Monday, March 2, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Antara Sushi, Manna & Salwa [re-edited]
Terserempak dengan sushi di atas. Memang mengiurkan! Nak meleleh air liur melihat hidangan sushi yang berharga RM12++ tuh...Slurp!!
Maka...dimulakan dengan bismillah... Ngaaapp!!
Sejuk giler!! Makanan nih seolah-olah baru keluar daripada freezer!! Indah khbar daripada rupa...huhu...bagai harapkan pagar, pagar makan padi (ada kena mengena ke? :p )
Aku teringatkan kejadian yang berlaku dahulu kala, melibatkan kaum yang sangat bodoh. Mereka diberi makanan dari syurga berupa manna dan salwa, (Manna = makanan manis sebagai madu, Salwa = burung sebangsa puyuh) tapi mereka minta makanan yang kat dunia, ada ke patut?? Tau tak sape orang-orang yang narrow minded itu?? Diorang tulah yang rakyat Malaysia dok tolong-menolong support ekonomi negara diorang untuk membantai negara lain, dapat clue?
Ni citernyer...
"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri"
lalu dijawab oleh mereka yang biadap itu pada ayat ke 61...
"Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak bisa sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, yaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya"....

Antara Sushi, Manna & Salwa
Apa yang kita pilih? Semestinya ramai yang akan memilih Manna & Salwa!! Makanan mahal seperti sushi RM12 tak akan setanding dengan makanan free dari syurga!
Tapi hakikatnya berapa ramai daripada kita lebih memilih sushi itu berbanding manna & salwa. Ramai yang lebih memilih untuk memuja dan mengikut budaya barat berbanding dengan Islam... Menonton filem-filem mereka, bukan untuk dijadikan iktibar, tetapi contoh teladan untuk kehidupan seharian!
Tak ke sama kita ni dengan kaum yahudi?? Yang prefer makanan dunia daripada makanan syurga?? Hmm...
Friday, February 20, 2009
Wanita suka bunuh diri?
“Kalau abang tinggalkan saye…saye akan bunuh diri!!”
“Abang kahwin lain, saya akan terjun daripada bangunan!!”
Mungkin itulah jeritan dan keluhan yang kedengaran daripada mulut wanita Malaysia tatkala berhadapan dengan pelbagai tekanan dalam kehidupan seharian. Sungguhpun rakyat Malaysia hidup dengan keadaan aman damai dan harmoni, dengan keperluan material yang cukup, gejala sebegini semakin meruncing dan terbukti institusi keluarga, terutamanya keluarga orang Islam banyak mengalami masalah… Ini terbukti dengan pelbagai berita yang terpampang di dada akhbar dewasa ini… Malah bukan sahaja melibatkan perempuan, bahkan kaum lelaki juga sama!
Makan cukup…minum cukup…rumah ada…anak-anak berjaya disekolahkan…ada kerja dan pendapatan yang mencukupi…dengan bekalan elektrik untuk menonton Astro dan melayari internet… Dimana silapnya?
Jeritan yang satu lagi
“Demi tanah air kami, kami sanggup gadaikan nyawa kami!!”
“Teruskan perjuangan sehingga selagi hayat dikandung badan!!”
“Untukmu jiwa-jiwa kami!! Untukmu darah kami!! Wahal al-Aqsa tercinta!!”
Tergetar jiwaku mendengarkan laungan-laungan sebegini. Sanggupkah kita untuk mengatakan kata-kata ini dengan sepenuh hati? Hakikatnya inilah kata-kata dan laungan daripada orang Palestin yang juga terdiri daripada para wanita yang akhirnya mati demi mempertahankan tanah air mereka. Tak terkecuali pemuda-pemuda di Pelestin, mereka juga suka 'bunuh diri'!!
Jom bunuh diri!?
Makan tak cukup…minum tak cukup…rumah hancur…anak-anak tak ada sekolah dan ada yang dah hancur dibedil bom…kerja takde, jadi pendapatan pun takde… Tapi mereka sanggup berjuang demi tanah air mereka… Bukankah ini kerja bodoh?
Rakyat negara mana yang berkehendakkan kerajaan yang tidak mampu untuk memberi keperluan seperti makanan, ubatan dan bekalan elektrik? Dapatakan kita sekarang ini melayari internet dan membaca artikel ini sekarang tanpa elektrik? Of course not…
Agaknya apa yang akan rakyat Malaysia akan dibuat dalam situasi begini, menyerah? Most probably… Melawan? I doubt it…
Kecuali!!
Kalau manusia itu tempat bergantungnya material seperti makanan, pakaian yang cantik, elektrik dan air, maka apabila hilang semua bekalan material itu, hilanglah tempatnya untuk bergantung.
Namun jika manusia bergantung sepenuhnya pada yang memberi material dan rezeki, tempat sumber dimana datangnya material itu, maka pengharapan mereka tidak akan sia-sia!
