat tu hanyalah sekelumit sahaja nikmat yang DIA berikan dan kita dapat manfaatnya melalui majikan, keluarga dan orang gaji. DIAlah pencipta langit dan bumi, siang dan malam, gunung dan lautan sememangnya boleh bagi yang lagi bagus lagi daripada manfaat tu, apakah nikmat itu??

To be continued… :p

Tuesday, December 16, 2008

Hadeeth of the Day!


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah. Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang.

Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah
pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Dipetik daripada PDF Hadis 40 Imam Nawawi

Sunday, December 14, 2008

Cheap things never last…



Kroniknya manusia kini, hinggakan solat sunat 2 kali setahun tampak menjadi penutup segala amalan buruk dan dosa yang dilakukan pada setiap hari, sepanjang tahun.

Boleh kalau kita ibaratkan aksesori kereta seperti rim yang cantik dan ekzos yang besar dipasang pada sebuah kereta yang buruk dan tidak berfungsi enginnya, jadi apalah gunanya rim dan ekzos itu?

Begitu juga solat,apalah gunanya solat sunat 2 kali setahun kalau kita tidak solat 5 kali sehari?


Semurah itukah syurga?

Syurga yang mana tempat segala keinginanan kita dipenuhi, bahkan nikmat yang dikecapi disana tidak terbandingkan dengan kereta buruk keluaran Rolls Royce, pakaian yang mudah koyak seperti Gucci ataupun Giordano dan handphone semurah N Series Nokia. Bahkan istana Buckingham ataupun istana sultan Melayu ibarat tandas di syurga!

Handphone, kereta, mahligai dan pakaian di taman sana tidak perlu dibayar dengan material yang akan punah ditelan masa, bahkan semua itu hanya dapat dibayar dengan nilai yang mahal iaitu ikhlas, iman dan amal.

The answer is yours…syurga dunia? Syurga sebenar?

Thursday, December 11, 2008

180 darjah


sambungan "Knowledge for the sake of knowledge is the maxim of fool"

Konflik bergejolak dalam diri, selama setahun lebih pengembaraanku di alam kejuruteraan penuh dengan ketidakserasian jiwa…hati bergejolak dalam mengecapi cita-cita dunia impianku satu ketika dahulu… adakah aku akan terus menerus begini?? Hidup bermatlamatkan dunia dan menyisihkan erti hidup sebenar yang mana dunia untuk bukanlah untuk dikejar, tapi untuk menjadi alat untuk mengejar akhirat.

Handphone yang canggih merupakan alat komunikasi yang canggih. Dalam era dunia serba moden kini, kita boleh melayari internet dengan handphone, mengambil gambar dan video dengan handphone, bukan setakat menerima panggilan dan SMS sahaja.

Namun adakah handphone itu kita kejar? Kalau handphone itu adalah matlamat kita, maka kita akan selalu bertukar handphone, sebab saban hari akan ada handphone yang lebih canggih dihasilkan. Namun jika cukup handphone itu sebagai alat untuk berkomunikasi dan dengan fungsi-fungsi yang memenuhi keperluan kita, maka cukuplah handphone sebagai alat untuk kita berkomunikasi, bukan handphone itu sendiri untuk kita kejar.

Begitu juga dunia!!

“Sesungguhnya tiap amal itu bermula pada niatnya…”

Niat yang ku tersasar jauh daripada pengertian hidup yang hakiki menyebabkan gejolak pemikiran dan mengganggu hidupku. Dilema itu terus menghantuiku setiap hari yang berlalu…

Sepanjang cuti bulan April hingga Jun 2008, aku tercari-cari kemana arah hidup yang sebenar. Ramai yang memberi motivasi padaku untuk terus dalam kehidupanku sebagai pelajar jurutera, namun motivasi itu tiada gunanya, ibarat bunga yang sudah lama layu, dibaja dan diairi pun tidak bisa untuk mekar semula…

Dengan nekad hati, setelah perbincangan dengan ibu bapa, perjumpaan dengan kaunselor dan yang utama sekali tawakal pada Allah dan solat sunat istikharah, aku yakin inilah keputusan yang muktamad dan ketetapan hati ini adalah dariNya, borang COP(Change of Program) ku isi, duit RM100, dengan salinan sijil keputusan SPM, Confirmation Slip Sem1 08/09 dan salinan keputusan peperiksaan yang terkini, tamatlah urusan ku untuk menukar kuliyyah...

Monday, December 1, 2008

Makanan Jiwa


Ada kalanya, aku bisa merasakan diriku hampir terjerumus ke lembah kehinaan…

Bermain dengan hawa nafsu dan terus dibuai kenikmatan…

Seakan terlupa sebuah amanah yang telah diagihkan…

Terlupa pada sebuah janji yang wajib dikotakan…


Mengimbau kembali kenangan silam yang penuh kekotoran…

Bagaimana mungkin aku kembali ke lembah kebinasaan??

Sedangkan rahmatNya ternyata sudah memberi satu pengertian…

Bahawa kehidupan bukanlah hendak mengecap kenikmatan…

Bahkan tempat kita memperbanyakkan amalan…

Ibarat sawah kosong yang menanti untuk disemaikan…

Benih-benih amal yang kan subur dan dituai pada hari kebangkitan…


Diri yang pelupa lagi hina dan penuh kekotoran…

Teringin sekali aku menyuci diri menyusuri lorong keinsafan…

Terus menggapai cinta yang pernah ku santap…

Makanan jiwa dan sanubari untukku gilap…

Hati ini supaya hapuslah gelap!!