Berharaplah kepada tuhan yang maha Esa, dan mulalah beriman padaNya dengan mempercayai bahawa hanya pada dialah kita berharap, bukan kasih manusia yang sementara dan material yang akan punah ditelan masa.
Wednesday, February 11, 2009
The Legend of Ustaz AO...
Tamat sudah 4 mid term exam, namun aku tidak berasa lega…aku dapat buat yang lebih baik tetapi tak memanfaatkan peluang tersebut. Pada 22hb Februari, akan ada exam mid term arab dan pada awal bulan Mac akan diikuti lagi dengan class test daripada pelbagai subjek yang aku ambik sem ni… Allah mudahkan urusanku dan kuatkan iman ku melawan segala karenah jiwa dan kemalasan diri…Aminn…
Waktu harus dimaksimakan sehabis mungkin untuk amal yang baik. Aku merupakan orang yang terakhir yang seharusnya bercakap mengenai masa, sebab aku akui, aku kurang disiplin dalam menjaga masa...namun aku telah dapat tekad dan azam yang baru!
Perkongsian dengan ustaz AO di rumahnya menyedarkan betapa tidak bersungguh-sungguhnya aku dalam mengejar matlamat kehidupan sebenar sebagai seorang manusia. Masih terpalit pada diriku noda-noda jahiliyyah yang melalaikan dan membuang waktu.
“Ana dulu ditawarkan 4 universiti untuk belajar, namun tak ada duit, jadi terpaksa tolak…”
“Selama 3 bulan ana tak makan, badan ana kurus, sampai ke satu tahap ana nak berhenti daripada pengajian akibat tekanan kewangan…”
Aku kagum dengan ustaz AO...
Aku tercengang dan temenung jauh… kalau dulu adalah amat susah untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, tapi kini, bertaburan sumber kewangan untuk menyokong kita menuntut ilmu, tapi…apa yang kita buat??
Dulu orang yang bijaksana pun di sekolah belum tentu boleh melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ramai yang terus bekerja sebagai penoreh getah dan pelbagai lagi pekerjaan lain.
Kini, ramai yang belajar dan mencari pekerjaan yang lain. Ada yang bekerja di hadapan laptopnya, membunuh musuh-musuh fantasi yang tidak akan mati dengan menekan punat-punat komputer dan laptopnya yang dilengkapi dengan sistem graphic yang canggih. Ada yang sibuk mengeluarkan peluh, mengejar-ngejar bola maya untuk dijaringkan dengan menendang dengan jari jemarinya yang ligat menekan-nekan keyboard.
“Alah poyo lah kau, takkan ko tak main game??”
Mungkin ayat ini akan terpacul saat kita mengingatkan kawan-kawan kita yang asyik dengan pekerjaan mereka. Kalau permainan sebegitu hanyalah semata-mata untuk melepaskan tekanan sementara, tidak mengapa, tapi kalau ia menjadi satu rutin harian dan mingguan, seolah-olah menjadi satu pekerjaan bagi kita, apa yang kita dapat tidak lain hanyalah kegembiraan yang sementara saat menjaringkan gol dan saat kita menumpaskan pihak lawan.
Sesudah itu?? Kalau mati depan laptop?? Apa nak jawab depan mungkar dan nakir??
Tercapai janji kita sebagai HAMBA dan KHALIFAHNYA??
Thursday, February 5, 2009
Dugaan...Masalah...Cabaran...
Should I complain?? or should I not? Erm...persoalannya bukan 'should I?', tapi 'can I?'.
Sebab utamanya adalah sekarang ni musim peperiksaan pertengahan penggal (panjang giler kalau tulis dala BM :p) dan ada dua program di bawah Quranic Youth Club yang sedang dikendilakan. Malam ini ada Forum: Muslim World Rise & Fall dan satu lagi adalah Quranic Week.
Kerja-kerja meng'update' pun terpaksa dijalankan dengan pegi ke CC, kurang menyenangkan...
Agak sukar untuk membahagikan masaku... Apapun doakan supaya aku tergolong dalam golongan yang orang yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran seperti dalam surah al-Asr - DEMI MASA. No wonder He gives us that surrah for us to ponder upon, Subhanallah... :)
CNY Quest Returns: the Green Uniform
On the way balik, aku hairan kenapa polis berjalan-jalan di tepi jalan raya, tak ada kerja ke? Aku pun memecut motor aku dengar laju dan di hadapanku kelihatan kelipan lampu kuning dan seorang jejaka yang ‘handsome’ beruniform hijau yang bertulis RELA memberi isyarat menyuruhku ke tepi, sambil ditemani rakannya beruniform biru bertulis POLIS…
Maka terjawablah soalan yang bermain di fikiran, ada roadblock rupanya!! Yang merisaukan aku, bukan sahaja aku tidak memakai topi keledar, lesen motor, road tax dan insuran pun takda! Bayangkan berapa yang aku kena bayar jika disaman…
Inilah pengalaman aku naik motor dan ditahan polis. Namun, di saat yang mendebarkan dan menggetarkan jiwa itu, Allah datangkan ketenangan, alhamdulillah… dengan seikhlas hati dan jujur aku berbicara dan meminta maaf kepada encik polis yang amanah itu. Alhamdulillah, Allah telah bukakan pintu hati encik polis itu untuk melepaskan aku… =)
Di atas motosikal inilah aku hampir disaman...dahlah import daripada Sarawak (refer tu nombor plat) kalo kena ambek polis...huhu...
Iktibar
Begitulah bunyinya komen seorang sahabat. Aku menggelengkan kepala tidak setuju. Jalan keluar daripada membuat salah, adalah bukan dengan mencari jalan keluar supaya kesalahan kita itu tidak dapat dikesan, tetapi dengan melakukan sesuatu dengan cara yang mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Kita tidak buat dosa kemudian mencari jalan supaya orang tidak nampak atau tidak tahu kita melakukan sesuatu dosa, tetapi sesudah berbuat dosa itu kena ada penyesalan dan keazaman yang tinggi untuk meninggalkan dosa itu.
Tuesday, January 27, 2009
CNY Quest!!
22 Januari 2009
Bermula pada malam hari, aku terserempak dengan kawan-kawan ku yang akan pergi ke Terengganu untuk ber’jaulah’. Hati ku berbelah bagi nak ikut ke tidak, namun aku decide untuk stay… Other than busying myself with studying, I feel like I’ve something important that I must do…but what??
Later that night, I’ve found the lost conquest…an ongoing process that has been long forgotten… DA’WAH FARDIAH!!
Targets identified…and the missiles are launched!! I hit two of my targets tonight! ;) alhamdulillah…
23 Januari 2009
Lepas solat subuh terbuang masa dengan tertidur sampai 10am…huhu… Merangka balik perancangan seharian dan sepanjang cuti…Cuma masih tak nampak lagi goals dan bagaimana nak manfaatkan cuti ini.
Pada petangnya selepas ke library, aku hendak pergi ke berenang. Sad to say, somehow I lost my swimming suit…huhu… Jadi tukar plan untuk joging, kebetulan terjumpa Auzan dan Sani bermain skuasy dan Nuh berjoging.
Malamnya…aku pergi solat Isya’ di masjid, terjumpa dengan akh Shahril. Lama dah tidak bertemu dengan dia. Kami pun berbual, daripada masjid hingga ke kedai makan berdekatan SBPI. Banyak berkongsi pengalaman dan ilmu daripada senpai ini yang telah lama bergiat aktif dalam berdakwah. Satu malam tu bagaikan dauroh, atau lebih tepat lagi, talaqqi! Heheh…
Muhasabah
Perjumpaan dengan akh Shahril sedikit sebanyak telah membuka minda dan pandangan aku tentang da’wah dan juga telah memberikan aku menyusun atur perancangan dan aktiviti yang bermanfaat yang perlu di waktu cuti ini. Perkongsian ilmu dan pengalaman dan kupasan ayat al-Qur’an yang aku dapat mengisi kekosongan jiwa dan pada masa yang sama membuatkan aku munasabah balik diriku…
Bagaimanakah rupa bentuk iman dan amal ku sendiri, seorang menggelar diri orang yang ‘berjuang’ di jalan Allah, tapi bagaimana pula hubungan dengan Allah? Katanya mengajak orang kepada Allah, tapi hatinya jauh sekali dari Allah…terkesan sungguh aku… Aku mula cermin diri dan ketemui yang antara masalah yang aku hadapi dengan manusia itu, puncanya adalah kurangnya komunikasi dan cinta kita dengan pencipta manusia itu sendiri, Allah… Justeru aspek roh perlu dijaga sebaik mungkin, dengan mutaba’ah amal yang dijaga dan diamal dengan konsisten dan ikhlas.
Teringatkan kisah Salahaddin al-Ayubi. Dia memeriksa dan memastikan yang askar di saf hadapan adalah mereka yang bangun di tengah malam, untuk berkomunikasi dan mendekatkan diri pada Allah secara lebih personal dan mendalam… Yang dahsyatnya, Salahuddin al-Ayubi itu sendiri tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh!!
Aku???
Aku tidak akan boleh beralasan yang aku ini hamba yang lemah, pertemuan ini seharusnya disusuli dengan amal!! Sudah lama berborak, akh Shahril pun mengingatkan aku,
“Dah banyak kongsi ni kena amal tau!!”
Insya Allah…akan aku amal ilmu itu… kenyang ruh dapat makanan tazkirah free, kenyang perut sebab dapat makanan free (sebab dia belanja,heheh!)
Kisah malam tu tidak berakhir disitu…. Bersambung…



